Kerajaan Arab Saudi Bayar Pampasan 1 Juta Kepada Mangsa Kren Runtuh di Makkah!

2
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Susulan dari tragedi kren tumbang, Raja Salman dan kerajaan Saudi umumkan :-
  1. Bayar pampasan Riyal 1 juta ( = RM 1.14 juta) bagi waris si mati.

  2. Bayar pampasan Riyal 1 juta bagi yang cedera dengan yang sebabkan kecacatan kekal.

  3. Bayar pampasan riyal 500 ribu ( = RM573 ribu) bagi cedera yang lain.

  4. Raja berikan jemputan khas seramai 2 orang dari waris si mati untuk tunai haji jemputan Diraja tahun 1437H.

  5. Benarkan semua jemaah haji yang cedera sehingga tidak mampu tunai haji tahun ini dengan baik, untuk kembali menunaikan haji tahun hadapan dengan pakej jemputan Diraja.

  6. Benarkan beberapa ahli keluarga mangsa yang terlantar di hospital VISA khas untuk menunggu di Saudi dan diberi perhatian khas kepada mereka sehingga pulang.

  7. Syarikat pembinaan Ben Laden (pemilik kren dan projek), digantung dari semua yang sedang berjalan, dinilai semula bagi projek-projek sedang berjalan yang lain serta dilarang menyertai projek akan datang di Saudi SEHINGGA semua siasatan lengkap dan hukuman telah lengkap kemudian barulah disemak semula kelayakan syarikat ini untuk turut membida projek akan datang. Ini kerana menurut siasatan awal, kren yang tumbang diletakkan di tempat yang salah dan posisi yang tidak selamat.

  8. Dilarang semua anggota pekerja projek yang terbabit dari tinggalkan Saudi sehingga semua siasatan tamat.
Sumber: Terjemahan ringkas oleh: https://www.facebook.com/DrZaharuddin
Sumber Asal: www.alriyadh.com/1082991


Pampasan di dalam Islam ada di disebut sebagai hukuman Diyat. Iaitu membayar ganti rugi kepada waris atau mangsa akibat kecelakaan atau perlakuan jenayah yang menyebabkan kecederaan atau kematian yang tidak disengajakan. 

Alhamdulillah...  Arab Saudi bertanggungjawab dengan kecelakaan yang berlaku. Walaupun yang mati tak kan hidup semula... Tapi dengan pampasan ni, mengubat kedukaan keluarga waris mangsa runtuhan tersebut.  

Apa pun.. Kita terimalah semuanya atas Qada dan Qadar Allah jua.. Pasti ada hikmahnya...  
Tags

Catat Ulasan

2 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan