GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Menjenamakan Blog???

Perkara asas berblog pabila mula cipta blog ialah nama... Apa nama ye nak letak pada URL blog???

Jika sesiapa pernah perasan... Memula MF berblog... Nick name yang MF guna di Google Profile ialah Myfirdz... Nama Blog pun guna nama yang agak panjang...  myfirdz-trulylove.blogspot.com... Panjang kan.. Nak ingat pun susah...

Selepas Blogger link dengan Google Plus... Nama Myfirdz tak boleh guna... Sebab perkataan "my" tu google baca sebagai dot my... Jadi error berlaku kat situ... Terus tukar ke nama Maria.. Dari disitu jadi nama Maria Firdz..  Gabungan nama Suami dan Isteri.

Setelah sekian lama guna nama tu... Tahun lepas, akhirnya suami izinkan tukar blog ke domain dot com... Terus je guna nama Maria Firdz pada domain... 

Mak aihh.. Panjangnye la pula sejarah Nama Blog Maria Firdz ni kan.. Hehe...

Ok.. Back to our topic...
Apa maksud guna nama Blog sama dengan nick name pada Profile???

Maksudnya Nama Blog atau nama pada URL sama dengan nama profile Google... Kan bila kita tinggalkan komen... Akan naik nama pengomen... Tapi tidak linknya kan..

Kebaikannya dan kelebihannya... Orang atau pemilik blog mudah cam dan ingat blog yang mana satu telah tinggalkan komen...

Itu antara kelebihannya... Sebabnya, kadang MF tak ingat... Eh... Nama ni... URLNYA yang mana satu eh... Jadi, jika blogger yang guna nama blog sama dengan nick name Profile google.. Orang akan mudah ingat...

Kebanyakkan blogger popular pun buat camtu juga... Kaedah penjenamaan blog... Misalnya... Blogger Mia Liana, Hasrul Hassan, Ben Asaari, Lyssa Faisureen dan ramai lagilah... Kebanyakan guna nama sama dengan nama blog...

Bukan tak boleh...boleh je nama lain.. Tapi itulah... Orang susah nak ingat... Dan nak cam blog yang mana satu...

Ini antara pengalaman MF berblog... Jadi, penting penjenamaan blog tu... Untuk orang lebih kenal dan ingat... Tak perlu nak popular pemiliknya... Asalkan nama blog dan nick name tu orang kenal...

Sekarang ni.. Kat Facebook, instagram, dan beberapa laman sosial lain...MF guna nick name yang sama...


Glosari: nick name = nama pena...


6Ulasan

  1. Tq maria for the tips..")

    ble bertukar pada domain, patut ditukar atau kekalkan nme blog wawa ye?
    vitaminwawa.blogspot.com

    minta pandangan maria..")

    BalasPadam
  2. penting sangat menjenamakan blog ni untuk lebih mudah orang kenal :)

    BalasPadam
  3. Betul juga..wah lepas ni PC tukarlah bila tinggak komen..hehe..terima kasih MF

    BalasPadam
  4. thanks mention nama kak mia kat sini.... (^_^)

    entri yang bagus... penjenamaan blog memang penting.

    BalasPadam
  5. Blog Lya pun mcm pjg..mcm nak ubah tpi kwn2 blog da mgenali identiti dgn nama tu

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ