Design Cover dan Separator Fail PPPB Individu!

Maria Firdz
6
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Design Cover dan Separator  Fail PPPB Individu!

Satu lagi keje cikgu.. siapkan Fail Profil Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB). Semua cikgu kena buat... MF baru dok buat cover... Orang lain ada dah siap kot... Haha... Tak dan nak kejor... Tapi semangat nak buat tu dah datang... Jadi, kena mulakan buat... 

Portfolio ni Macam fail peribadi gitu... Segala benda ada dalam tu... Fail pihak sekolah sediakan... Cuma cover dan separator MF ubah ikut citarasa sendiri... Sekarang ni pun ada yang jual cover fail ni... Takpe la... Rezeki orang kan.. tapi bab design MF mmg prefer buat sendiri... Lebih puas hati... (maklumlah...orang budjet terer design... Hehe)

Ok.. Sebelum tu... Jom fahami... Apa itu fail PPPB ni... 

Portfolio ini yang perlu diterjemahkan dalam bentuk fail oleh setiap guru dan pemimpin sekolah dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB) adalah untuk melengkapi pembangunan professionalisme sedia ada dan mentranformasi amalan pembangunan professionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan.

Buku panduan Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB) ini boleh dimuaturun dari laman sesawang di bawah. Masukkan no kad pengenalan dan kemaskini tempat bertugas jika perlu untuk mendapatkan panduan dalam bentuk pdf.

http://apps8.moe.gov.my/abpg/bpg/PPPB/index.cfm

Kandungan Portfolio

BAHAGIAN KULIT DEPAN FAIL PROFIL PPB INDIVIDU
Nama:
Jawatan:
Tempat Bertugas:

BAHAGIAN ISI FAIL:

A. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
Vitae Kurikulum.
Falsafah Pendidikan Negara.
Skop Kerja.
Sasaran Kerja Tahunan.

B. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL
Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan.
Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan.
Penyertaan dalam Aktiviti PPB.

C. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI
Senarai Tugas dan Tanggungjawab.
Sumbangan kepada KPM/JPN/PPD.
Penulisan/Penerbitan.

D. BAHAN BUKTI DALAM P&P/KEPIMPINAN
Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar dan Penilaian / Perancangan Strategik.
Contoh Hasil Kerja.

E. ANUGERAH /PENCAPAIAN
Anugerah Perkhidmatan.
Anugerah dalam P&P/Kepimpinan/Lain-lain.
Jemputan untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan dan Lain-lain.

F. PENILAIAN P&P/KEPIMPINAN
Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan.
Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan.
Maklum Balas dan Penilaian daripada Murid/Ketua Jabatan.

Setakat ni dah siap dah design... dah siap masuk fail... kali ni MF malas na pening-pening.. MF design guna Power Point je.. simple.. template pun dah ada... cuma edit dan susun ikut kreativiti.. 

Nak design ni??? Maaf... kali ni MF tak kongsi...sebab simple sangat nak buat. Semua boleh buat sendiri... sebab guna power point je pun... segalanya mudah aje... janji kena kerja lebih sikit.. 

Dah siap cover.. tinggal nak siapkan isinya je la nanti... lepas cuti nanti.., pentadbir dah minta... get ready je la... buat mana yang mampu je la kan.. 


Nota: cuti hujung minggu kisah pasal kerja lagi.., itulah cikgu abad 21... 

Catat Ulasan

6Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Wah.. Cantiklah sis.. Mmg best design sendiri. Lagi puas hati.

    BalasPadam
  2. Wah.. Cantiklah sis.. Mmg best design sendiri. Lagi puas hati.

    BalasPadam
  3. cantik..pandai akak design..lama lama pandailah nanti design..tak buat tak tahu kan :)

    BalasPadam
  4. sy pun dlm proses buat separator...design sendiri mmg puas hati.hehe

    BalasPadam
  5. fail pppb CN dah cntik, tp isi tak tahu nak letak apa..hehe

    BalasPadam
  6. ingatkan jual tadi... baru nak beli

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !