بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
sumber: google images |
Smartphone kalau tak guna dengan smart akan jadi semakphone... Ruangan walau berani GB sekalipun kalau tak diuruskan dengan baik, boleh buatkan smartphone mudah 'hang'... cepat panas, dan batery cepat habis.
Berikut ada enam langkah untuk jimatkan ruangan storage dalam smartphone atau tablet.
1. Aplikasi
Aplikasi yang dimuat turun akan secara automatik akan disimpan di memori terbina di peranti anda. Ada beberapa peranti yang membenarkan anda untuk menyimpannya dalam kad SD. Selain itu, anda perlu lebih rajin untuk mengemas kini aplikasi mana yang telah dimuat turun tetapi tidak berguna, rosak dan versi percubaan. Jangan terasa rugi untuk terus membuangnya.
2. Foto
Kini, terdapat pelbagai versi peranti dengan kamera yang memiliki mega piksel yang besar. Oleh itu, saiz foto yang diambil akan turut sama dalam saiz yang sangat besar. Untuk kegunaan yang penting dan anda memang memerlukan foto yang tajam, cantik dan sebagainya tiada masalah. Tetapi, jika hanya sekadar untuk memuat turun di Facebook, anda perlu mempertimbangkan untuk mengurangkan sedikit saiz bagi menjimatkan ruang dan memuatkan lebih baik foto.
3. Data aplikasi
Sesetengah aplikasi menyimpan banyak fail-fail sementara dalam memori terbina pada peranti anda dan ia akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Data-data aplikasi ini selalunya tidak ditetapkan untuk pengurusan secara sistematik. Masalah ini tidak berlaku kepada aplikasi popular seperti Google Maps, Facebook dan sebagainya.
4. Cache pelayar
Sesetengah peranti telefon pintar dan tablet memerlukan anda membersihkan kesemua fail internet sementara yang disimpan oleh pelayar web anda secara manual. Tetapan secara automatik mengakibatkan ia terus disimpan sehingga melebihi kapasiti sepatutnya. Ia perlu dilakukan selang seminggu atau sebulan bergantung pada penggunaan pelayar web.
5. E-mel
Ada beberapa versi peranti yang tidak memiliki kesesuaian untuk bekerja dengan e-mel yang terlalu banyak. Pengurusannya kurang sistematik mengakibatkan kadangkala ia akan menyesakkan ruang dan memenuhkan memori sehingga memperlahankan peranti tanpa disedari. Ambil masa untuk melihat dan memadamkan mana yang sudah tidak berguna lagi.
6. Video
Kebanyakan video yang diambil dengan peranti mudah alih kini sangat berkualiti sehingga beresolusi definisi tinggi (HD). Perkara ini perlu dititikberatkan oleh pengguna kerana saiz video sangat besar dan akan memakan banyak ruangan di storan anda. Rajin-rajinkan diri untuk memindahkan fail video yang dirakamkan bagi membolehkan storan anda boleh dimuatkan oleh data-data yang lain sama.
Sumber: Majalah PC
Pakai smartphone kena rajin la clean... kalau tak memang hang... Kalau smartphone jenama samsung, segala photo yang tersimpan dalam Google Plus turut tersimpan dalam phone sebab kita guna akaun yang sama... Jadi, nak selamat... Buat akaun khas untuk smartphone dan jangan guna akaun google yang sama dengan akaun google plus kita guna... Faktor ni pun buat phone jadi berat... Sebabnya pengalaman MF, berblog guna Samsung... Semua gambar dari blog, tersimpan dalam phone.. kalau delete, habis semua gambar dalam phone... Tapi boleh cegah... syaratnya jangan Sync (connect) dengan akaun Google... Jadi, gambar tu tak tersimpan...
Aplikasi yang kita download sesetngahnya boleh simpan dalam SD card untuk smartphone Samsung... tapi tidak pada smartphone Sony... Aplikasi semua simpan pada memori phone sahaja.
Buat handphone Sony pula.. segalanya tak automatik.. Jadi, ruangan memang jimat la... Kalau boleh, apa-apa dari internet jangan buat autodownload nanti penat nak delete... Download bila perlu terutama, gambar dan video dari whatsapps, email dan sebagainya...
MF kongsikan berdasarkan pengalaman MF dan suami sbg pengguna smartphone...
tulah..kekadang tu tak tau kenapa sebab penuh dan hang je phone..
BalasPadamTips dan info yg berguna.. Tq sis..
BalasPadamadoi smartphone sy mmg semakphone la!betul semua gambar dari blog masuk gallery HP.nti2 la kita godek.haha
BalasPadamuntuk semakphone akak memang agak payah...hik hik hik...susah nak jimat ruang tu...
BalasPadamThanks sharing..skang banyak apps sebab tu jadi semak..huhu
BalasPadamermm itulah, k lily selalu je delete gambar2 yang tak berkenaan ni..
BalasPadamnice sharing
BalasPadambetul tu, utk wasap n telegram, cn tak buat autodownload, klu nk tengok gmbo tu br download, klu tak ..biar jela, buat berat hp jer klu gmbo mengarut ni ;)
BalasPadamBetul tu.. saya mmg tak sync akaun google.. mmg hang... Thanks sharing MF.. :)
BalasPadam