GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Resepi: Bebola Ayam Buatan Sendiri!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam mood rajin datang.. dapat idea nak masak bebola ayam buatan sendiri... Entah dari mana mood tu datang.. datang mood nak buat tu sebab bosan kot memasak ayam je... tapi memang jarang makan ikan sebab susah nak dapatkan yang segar kan... 

Jadi, semalam pertama kali cubaan buat bebola ayam sendiri.. Memula ada juga google resepi, tapi seperti biasa, masak dengan resepi sendiri juga.. sebab guna bahan yang sedia ada je... 



Bahan-bahan:
  • Isi ayam
  • Tepung jagung
  • Tepung beras (tepung beras ni MF buat sendiri, sebab takde tepung beras yang beli.. jadi, MF kisar je beras hingga halus dan ayak.. jadilah tepung beras... )
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Satu sudu madu


Cara membuat bebola ayam sendiri:
  • Kisar isi ayam dalam pengisar kering.. tapi MF kisar guna hand blender je..
  • Bila dah lumat, masukkan tepung jagung dan tepung beras, garam dan serbuk lada hitam.
  • Gaul hingga sebati...
  • Adunan memang lembik sebab ayam banyak.. 
  • Bila dah agak sebati, boleh la bulatkan guna sudu, sebab guna tangan melekat kat tangan... 
  • Bulatkan dan terus masukkan dalam air rebusan yang mendidih..
  • Rebus hingga masak. Cara nak tahu bebola dah masak, pabila bebola naik ke atas permukaan air mendidih, tu tanda dah masak la tu... 

Bila dah masak, terpulanglah nak buat masak apa pun kan... Semalam MF buat sambal je.. 


Resepi sambal bebola ayam buatan sendiri:

  • Bahan utama: bebola ayam buatan sendiri yang telah siap digoreng garing
  • Cili giling
  • Bawang putih dan bawang besar yang dikisar halus
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Garam
  • Minyak untuk menumis
  • Gula atau madu
  • Lobak merah yang diparut halus
  • Bawang besar yang dipotong bulat.
  • Air

Cara Membuatnya:
  • Tumis bawang kisar hingga garing...
  • Masukkan cili giling, sos tiram, sos cili, dan sedikit air...
  • Kemudian gaul sebati, masukkan gula/madu...
  • Dah kering sikit sambal tu (agak masak), masukkan bebola ayam, lobak merah dan bawang serta garam..
  • Gaul sebati.. dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba... yang penting puas hati kerana semuanya buatan sendiri... hehe.. 

7Ulasan

  1. rajin jugak buat bebola ayam sendiri..suka masuk dalam sup..awfiyah pun suka makan..

    BalasPadam
  2. macam best! tapi sally buat nuget je selalu..hihihi... :D

    BalasPadam
  3. teringat time dedulu mak kita buat chicken dan fish ball sendiri dekat dapur

    BalasPadam
  4. Puas makan kalau buat sndri..

    BalasPadam
  5. Lagi sedap buat sendiri ni..bila datang rajin memang rajin kan kak :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ