Resepi: Ikan Bakar Sambal Pemanggang Ajaib!

Hari Jumaat...  Banyak masa untuk memasak sebab masuk kerja selepas Zohor...

Dari semalam dah plan nak masak ikan... Sebab dah agak lama tersimpan dalam peti sejuk beku tu...

Memandangkan ikan kembung yang kami beli banyak isi... Sedap kalau dibakar... Cicah air asam pun sedap.. Tapi tak cukup bahan nak buat air asam... Tukar menu, buat ikan bakar sambal... Lagipun lama tak masak guna Pemanggang Ajaib (PA).

Tak susah nak masak sebab bahan tumisan dah tersedia...

Bahan-bahan untuk sambal:
Bawang merah atau bawang besar... (MF suka guna bawang besar sebab baunya lebih wangi dan rasa masakan lebih manis)
Bawang putih
1 batang serai
Cili giling
Sos cili
Sos tiram
Minyak untuk menumis
Air
Gula dan garam

Cara memasak:
Bakar ikan yang telah dibubuh garam dan kunyit di dalam Pemanggang Ajaib atau Non Stik Pan.

Sementara ikan tu tengah bakar, kita buat sambalnya...

Tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk atau dikisar. Tumiskan sekali dengan serai...

Bila dah naik bau, masukkan cili giling dan sedikit air... Kacau rata dalam 2 minit.

Kemudian masukkan sos cili, sos tiram, gula dan garam.

Kacau hingga serata dan pekat serta keluar minyak. Dah masak, tutup api...dan ketepikan.

Bakar ikan separuh masak..  kemudian sapukan sambal tadi atas dan bawah ikan... Jangan guna semua sambal tu... Sebab baki sambal tu nanti, nak buat kuah untuk ikan tu... Dah letak sambal, bakar ikan tu sampai masak...

Dah masak, hidangkan dan curahkan lebihan sambal tu pada ikan... Perah air limau kasturi untuk lebih rasa...

Sedia untuk dimakan... 


Taip entry bukan main panjang tapi nak masak tu kejap je sebenarnya...

Resepi biasa-biasa je ni. Takde yang istimewa pun... Alhamdulillah.. Syukur rezeki hari ini...


Catat Ulasan

2 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^