5 Perkara Suami Isteri Patut Tahu Selepas Ada Anak!

Maria Firdz
4
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


1. Bercanggah pendapat
Begitu mudah untuk mendapat info soal keluarga, anak dan rumah tangga di laman sosial hari ini. Berkongsi gambar dan cerita tentang anak juga cukup mudah dan macam-macam cara tersendiri. Namun pendapat orang ramai juga pasti berbeza-beza. Sesetengah akan kagum dengan apa yang anda lakukan dari sudut penjagaan anak, dan mungkin ada yang terkejut dengan 'apa yang anda lakukan untuk anak'.

Contoh mudah: Ada ibu bapa apabila keluar makan, rela bagi gajet untuk keselesaan anak makan. Ada yang mula berkongsi di media sosial dan mula menghentam kehidupan orang lain dengan pandangan yang dirasakan cukup sempurna. Sebenarnya cara ini salah, perlu diingat putaran hidup dan mungkin kita juga akan bertindak sedemikian jika terpaksa.

Jadi perlu diingat bahawa cara ibu bapa membesarkan anak tidak sama, elak daripada menghentam atau komen dengan pandangan negatif. Bagi kita buruk, tetapi pasti ada sebab jika ibu bapa bertindak dan guna cara nampak lebih tegas dan kejam pada si anak. Boleh baca di artikel Hentikan Budaya Hentam Ibu Bapa Lain!!!


2. Rumah berselerak
Bukan malas kemas tetapi belum sampai 5 minit tinggalkan si anak, sekelip mata barang mainan mula memenuhi ruang tamu. Atau mungkin makanan di atas meja yang tersusun hanya tinggal untuk di makan, tumpah di lantai kerana si kecil terlalu aktif. Jangan sesekali mengeluh dan stres kerana itu adalah 'kenangan bergaduh' dengan si anak paling indah untuk dinikmati. Bebel juga, tapi nak buat macam mana, layankan saja...kerana mungkin begini juga masa kecik kita kan... tapi mak kita layankan juga kita kan...


3. Kurang bergaya
Cukup selekeh orang melihat penampilan selepas bersalin. Setiap kali mahu bergaya dengan fesyen tudung terkini, pasti ada 'corak' hasil kreativiti anak melekat. Dan baru sahaja pin tudung gaya ala-ala anak dara, terus ditarik dan akhirnya anda lebih memilih untuk memakai tudung sarung yang mungkin nampak ringkas pada mata orang lain. Abaikan, jika kita lebih selesa cara itu. Hanya kita je akan memahami situasi dan lalui setiap perkara bersama anak. Tapi MF tak melupakan gaya walaupun ada anak... suami membantu dan luangkan masa siapkan anak sementara MF bersiap diri sendiri... Nak isteri cantik suami kena lah bagi kerjasama kan... jangan tengok isteri orang lawa nak bini sendiri lawa tapi tak nak membantu bagi jadi lawa kan...

4. Curi masa memasak
Kira baik la tu kalau ada peluang untuk ke dapur. Tetapi jika diuji dapat anak yang suka melekat dengan ibu, kena pandai uruskan masa. Boleh sebenarnya, cuma perlu pandai curi peluang dan bahagikan masa. Namun demi menjaga hati pasangan, si isteri harus berterus terang dengan suami dan saling membantu uruskan hal rumah. Walau pun isteri hanya suri rumah. Sebab memang wujud sesetengah yang serah kerja rumah 'bulat-bulat' pada isteri. Kena faham...dan apa salahnya kalau masa kita minta air kat isteri, anak merengek...kita sendiri bangun dan buatkan... Tapi tak dinafikan, isteri nak layan sama rata... masa nilah rasa macam nak pinjam je kuasa 3 Boboiboy tu kan... hehe...


5. Beralih arah
Isu ini agak normal tetapi wajib faham 'dunia berdua-duaan' mula hilang, yang mana pasangan akan lebihkan fokus pada si kecil. Elak berkecil hati kerana kadang jika kita lalui perkara ini, itu kerana kasih sayang baru bercambah dan mula mengalir pada 'benih sendiri' yang sangat perlukan perhatian. Tetapi jangan sampai abaikan pasangan, kena juga tahu ambil hati si dia. Paling senang kena belajar meluah, bukan menyimpan perasaan. Kena bijak curi masa untuk bahagi masa dan kasih seadilnya... Tambah kalau anak menyusu badan, karenahnya over manja bila dah makin besar... tapi bukan nak kata anak yang tak susu badan tu tak manja... tapi sesiapa yang ada anak menyusu badan usia setahun ke ats, pasti setuju kan dengan apa yang artikel ni katakan.

Apa-apa pun... kenangan indah ada anak.. syukur jika dikurniakan anak...sebab tak semua orang kahwin Allah bagi amak... jika dah ada jangan merungut walaupun kadangkala diuji begitu dan bgini... itulah resam orang ada anak... bagaimana ibu bapa kita lalui semasa besarkan kita,begitulah yang kita akan hadapi... sabar dan lalui dengan syukur detik indah semasa membesarkan anak...

Sumber rujukan: karangkraf

Catat Ulasan

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Baru merasa semua ni lepas bersalin 2 bulan lepas sampai hari ni. Penatnya masayaAllah. Yang memang terkena batang hidung saya entri ni tang rumah berselerak, kurang bergaya dengan curi masa masak. Hehehhe

    BalasPadam
  2. nice info :)

    http://juliajamaludin.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Pada aida, punyai anak adalah pilihan bersama. So bersama-sama la dlm segalanya. In shaa Allah permudahkan :-)

    BalasPadam
  4. terima kasih kak MF atas perkongsian
    memang semua tu ape yang ayu alami skg
    mmg jaoh beze kehidupan bile ade anak ni
    nak bergaya nak bersendiri nak tidur puas2 semua da berakhir
    nasb ade en asben yang sntiasa memahami dan kadang tolong menolong
    tapi kalau en asben takde kat rumah mmg kerja rumah tak berjalan la
    smpai kene mnx tlg jiran kalau nak solat

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !