GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Doa Untuk Pemimpin Yang Menzalimi Rakyat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: Fb

Semalam kecoh betul bab minyak naik kan.. rata-rata memang naik minyak bila tahu minyak naik.. Tambah pula dengan statement pemimpin atasan, yang bikin pannaaasss tu.. buatkan pahala boleh berkurang tau kalau tak sabar... Jadi, jom kita amalkan doa ni.. dari jadi keyboard worrior kurangkan pahala sebab marahkan diorang tu, baik kita amalkan doa ni... Jika anda terasa dizalimi, banyakan berdoa. Doa orang yang dizalimi kan mustajab... tambah bulan puasa pula kan...

Sementara tu, MF nak kongsi 10 Ciri Pemimpin Menurut Islam:

Setiap manusia yang terlahir dibumi dari yang pertama hingga terakhir adalah seorang pemimpin,setidaknya ia adalah seorang pemimpin bagi dirinya sendiri. Menjadi pemimpin adalah amanah yang harus dilaksanakan dan dijalankan dengan baik oleh pemimpin tersebut, kerana Allah SWT akan meminta pertanggung jawaban atas kepemimpinan nya itu.

Dalam Islam sudah ada aturan aturan yang berkaitan tentang pemimpin yang baik diantaranya ialah;

1. Beriman dan Beramal Soleh
Kita harus memilih pemimpin orang yang beriman ,bertaqwa, selalu menjalankan perintah Allah dan rasulnya. Aturan ini merupakan jalan kebenaran yang membawa kepada kehidupan yang damai, tenteram dan bahagia dunia mahupun akhirat.

2. Niat yang lurus
"Sesungguh nya setiap amal perbuatan bergantung pada niat nya. Dan sesungguh nya setiap orang akan dibalas sesuai dengan niat nya. Sebaik baik nya niat pemimpin ialah mencari keredhaan Allah SWT.

3. Tidak meminta jadi pemimpin
Rasullah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah Radhiallahu 'anhu. "Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguh nya jika kepemimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggung jawab sendirian, dan jika kepemimpinan itu diberikan kepada kamu bukan kerana permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggung nya". (Riwayat Bukhari dan Muslim).

4. Berpegang pada hukum Allah
Ini salah satu kewajiban utama seorang pemimpin.
Allah SWT berfirman; "Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allahdan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka". (Surah Al Maidah ayat 49).

5. Memutuskan perkara yang adil
Rasullah bersabda;
"Tidaklah seorang pemimpin mempunyai perkara kecuali ia akan datang dengannya pada hari Kiamat dengan dua keadaan; iaitu iaakan diselamatkan oleh keadilan atau akan dijerumuskan oleh kezalimannya". ( Riwayat Baihaqi dari Abu Hurairah dalam kitab Al Kabir).

6. Menasihati rakyat
Rasullah bersabda;
"Tidaklah seorang pemimpin yang memegang urusan Muslimin, lalu ia tidak bersungguh-sungguh dan tidak menasihati mereka, kecuali pemimpin itu tidak akan masuk syurga bersama mereka (rakyatnya)".

7. Tidak menerima hadiah
Seorang rakyat yang memberikqn hadiah kepada seorang pemimpin pasti mempunyai maksud tersembunyi, kebiasaan nya ingin mendekati atau mengambil hati. Oleh kerana itu, hendaklah seorang pemimpin menolak pemberian hadiah dari rakyat nya.

Rasullah bersabda;
"Pemberian hadiah kepada pemimpin adalah pengkhianatan". ( Riwayat Thabrani).

8. Tegas
Ini merupakan sikap seorang pemimpin yang selalu diidam idamkan oleh rakyatnya. Tegas bukan bererti "authoritarian " tetapi tegas maksud nya adalah yang benar katakan benar dan yang salah katakan salah serta melaksanakan aturan hukum yang sesuai dengan Allah SWT dan rasulnya.

9. Lemah lembut
Doa Rasullah;
"Ya Allah, barangsiapa mengurus satu perkara umatku lalu ia mempersulitkan atau menyusahkan, maka persulitlah ia, dan barang siapa yang mengurus satu perkara umatku lalu ia berlemah lembut pada mereka, maka berlemah lembutlah kepada nya".

10.STAF
Seorang pemimpin dapat dikatakan baik bika ia memiliki STAF.
STAF yang dimaksudkan ialah;
- Sidiq (jujur)
- Tablig (menyampaikan)
- Amanah (dapat dipercayai)
- Fatonah ( Cergas).
Sumber: akademijcorp

Jadi kalau seseorang pemimpin tu takde 10 ciri asas ni.. maknanya dia boleh masuk dalam kategori pemimpin yang zalim la kan...

4Ulasan

  1. salam, boleh tak saya nak copy doa2 pilihan yang de kat blog maria ni ke blog saya? @

    http://skuterlady.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. terima kasih di atas perkongsian ini maria, wahhh nampak gayanya boleh amalkan ni...

    BalasPadam
  3. yes. frust bertimpa2 thn ni, maria :(
    dgn gst...
    dgn petrol naik naik dan naik tiap 1hb.
    dgn harga brg naik...
    huhu hu...
    betul tu. berdoa adalah lebih baik.
    drpd dok viral kan perkataan dan ayat yg tak baik :)

    BalasPadam
  4. boleh amalkan doa tu. huhu...kesian kita sebagai rakyat

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ