بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Selepas tiga bulan menunggu, akhirnya MF terima barang yang MF order... Sebelum tu MF pernah melepaskan geram di ENTRY NI...

Berikutan entry tu juga, suami MF juga bertindak.. suami mana tak marah, bila ada yang permainkan isteri dia kan... Suami MF ambil tindakan dengan call, SMS dan whatsapp penjual a.k.a owner EEDAZCollection...

Memang dia tak berani nak angkat call dan balas SMS serta whatsapp tu... tak lama lepas tu... malam la juga, baru dia balas... janjinya akan cuba siapkan dan pos hari Isnin.. kalau tak berjaya siapkan dia refund balik duit. MF tunggu je dengan sabar... biasa pos laju satu atau dua hari baru sampai... Isnin pos, Selasa atau Rabu akan sampai... MF berkira-kira sendiri...



MF tengok hari Rabu takde lagi barang diterima, jadi petang Rabu MF whatsapp tanya... rupanya elok MF whatsapp tu, waktu tu dia baru lepas pos... haiihhh.. geram juga dihati... janji hari Isnin, petang Rabu baru pos... hmm... tapi pujuk hati.. takpe lah.. janji dia pos.



Hari khamis MF terima barangnya... balik rumah, hari Jumaat pagi baru MF buka tengok.. sekali buka tengok, kecewa lagi MF ni... lain diorder, lain pula yang dia buat... Saiz L hard awning MF tempah, diberinya saiz XL... nak buat inner camne kalau dah labuh segitu???

Fuhh... patah hati MF tau... dah lama menunggu, sekali dapat tak seperti yang ditunggu pun... Memang inilah pengalaman terburuk MF sepanjang MF beli online... Memang MF patah hati... Inner tu MF sangkut je.. patah hati nak pakai... memang kecewa sangat... tengok lah.. mungkin MF bagi je kat sapa-sapa... lagi tengok, lagi sakit hati...

MF kuarkan entry ni bukan untuk aibkan pihak EEDAZ tapi pengajaran... kira untuk MF tak buat laporan kepada hak pengguna.. kalau tak memang kena la kan... sebab tiga bulan satu tempoh yang lama untuk sebarang tempahn.. Orang tempah barang luar negara pun tak menunggu sampai macam tu... Hmm... Memang dah rezeki MF macam ni... MF redha tapi, itulah tujuannya biar semua orang belajar... buat penjual, jangan buat perkara sebegini jika nak jualan tu berkat dan tahan lama... Jaga kualiti, lebih baik dari kuantiti like di page facebook... Jaga kualiti walaupun dah terkenal satu dunia... 

28 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. beli online ni kite perjudikan nasib..kalau nasib baik dptlah ok tp kalau tak baik jadilah mcm MF..

    BalasPadam
  2. alahai.. xjaga customer tol la..huhu

    BalasPadam
  3. nasib jer beli barang online nih.. kalau bernasib baik, lega laa.. kalau nasib kurang baik, terpaksa laa terima apa yang berlaku.. itu yang kerajaan suruh daftar perniagaan bagi yang meniaga online nih.. takut jadi perkara sebegini..

    BalasPadam
  4. Pernah gak teringin nak beli inner kat eedaz tu... bila bc entry sis ni fikir dulu la jwbnya

    BalasPadam
  5. Naya ke orang je niaga begini. Lain yang dimintak lain yang sampai .... payah tul la. Sabar ye sis ....

    BalasPadam
  6. serik jadinya kan sis? diorang ni,kalau tak nak pun,return la duit balik.

    BalasPadam
  7. Kak maria mintak refund semula la. Dapat service tk bagus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm... Dia dh bg brg...mmg x dpt lah duit tu.. whtsapps pun dh x berbalas...m

      Padam
  8. peniaga online ni kna tepati msa sepatutnya. lewat seminggu ok lg. klau 3bln, lma sngt tu..

    BalasPadam
  9. dia xtahu dia cri mslh dgn blogger :-)

    BalasPadam
  10. sm la...order dr bln 11 smpai skrg x dpt2...sedey smpai mls dh nk wasap mesej seller bagai.dh letih tggu

    BalasPadam
  11. alahaii sampai 3 bulan then dapat barang salah size pulak..memang tak menjaga customer lansung kan..ingatkan dah tunggu 3 bulan dapatlah yang terbaik rupanya tidak..xpelah kak, moga ni jadikan pengajaran bukan mereka supaya tak terkena pada orang lain..aniaya customer macam ni namanya..macamana nak berkat berniaga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm... Tahu la...ikut dia lah...sendiri jawab lah dgn Allah...

      Padam
  12. Peniaga mcm ni yg buat rosak reputasi perniagaan online lain. Sikit banyak tercalit juga buat mereka yg lain yg bergantung dgn pendapatan online walaupun buat betul hhmmm....

    BalasPadam
  13. harap sis bersabar... Ana memang jarang beli online ni, bukan per... lagi senang beli kat kedai, boleh pilih2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inner neck jnis ni ssh nk dpt offline kt kedai biasa...sbb tuorderonline..

      Padam
  14. Macm nii lah klau beli online gk..huhu.. sabar jeelahh MF, drpd kita menunggu 2-3 bulan pstu xsmpai brg yg kita order lebih teruk tau, nasib baik barang yg MF order tuu sampai jgk last sekali..kan..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm...mujur satunya betul ikut order...klu dua2 slh mau ngamuk lagi ni...hehe

      Padam
  15. Tak tahu hujung pangkal cerita, Maria so tak berani nak komen. Tapikan bila berniaga ni kenalah ikhlas. Kena ambil hati pelanggan sebab kita mengharap sangat mereka akan repeat order. Kalau jadi macam Maria ni, siapa yang sanggup nak order lagi dari peniaga yang sama? Nama baik pun tercemar. Kalau tak boleh, terus terang kata tak boleh, refundlah duit. Hilang satu customer takpa janji kita ikhlas berniagakan!

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama