GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Atasi Rasa Takut di Waktu Malam

Sumber: google images

1. Kenal pasti punca - Kadangkala bunyi bising kerap kedengaran di dapur dan mana-mana sudut rumah. Namun, jika ia berdekatan dengan kamu, seeloknya beranikan diri untuk pergi dan lihat apa punca bunyi itu berlaku. Hakikatnya bunyi pada waktu malam itu biasanya disebabkan binatang perosak seperti tikus ataupun hanya bunyi pintu yang ditolak angin. Ubah persepsi kamu terhadap sesuatu dan langkah ini menjadikan kamu lebih selesa kelak.

2. Buang rasa takut - Apabila habis saja menonton filem seram, pasti kelibat menakutkan akan muncul bermain di fikiran kamu seterusnya membuatkan kamu lebih takut untuk tidur. Perkara itu adalah normal dan kamu patut buang ia jauh-jauh. Apa yang perlu dilakukan ialah berfikir mengenai perkara lain ketika di bilik tidur. Kamu boleh mengenang kenangan manis ataupun memikirkan masa depan bagi menghilangkan rasa takut.

3. Bawa bersama - Jika kamu ada binatang peliharaan di rumah, apa kata bawa si kesayangan ke dalam bilik untuk menemani kamu sepanjang malam. Binatang peliharaan seperti kucing mahupun ‘hamster’ pasti dapat mengalih perhatian kamu dari memikirkan rasa takut. Seeloknya, jika kamu hendak tidur, belai haiwan kesayangan sambil menutup mata kerana ia boleh menenangkan kamu.

4. Dengar muzik - Paling mudah dan berkesan menghilangkan rasa takut ialah dengan mendengar lagu kegemaran sama ada di telefon pintar ataupun radio. Muzik biasanya memberikan impak pada emosi kamu sama ada positif atau negatif. Perlu diingatkan untuk mengelakkan dari mendengar muzik yang sayu dan perlahan kerana ia boleh membuatkan kamu rasa ­sedih dan mengingatkan kamu kembali kepada perasaan takut. 

5. Pindah kedudukan - Jika kamu kerap rasa takut disebabkan kedudukan katil yang berhadapan tingkap, apa kata ubah posisi katil kamu pada kedudukan yang jauh dari tingkap. Percaya atau tidak, kebanyakan remaja mula rasa takut akibat memikirkan sesuatu akan muncul di tingkap atau pintu pada waktu malam.

6. Ajak teman - Andai kata kamu tinggal di hostel atau menyewa rumah, ajak teman kamu tidur bersama untuk semalaman. Jika mereka tiada hal lain, ajak mereka berbual sehingga kamu rasa mengantuk. Jika ia tidak berkesan, lakukan sesuatu yang boleh membuatkan kamu mengantuk seperti mendengar muzik ataupun membaca buku.

7. Lakukan senaman - Rasa takut itu berpunca dari diri kamu yang selalu berfikiran negatif dan dipengaruhi kepenatan. Lakukan beberapa senaman yang dapat menyihatkan badan pada waktu malam. Lakukan regangan ataupun yoga untuk menenangkan fikiran kamu supaya boleh fokus pada realiti dan ketepikan rasa takut yang bersifat sementara.

8. Matikan segala alat elektronik - Alat komunikasi seperti televisyen dalam bilik juga menjadi punca kamu rasa takut. Kadangkala kamu membiarkan ia terpasang dan lupa menutupnya. Apabila terjaga dari tidur pada larut malam akibat bunyi bising televisyen, kamu mula rasa takut dan tidak boleh tidur kembali. Oleh itu, biasakan diri untuk matikan suis semua alat elektronik sebelum tidur.

Tak dinafikan... kadang-kadang memang rasa takut... aku lepas kahwin jadi lebih penakut berbanding sebelum kahwin.., dulu boleh je layan citer seram sengsorang memalam... sekarang memang tak la nak tengok lagi... teman suami tengok pun aku nyorok kat belakang dia je.., dulu kat kampung umah aku betul-betul depan kubur..dan rumah ku jauh dari rumah orang lain,., tapi tak rasa seram pula kalau nak ke tandas tengah-tengah malam.., kenapa ntah lepas kahwin jadi lagi penakut.., 

4Ulasan

  1. Info yang menarik... hehee baru tahu (:

    BalasPadam
  2. slalu dengar lagu untuk hilang rasa takut. tapi hana xpernah lah rasa takut time malam. kadang2 duk sorang kat kampung rumah plak luas tu yang takut skit. hehe

    BalasPadam
  3. yang penting jangan tengok cerita seram yang kita dibesarkan masa kecil macam cerita hantu melayu, IT, friday nighmare and chucky...ahahah sampai sekarang seram dengan bawah katil kalau malam menjelma

    BalasPadam
  4. sekarang ni kalau tengok iklan hantu kat tv pun cepat-cepat tukar channel.
    emaknya lagi takut dari anak-anak, hehehe

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ