بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Semalam...masih mood cuti.. maklumlah KL cuti empat hari sambutan hari wilayah sambung dengan hari Thaipusam hari ni... Ramai kata jalan KL agak lengang... MF pun perasan la juga..
Cuti empat hari tak ke mana pun... cuaca panas, lebih selesa je landing time dengan anak-anak... tapi petang semalam, suami ajak pergi pejabat dia kat Sg. Besi ambilkan bahan kerja untuk disiapkan.. Jadi, lepas solat Asar, bersiaplah kami empat beranak... dan suami pun ajak jenjalan sekali... sebab lama kami tak jenjalan kan... target nya ke Dataran Putrajaya.. nak biarkan anak-anak bermain la kononya...
Gerak ke Sg. Besi dah hampir senja.... dapat tengok sunset di tengah bandar KL.. cantik juga.. jalan pun lengang la juga.. maghrib sampai di tempat kerja suami.. settle solat dan segala bagai... suami ajak makan dulu...sebelum gerak ke Putrajaya..
Setelah berbincang, kami tuju ke Restoran Makanan Barat pula.. masih takde mood nak makan nasi... jadinya kami ke Restoran yang bertentangan dengan Mee Tarik Warisan... Iaitu Top Steak House yang terletak di Bandar Baru Sungai Besi.
Waktu tu, masih tak ramai orang sebab baru lepas maghrib... tak lama duduk untuk order sampai... Lihat menu... hmm... boleh tahan rambang matanya... rasa macam nak makan semua...
Ni je gambar yang MF sempat snap.. nak snap satu-sati memang tak la kan.. dok berperang dengan anak. Nak tahu menunya, kena la berkunjung ke Top Steak House ya... |
Lepas pilih order... tak sampai lima minit air sampai dulu.. Lepas 10 minit baru makanan pula sampai.. Tiga order untuk makanan... Speghati untuk si kakak, MF order Morocco Chicken Rice (tetiba teringin nak makan nasi pula), dan suami order Beef Steak Black Pepper.
Air kami order satu je, sebab gelas besar dan kongsi tiga orang...
Air tembikai laici... sedap..cuma agak manis.. sebab tu order air suam sekali..
Puas makan, sedap dan nasi MF makan tu tak pedas, jadi memang boleh kongsi dengan adik... ayamnya pun terasa rempah dan lembut isinya hingga ke tulang..
Steak yang suami makan pun sedap... terasa black peppernya, dan lembut dan tak liat dagingnya... puas dan kenyang..
Speghati kakak tu, nampak simple... tapi memang sedap.. speghati lembut..dan terasa lemak, cili dan cukup rasa...ditambah dengan cheese pula... memang sedap... puas makan sepinggan... habis kakak makan seorang...
Alhamdulillah.. puas hati makan kat Top Steak House... sedap..dan layanan pun cepat dan memuaskan... persekitaran yang bersih...
Sekarang ni, Top Steak House ada buat promosi Cabutan Bertuah kepada pelanggannya... Makan lebih RM50 dalam satu resit layak sertai cabutan bertuah ini... Cabutan setiap hari sabtu minggu pertama setiap bulan jam 9.30-10.30 malam... Hadiah utama ialah satu unit iPad Mini dan hadiah-hadiah lain berupa Voucher makan di Top Steak House...
Kami masuk la cabutan bertuah tu... tak letak harapan pun... sebab lebih RM50 kan... maka masuk jela.. Jika ada rezeki, ada la kan...
Top Steak House juga ada cawangan lain di Sri Rampai ... Alhamdulillah.. lepas juga keinginan nak merasa makan western food... Sesiapa yang nak mencuba boleh la ke Top Steak House... untuk JJCM kali ni MF kasi 4/5 bintang untuk Top Steak House.
walaupun selalu pergi sungai besi tapi tak pernah menyinggah lagi top steak house ni haha tengok gambar jee dah terliur memang kalau dapat gaji untuk bulan ni terus pergi kalau takde halangan haha
BalasPadamAmboi siap ada cabutan bertuah tu...apa hadiahnya ye...menarik market strategy kedai ni untuk tarik pelanggan
BalasPadamTerima kasih..ermmm boleh cuba ni..insyaAllah..
BalasPadamWah sedapnye..jauhnya kalo nk jjcm ke sana ^^
BalasPadamAlhamdulillah kenyang..Yang penting sedappp kan Maria..
BalasPadamsedapnyaaa sis !
BalasPadamnak pegi yang dkt sri rampai tu la, dekat sg besi tu takut sesat pulak...saya tak familiar kawasan tu
BalasPadamsedap steak dan spaghetti tu..
BalasPadambeef steak liat, rasa mcm kurang masak.
BalasPadamMorocco Chicken Rice - rasa ayamnya macam lama , tidak segar malah sedikit berbau.Ada tanda kehijauan pada daging ayam tersebut.
Mungkin nasib kami gamaknya pada minggu lepas.
Nyesal sbb makan & harga tak berbaloi.