GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Review: Heaven's Park Fried Chicken Gombak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hari minggu ni memang tak best kalau berkurung je dalam rumah. Jerebu dah reda... Badan rasa malas nak keluar... Sebab malas nak bersiap... Tu yang suara kan kat en.somi... Nak beli instant shawl la... Pakai waktu malas je... Waktu rajin memang akan guna shawl biasa.. I'm shawl lover... Hehe... Ok.. Lupakan... 

Back to our topic... Lepas siap.. Terus ke kedai yang nak ditujui... Pergi jenjalan dekat je... Area Ong Tai Kim Jalan Gombak... Cari baju gaun kakak adik... Kesian tengok pakai baju lama kan... Lepas beli belah dengan jayanya..  Akhir sekali jalan kaki nak ke kedai plastik... Suami nak cari gunting kat kedai serbaneka tu... Masa lalu tu, jalan depan restoran yang dah lama buka tapi tak tergerak hati nak cuba.. Sekali tengok takde orang, kami rasa nak mencuba la hari ni... Iaitu Restoran Heaven's Park Fried Chicken. Mula ingatkan kedai nasi ayam... Rupanya restoran makanan segera. 


Lepas beli belah kat kedai plastik.. Terus singgah... Masuk je dalam restoran tu, baru tahu restoran tu macam McD dan KFC. Jual ayam, burger dan fries serta air bergas... Memang restoran makanan segera. Interior dalamannya warna merah putih... Sama juga konsep restoran makanan segera popular seperti KFC dan Mc Donald. 
Interior Design Restoran Heaven's Park

Kami terus ke kaunter untuk buat pesanan. Layanan mesra diberikan oleh pekerja disitu... MF pesan menu promosi mereka yang terbaru iaitu nasi ayam dan suami pula tertarik dengan ayam panggang grill... 


Ordernya tak lama... Sekejap je...terus duduk dan makan.  Teruja punya pasal. Dah rasa... Baru suami tanya tak nak buat review kat blog. Sedap sangat nih... 

Alhamdulillah...
Memang sedap... Nasi ayam dia sedap... Terutama sambal tuh... Rasa macam sambal kampung... Sambal yang dimasak... Bukan sambal letak sos cili je. Ayam spicy dia memang terbaik... Rasa rempah dan pedasnya... Paling suka. Restoran ni mengekalkan kualiti ayamnya. Mereka guna ayam fresh.... Sebab kita makan kan... Tahu la isi ayam tu fresh atau ayam lama atau ayam beku. 
Nasi ayam Spicy : RM6.90

Ayam panggang grill dengan sos lada hitam + kentang putar + air ais lemon tea = RM13.90 + RM1

Suami pula makan ayam panggang grill dengan sos black pepper... Hmmm.... Memang sedap... Berkali dia puji... Rasa rempahnya sampai ke tulang... 

Itulah.. Dah salah sangka..  MF ingat restoran ni tak ramai orang sebab mahal atau tak sedap... Tapi rupanya sebab ramai tak tahu kot... Yang ini restoran makanan segera. 

Harganya berpatutan... 
Makanan yang MF order tu, tak sampai RM25 pun lagi... 

Memang berbaloi makan kat sini... MF syor sangat makan di sini jika sesekali tekak merasa nak makan Mc Donald atau KFC boleh beralih ke restoran ni... Sebab restoran ni merupakan 100% kepunyaan orang Islam. 

Info Restoran Heaven's Park:

  • Cawangan pertama di Malaysia. 
  • Restoran pertama dan keduanya adalah di India dan Riyadh.
  • Pengasasnya adalah orang Islam
  • Ada panel halal dan mendapat kelulusan halal dari JAKIM
  • Diluar restoran tertulis perkataan Bismillah... Ini membuktikan bahawa restoran makanan segera ini milik orang Islam dan 100% halal. 


Restoran ini terletak di belakang pasaraya Ong Tai Kim, bertentangan dengan Kedai Bayi Manjaku...bersebelahan dengan kedai mamak. Beralamat:

No.60-62, Jalan Jernai 2, Medan Idaman, Setapak 53100, Behind Ong Tai Kim Supermarket, Kuala Lumpur. 

Restoran Heaven's Park juga menyediakan perkhidmatan delivery ke rumah.... Boleh hubungi nombor ini untuk servis penghantaran: +603 40310725

Email: customercare@heavenspark.co.in
Web: www.heavenspark.my
Facebook: heavensparkrestaurants

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba ye... Rugi tak cuba... Masa nilah kita nak boikot Mc Donald sepenuhnya... Tak perlu beralasan lagi untuk tak boikot kerana dah ada pilihan lain yang lebih baik. Baik kita sokong bisnes orang Islam ye tak.. Cuba ye . jangan tak cuba. 


Tak cukup dengan makan kat sana... Kami tapau bawa balik fries dan burger pula... Suami pula tambah lagi ayam panggang tuh lagi satu... Memang puas hati... 

Keseluruhan restoran ni MF bagi 9.9/10 bintang.... Kalau boleh nak bagi 10 bintanh tapi nanti over plak kata orang kan... Hehe... 

5Ulasan

  1. Dah dua tiga kali makan kat sini ... Since boikot KFC & McD, tempat nie mmg menjadi pilihan ... Mmg suka order ayam grill, bebudak suka, mak bapak lagi ler suka ... Baru jer mkn kat sini tgh smlm meraikan birthday boy ... Mmg Terbaeekk ...

    BalasPadam
  2. MF, MF tinggal kat mana? Ong Tai Kim ni dekat je dgn rumah sy.

    BalasPadam
  3. Baru tau.. thanks for sharing.. Nanti kalau jenjalan ke sana, bolehlah cuba..

    BalasPadam
  4. Kite pun dh lama tak mkn mekdi. Alhamdulillah.. iman masih kuat, anak2 pun tk de pernah mintak dah ;-))

    Rasanya pernah tgk heaven park kat giant setapak, nanti p giant, nk tgk, betul ke heaven park, kalau ya, bolehlah try .

    BalasPadam
  5. dekat sane je ke yang ade.. jarang sgt ke gombak

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ