Survival Dalam Hujan!

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kenangan betul balik kerja semalam. Survival dalam hujan. Dan salah satu pembelajaran untuk anak-anak juga.

Hari ni suami ambil dari tempat kerja. Dan anak-anak memang ikut bersama... Naik motosikal itu biasa bila hari cerah. Petang yang cerah tak sangka tetiba mendung gelap berarak laju. Hujan turun selebatnya... Masa tu lagi 15 minit waktu balik. Hati tak berhenti, mohon hujan reda...

15 minit berlalu... Hujan masih lebat. Ramai rakan sekerja menunggu hujan reda sikit. Sebab terlalu lebat. Ada rakan hulurkan bantuan, tapi ditolak secara baik. Bukan tak nak terima tapi tak nak menyusahkan sesiapa.

Akhirnya, hujan reda... Tinggal renyai-renyai biasa... Dengan lafaz bismillah...kami mula redah hujan.... Dah gerak keluar kawasan tempat kerja suami bagitau, minyak motor terlupa nak isi, dah tanda E dan amaran merah. Bertambah debar... Tawakal sahaja... Moga sempat sampai ke rumah.


Redah aje la kan... Masuk highway DUKE, awan hitam pekat di hadapan ..tanda hujan lebat.  Makin tambah debarnya. Hati tak putus zikir... Doa sepanjang jalan.... Memang hujan yang amat lebat. Nak berhenti berteduh takde tempat... Maklumlah highway kan...

Tawakal menggunung, redah juga... Adik diselubung dengan sweather MF je... Si kakak dipakaikan sweather abinya... Disuruhnya tunduk je..untuk elak air hujan kena mata... Tambah dengan kilat dan hujan lebat memang betul survival ...

Beberapa kali redah banjir kilat, mujurnya motor tak mati tu pun semput juga. Risau tak tau nak kata...tapi tawakal saja..  Allah Maha Berkuasa.

Redah saja dalam hujan yang teramat lebat tu. Alhamdulillah bila selamat sampai tu syukur nya tak tahu terhingga.

Memang perasan, kami jadi perhatian juga di jalan tadi... Jangan ada yang ambil gambar dan viralkan sudah la....

Alhamdulillah... Kira pelajaran untuk kakak dan adik juga... Belajar keluar dari zon selesa.... Belajar mandi hujan untuk tingkatkan imunisasi badan. Nak bagi badan tahan lasak.

Alhamdulillah... Anak-anak enjoy betul tadi... Si adik siap boleh lena lagi atas motor tadi. Si kakak memang dah biasa.

Itulah... Sesekali ajar anak keluar dari zon selesa. Ajar anak hidup susah... Sebab zaman anak sekarang ni, anak-anak celik mata je, kemudahan semua ada kan.. Jadi biarkan dia rasa bila satu kemudahan tu dah tiada. Takde la rasa selesa sentiasa. Bukan tak kesian tapi satu pembelajaran dari pengalaman.

Apa pun satu pengalaman indah untuk dikenang. Saja coretkan disini buat kenangan. 

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !