GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Trend Instant Shawl: Membelit Itu Satu Kepuasan Dalam Mengenakan Hijab!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Selepas artis Neolofa, berhijrah dengan memakai hijab, dia memperkenalkan hijab ciptaanya, iaitu Instant Shawl Neolofa... Popular betul Instant Shawl ni... Mudah je nak bergaya, sarung je kan.. MF pun tergoda tengok design-design dan patern instant shawl ni... 

Dan bila keluar design baru, penjahit baju dan tudung juga tak ketinggalan buat dan tiru kan... Jadi, orang boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah. 

Masa memula keluar design instant shawl ni, semuanya pendek-pendek... ngam-ngam atas paras dada, tapi sekarang dah banyak design untuk muslimah bertudung labuh... (padahal semua wanita muslim wajib bertudung lebih dari paras dada)... Tergoda juga tengok designnya. 

MF pun hampir juga beli... tapi selepas difikirkan, bagaimana tudung instant awning MF yang tersangkut, tersadai begitu sahaja di penyangkut... bahkan berhabuk dah pun.. Sedihkan...

MF tak pakai sangat tudung instant...kecuali ketika balik kampung, ada ipar duai..masa tulah baru pakai tudung instant... tak kan nak berbelit-belit pula dok dalam rumah kat kampung kan...

Tambahan pula dengan komen dari suami... Suami MF komen, MF tak sesuai pakai tudung instant, sebab nampak berusia, dari usia sebenar... OH NO!... komen yang paling menggerunkan...

Trend Instant Shawl: Membelit Itu Satu Kepuasan Dalam Mengenakan Hijab!

Jadi, MF tak pakai lagi tudung instant.. Bila fikirkan semula, dan juga takut instant shawl ni senasib dengan tudung instant tu nanti, MF tak jadilah nak ikut trend ni... Lagipun, MF selesa sahaja dengan shawl... Membelit shawl itu satu kepuasan dalam mengenakan hijab... hehe... Tu moto MF la tu eh... Dan kalau tak shawl pun, MF selesa je dengan tudung bawal... Tudung bawal, yang memang tak lapuk dek zaman kan... 

Apa-apa pun, tak semua tudung sesuai dengan kita.. dalam bab bergaya, MF selesa tanya pendapat suami sendiri... sebab bergaya untuk dia juga kan... Keluar dengan suami, lebih bergaya dari keluar bekerja... Apa-apa pun atas pendapat masing-masing juga... ikut keselesaan masing-masing... Asalkan... BERGAYA MENGIKUT SYARIAT!


Ini contoh instant shawl yang MF captured dari Tudung2u.com... MF pernah beli Shawl Labuh kat sini... Harga murah dan servis pun cepat... Kalau MF nak beli tudung online... Memang MF akan ke web shop ini sahaja... Sebab senang dah de harga.. Tinggal pilih dan klik-klik je... :)




Nota: Tengok orang pakai, comei-comei je... sendiri pakai??? hmmm... [puas bayangkan camne ruperr... hehe]

16Ulasan

  1. Wah, tagline MF tu betullah, canggih :)
    Lagipun, tak kisah lah nak pakai shawl ke, tudung bawal ke, ataupun instant, yg penting selesa dan menepati shariat :)

    BalasPadam
  2. Pandangan suami sangat penting dlm melakukan sesuatu..

    BalasPadam
  3. teringin juga nak pakai instant shawl ni tapi tunggu lah dulu..pakai mana yang ada dulu..dah bertambah koleksi sampai dah naik malas pulak beli shawl..hehee

    BalasPadam
  4. Suatu kepuasa ya.. Akak pun nak sepantas kilat aja. So far, jatuh cinta dengan bokitta sebab pakai tak sampai 15 saat. Sesuai sekali dengan hidupku yang terkejar2 sokmo.

    BalasPadam
  5. kalau suami saya pulak dia kata pakai shawl ni nampak cam gaya orang muda2..kalau tudung awning tu ye..memang dia kata pesyen orang tua..kalau pakai mesti nampak tua..tu yang saya pun gigih pakai shawl sekarang ni..heheh

    BalasPadam
  6. sy pulak x sesuai pakai tudung yg ada awning.
    betul.mf..

    BalasPadam
  7. saya baru je beli satu instant shawl ni..nak cuba-cuba..hehe

    BalasPadam
  8. suka ayat tu. bergaya mengikut syariat :)

    BalasPadam
  9. hoho..timm pun xsuka pkai tdung instant..mcm mkcik2..hihi..yeah, tdung bwal sentiasa di hati..senang nak bentuk n simple..

    BalasPadam
  10. Betul tu, selalu beli wide shawl je, murah, rm8 dah dpt cantik2, labuh pula tu...

    BalasPadam
  11. Saya pun suka tengok org pakai shawl ni tapi sebab saya ni jenis tak boleh lelama mengadap meja solek, jawabnya hai hai bye bye je lah...tak reti betul belit2 ni...tapi teringin lah nak beli yang instant tuh..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ