GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Pakai Penutup Mulut dan Hidung (Mask) Yang Betul!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Musim jerebu ni, penutup hidung dan mulut jadi satu keperluan... Ramai yang mencari di farmasi dan klinik... Tak kurang juga sesetengah pasar raya dan tempat kerja bekalkan secara percuma. 

MF pun dah mula pakai.. Perit tekak kalau tak pakai.. Rasa sesak nafas je.. Tapi tadi,masa nak pakai tu terfikir camne nak pakai maklumlah jarang sangat pakai kan... Yang mana satu dalam dan yang mana luar... Tengok orang pakai ikut dan je... Jadi, jom kita rujuk pakar cara pakai penutup hidung dan mulut dengan betul. 

Terdapat dua jenis penutup mulut dan hidung yang disyorkan iaitu jenis N95 dan jenis pembedahan juga dikenali sebagai surgical mask. Cara-cara pemakaian penutup mulut dan hidung jenis N95:
  1. Langkah pertama, kendurkan tali getah dengan menarik di antara satu hingga dua inci supaya tali getah tidak terlalu tegang.
  2. Langkah kedua, pegang penutup mulut dan hidung itu di tapak tangan anda dengan meletakkan hujung jari pada kepingan logam penyepit hidung. Biar tali getah terjuntai di bawah tangan anda.
  3. Langkah ketiga, tangkupkan penutup mulut dan hidung itu di bawah dagu dengan kepingan logam penyepit hidung di bahagian atas.
  4. Langkah keempat, letakkan tali getah atas mengelilingi kepala di paras atas telinga mana kala tali kedua diletakkan di paras bawah telinga dan pastikan tali getah tidak terpintal.
  5. Langkah kelima, gunakan kedua-dua belah tangan dan bentukan kepingan logam mengikut bentuk hidung.

Untuk memastikan pemakaian yang betul, tutup penutup mulut dan hidung dengan kedua-dua belah tapak tangan anda dan hembus dengan kuat. Sekiranya udara keluar di sekeliling hidung, tekan kepingan logam supaya melekap pada hidung. Jika udara keluar dari tepi, tarik ke belakang. 

Cara-cara pemakaian penutup mulut dan hidung jenis pembedahan (surgical mask)

Tutup keseluruhan hidung dan mulut. Ikat tali atas mengelilingi kepala di paras atas telinga kemudian ikat tali kedua di paras bawah telinga. Gunakan kedua-dua belah tangan dan bentukan kepingan logam mengikut bentuk hidung.

Elakkan perbuatan ini. Untuk perlindungan terbaik anda dinasihatkan supaya mengelakkan:
  • Memakai penutup mulut dan hidung di bawah dagu.
  • Menggaru hidung dan mulut.
  • Mendedahkan hidung.
  • Berkongsi dengan orang lain.
  • Mengguna semula penutup mulut dan hidung yang telah dipakai.
  • Elakkan daripada meletakkannya di merata-rata tempat. Buang di tempat yang betul. Gunakan penutup mulut dan hidung dengan betul. Hentikan kuman dari merebak.

Sumber: pkdgombak

Antara dua jenis ni, jenis N95 lebih elok ketika jerebu, tapi agak susah nak dapat... Jadi jenis surgical mask tu pun kira ok juga dah dari tak tutup langsung kan... 

Sekarang ni IPU makin meningkat... Elakkan aktiviti luar rumah. Buat ibu bapa, dinasihatkan cutikan anak dari sekolah walaupun sekolah tak dicutikan... Bukan pe, risau anak-anak jatuh sakit je... Buat surat tunjuk sebab kepada guru kelas supaya tak dicop ponteng. Sama-sama kita doa jerebu makin reda ya... 

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ