GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hah! Rotavirus??? Minta Dijauhkanlah...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam adik muntah-muntah banyak kali.. hingga kan aktiviti di sekolah MF tak dapat nak join sekali... Takpe,... Anak lebih diutamakan... Pagi ni, terus bawa ke Medical Centre yang kami biasa pergi... Sekali masa Check-up... Doktor nasihatkan hanya bagi susu badan.. dah camne adik dah tak minum EBM... teruslah doktor bagi MC sebab kena pantau adik di rumah... kalau dia muntah lagi kena refer semula ke doktor kerana takut jangkitan Rotavirus. Dengar Rotavirus buatkan ku seram sejuk... Dah alang-alang doktor sebut tu.. mula cari maklumat lanjut...


Apa itu jangkitan Rotavirus? 
Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia. Berita terkini di Malaysia, 2 mangsa telah meninggal dunia di Tapah, Perak kerana dijangkiti oleh Rotavirus yang menyebabkan kes ‘Acute Gastroenteritis’ (AGE).

Apa Itu Rotavirus?
Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti. Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.

Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus
  • Cirit birit berlarutan
  • Muntah berterusan
  • Sakit perut
  • Demam dan selsema
  • Bau najis terlalu busuk
Komplikasi Rotavirus
Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.

Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit
  • Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan Dehidrasi
  • Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
  • Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
  • Temui doktor jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah.
Cara Mencegah Wabak Rotavirus.
- masak air sebelum di minum
- basuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas makan
- bila ke tandas pun sama, jangan lupa basuh tangan sebelum dan selepas ke tandas
- kalau boleh elakkan makan ulaman yang tidak di masak.. rebus dulu k..
- masak dengan sempurna
- bersihkan pemakanan dan minuman bayi dengan merebus dulu sebelum digunakan..

Rotavirus ada vaksin pencegahan tetapi malangnya vaksin ni tidak halal kerana bersumberkan dari babi... Berikut ialah kenyataan dari Majlis Fatwa Kebangsaan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vaksin BioThrax dan RotaTeg adalah tidak dibenarkan kerana:
  • Situasi kini dianggap tidak dharurat; 
  • Terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam pemprosesan kedua-dua vaksin; dan 
  • Tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan kedua-dua vaksin ini.
Keterangan/Hujah: 
Anthrax adalah sejenis penyakit berjangkit yang akut dan boleh menyebabkan kematian mengejut dan darah keluar dari semua rongga yang terbuka. Jangkitan anthrax boleh berlaku sama ada pada kulit (cutaneous anthrax), saluran usus (Gastrointestinal anthrax) atau serangan melalui pernafasan (inhalation anthrax). Vaksin BioThrax™ digunakan sebagai imunisasi atau suntikan pelalian bagi membantu melindungi daripada jangkitan anthrax. RotaTeq pula ialah vaksin bagi mencegah kes rotavirus yang menyebabkan muntah dan cirit birit di kalangan kanak-kanak.
Islam mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam keadaan dharurat iaitu tiada ubat alternatif yang lain adalah berpandu kepada Firman Allah s.w.t.,
Maksudnya : Dan tidak ada sebab bagi kamu, yang menjadikan kamu tidak mahu makan sari sembelihan binatang-binatang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan ke atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya. (Surah al-An’am : 119)

Jumhur Fuqaha’ dari Mazhab Hanafi, al-Malikiyyah, pandangan sohih dari Mazhab Syafie dan Hanabilah berpendapat berubat dengan suatu yang najis seperti arak adalah haram dan tidak harus. Dalam konteks ini Prof. Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayli berpandangan bahawa pada asasnya, haram kita berubat benda yang najis atau haram.
Dalam mempertimbangkan hukum keharusan mengambil benda haram dalam situasi dharurat beberapa kaedah fiqhiyyah boleh dijadikan sandaran. Antaranya ialah kaedah “ Dharurat mengharuskan perkara yang dilarang” atau الضرورات تبيح المحضورات. Dalam situasi sesebuah negara yang memerlukan perlindungan atau pelalian daripada ancaman serangan biologi seperti anthrax atau serangan cirit birit di kalangan kanak-kanak, kepentingan suntikan BioThrax™ dan RotaTeq tidak dinafikan sekiranya tiada alternatif lain. Walaupun penggunaan BioThrax™ dan RotaTeq mungkin diharuskan namun pengambilan suatu yang haram semasa dharurat dibatasi dengan kaedah الضرورات تقدر بقدرها (dharurat dinilai sekadar keperluan). Dalam masa yang sama orang Islam wajib berusaha bersungguh-sungguh keluar daripada situasi dharurat. Berdasarkan kaedah ini, menggunakan suatu yang haram dalam situasi bukan dharurat adalah dilarang.
Penggunaan Vaksin Biothrax dan Rotateq tidak diperlukan memandangkan Malaysia bukan dalam keadaan dharurat dan telah ada vaksin halal untuk kegunaan umat Islam di Malaysia.
Setakat ini umat Islam di Malaysia mempunyai pilihan untuk menggunakan vaksin yang disahkan halal kerana pakar-pakar dalam bidang sains farmasi di Malaysia mampu menghasilkannya.
Gesaan supaya menggunakan vaksin-vaksin yang mengandungi unsur-unsur yang tidak halal ini juga merupakan strategi musuh-musuh Islam untuk meracuni pemikiran dan daya ketahanan umat Islam apabila terlalu banyak sumber yang haram menjadi darah daging umat Islam. [sumber: e-fatwa]

vaksin ni sebagai pencegahan awal... Tapi ada dinyatakan juga pencegahan awal Kan.. Virus zaman sekarang ni canggih manggih dah... Kalau dulu boleh je main tanah, main Pasir... Sekarang... Tak boleh main kotor sebarangan... Virus pun macam-macam jenis datang... Cuma apa yang mampu buat... cegah selagi mampu.. .selebihnya berlindunglah dengan Allah... Kerana Allah sebaik-baik pelindung... 

5Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ