Semak IPU Jerebu Dengan Aplikasi MyIPU!

Maria Firdz
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jerebu masih tak banyak perubahan.
Datang kerja tapi, tengok bangunan je.. Anak murid takde... Huhu.. Cikgu-cikgu mula kebosanan walaupun banyak kerja.. Tapi bila ada anak murid tu lain rasanya...

Melalut plak meluahkan rasa.. Saja nak kongsi info.. dan mungkin orang lain dah lama tahu.. Tapi MF baru tahu semalam je..

Semalam dengar kat berita, kita boleh semak IPU dengan aplikasi percuma yang boleh didownload di Play Store... Aplikasi MyIPU yang dibangunkan oleh pihak kementerian.

Pertama kali download semalam... Download kan kat tablet... Tak boleh nak tengok pun bacaan IPU terkini.. Slow... Tapi, kat tempat kerja boleh buka plak.. Maknanya aplikasi ni perlukan kelajuan internet yang tinggi juga la.

Tapi mudah la sikit dari nak buka web tu kan...
Ini antara bacaan terkini yang MF printscreen jam 3.12 petang tadi. Rata-rata tempat masih kuning.. Zon tidak sihat. 



Ini pula view melalui google maps... Kebanyakkan zon tidak sihat.. IPU turun naik...

Tadi hujan renyai sikit je.. Tak berkesan sangat sebab jerebu lebih tebal kan..

Sama-sama lah kita doa jerebu cepat reda.. Kesian kat anak-anak... Si kakak tu dah batuk-batuk tak baik lagi... Kena banyak minum air je sekarang ni dan buat aktiviti dalam rumah sahaja.

Jadi, download ya.. Tak rugi sebab free.. dah habis jerebu boleh uninstall jika memberatkan phone kan...

Untuk Android - Download SINI
Untuk iOS -  Download SINI

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !