GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Latihan Kebakaran | Sedia Menyelamat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hari Jumaat lepas, sekolah MF ada buat latihan kebakaran.. Cikgu-cikgu dah ditaklimatkan sebelum hari kejadian... Cuma pelajar je tak tahu...

Tepat jam 3 petang hari Jumaat, loceng panjang dibunyikan... Semua pelajar diminta turun ke dataran... Semua berkumpul ikut kelas masing-masing.

Guru-guru kelas mula mengambil dan menyemak kedatangan... Mengira bilangan murid yang ada... Mana tau kalau tak cukup ke kan... Bilangan tersebut direkodkan...

Fasa kedua latihan, pihak bomba bagi komen dengan latihan hari tersebut. Komennya, latihan tersebut tidak memuaskan... Kerana masa yang diambil cukup lama... Lebih dari 10 minit dikira lama... Rupanya dalam kiraan bomba... Satu tingkat bangunan ialah 1 minit untuk selamatkan diri... Maknanya kena cukup pantas turun dan kosongkan bangunan...

Fasa ketiga,
Demonstrasi memadamkan api... Ramai-ramai tengok cara memadamkan api menggunakan alat pemadam api.

Pesanan dari bomba juga, jika api yang terbakar melibatkan gas atau minyak jangan dipadamkan dengan air... Kerana api lambat terpadam dan boleh menjadi lebih besar...

Kemudian last sekali, beberapa pelajar dipilih untuk mencuba memadamkan api... pengalaman yang menarik untuk pelajar yang terpilih.

Latihan kebakaran dan demonstrasi selesai semua pada waktu rehat... Latihan kebakaran ni antara aktiviti wajib tahunan untuk setiap agensi... Bukan apa sebagai ilmu dan persediaan jika berlaku kebakaran.

1Ulasan

  1. Tira merasa latihan yg betul2 latihan kebakaran macam ni, lepas masuk UIA tau. Time sekolah sekadar loceng bunyik panjang, pastu lari2 pegi dataran. PAstu bersurai.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ