بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Tengok kucing ni pun dah sedih... |
ADAKAH dikira zalim atau berdosa mengurung haiwan peliharaan seperti kucing di dalam sangkar kerana dikhuatiri hilang atau membuang najis merata-rata? Bagaimana pula memastikan rumah tidak terkena najis jika dibiarkan kucing keluar dan masuk rumah?
JAWAPAN
Haiwan yang dipelihara hendaklah diberi makan minum secukupnya. Jika tidak, maka hendaklah haiwan itu dilepaskan agar ia bebas mencari makan.
Dalam riwayat hadis, dinyatakan tentang seorang wanita yang mengurung seekor kucing tanpa diberi makan. Akhirnya kucing tersebut mati akibat kelaparan. Wanita itu dihumban masuk ke dalam neraka kerana berlaku zalim kepada kucing. Maka kita sewajarnya tidak berlaku zalim terhadap haiwan.
Dalam riwayat hadis yang lain, ada seorang sahabat Nabi SAW yang memelihara burung. Beliau sering bermain dengan burung tersebut. Burung itu dipelihara dengan baik dan diberi makan dan minum. Namun akhirnya burung itu mati. Nabi SAW melihat sahabat itu dalam keadaan sedih maka baginda SAW bertanya: “Wahai Abu ‘Umayr! Apakah yang dibuat oleh Nughayr?
Nughayr adalah burung tersebut. Maka dalam dua riwayat hadis ini, pengajaran utamanya adalah keharusan memelihara haiwan. Namun si pemelihara hendaklah berbuat baik dengan memberi makan dan minum secukupnya.
Dalam aspek kurungan, kurungan ikan dalam akuarium adalah wajar. Namun bagi kucing, biasanya kucing ingin bermain dan bergerak bebas. Jika kucing dikurung terlalu lama dalam ruang yang sempit, ia bukanlah tindakan yang wajar. Biarlah kucing bebas di dalam rumah dan di luar rumah.
Dan tabiat kucing, biasanya ia akan kekal di sesuatu tempat jika tuan rumah memberi makan yang secukupnya.
MF pernah dengar salah satu tips untuk mudah dilapangkan rezeki oleh Dato' Dr. Mohd Fadhilah Kamsah, ialah tidak memelihara binatang dalam kurungan... Kalau tidak dulu MF dan suami ada bela ikan puyu... Suami MF bela dari ikan kecil sampai besar dalam akuarium... Sampai dah kahwin, suami bawa ikan tu ke rumah kami... Tapi lepas dengar ceramah DMFK tu, kami lepaskan ikan puyu tu kat sungai... Biarkan dia hidup bebas dalam sungai... Alhamdulillah... mungkin ada juga kebenarannya, rezeki tak pernah putus sejak dari itu... MF disahkan mengandung, dapat posting guru... dan hinggalah sekarang... Alhamdulillah... mungkin Ikan puyu tu doakan kami kan...
Sebab tu, kalau nak bela binatang seperti kucing, seeloknya jangan dikurung.. biarkan dia bebas... kalau tidak tak payah la bela.. kesian sebenarnya... sebab binatang juga perlu bebas dan ada kehidupannya tersendiri.... walaupun hukumnya harus... ada baiknya kita elakkan ...
Tapi kalau kat zoo tu lain pula kisahnya... itu atas tujuan lain... lagipun memang diberikan elok...dan tempat kurungannya besar...
Sue x suka bela binatang. Malas nk uruskan hal2 kebersihan lg2 bila dah ada anak.
BalasPadamakak ada bela jgk dik... tp bela dlm hp je... pou hehehhe
BalasPadamZumal ada sekor kucing yang dikurung, yang lain bebas keluar masuk. Yang sekor nie tak dipedulikan maknya, hidup terasing. Tapi kalau lepas nakal sangat ^^
BalasPadamsaya dari kecik memang bela kucing takde sekor pun di kurung lepas bebas keluar masuk rumah ikut suka hati. boleh tidur & main kat mana2 saja.. Alhamdulillah.. bab rezeki tu even dulu adik beradik ramai dekat2 semua. Pernah satu masa ada yang di IPT, kat sekolah menengah & rendah.. tapi mak & arwah Ayah masih mampu menyara & memberi pendidikkan yang terbaik.. Nak kata mewa tu tak la.. tapi Allah sentiasa memberi sumber rezeki tu untuk terus hidup
BalasPadammacam kitew .Kucing kitew tak pernah kitew kurung pun.Kitewkurung dalam rumah jew.hahaha.
BalasPadamKalau kurung sebab dia sakit atau membawa masalah kepada orang sekeliling itu lain lah,.tapi kurung tu jangan lupa bagi minum dan makanan sudah
tu la kn kesian kt binatang tu..tp org yg bela tu tkut haiwan ksygnnya hilang..lg2 klu kucing comel :)
BalasPadamZalim terhadap binatang denda adalah RM200. Tapi jika yang berbuat zalim itu adalah seorang hakim, siapa nak tegur...
BalasPadamSalam kak Maria, saya perlu minta nasihat mengenai ini.. boleh saya Dalaman emel puan? Tq
BalasPadamWslm... Boleh...
Padam