بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
gambar hiasan: google images |
Kalau kita terjaga dari tidur di waktu pagi, apa yang hendak kita buat? Minum Air? Mandi? Makan Nasi? Macam-macam yang kita boleh buat, betul tak? Namun, bagi seorang Islam kita ada adab yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Sememangnya tidak rugi kita mengamalkan Amalan Baik Di Waktu Pagi kerana terdapat hikmah yang baik di sebaliknya.
Amalan Baik Di Waktu Pagi
Beberapa perkara yang seharunya kita jadikan amalan apabila bangun dari tidur adalah seperti berikut:
1. Menyapu muka
Perbuatan ini memang menjadi amalan Rasulullah SAW tatkala bagun pagi berdasarkan satu hadith yang bermaksud:
“Rasulullah bangun tidur, kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya.”(Riwayat Muslim)
2. Berdoa
Salah satu sebab kenapa kita perlu berdoa sebaik sahaja bangun dari tidur adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT.
3. Bersugi (Memberus Gigi)
Setelah berdoa dan menyapu muka, bolehlah kita bersugi atau menggosok gigi. Hal ini boleh dirujuk dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila Rasulullah s.a.w bangun daripada tidur, baginda akan membersihkan mulutnya dengan bersugi.” (Muttafaq ‘alaih)
4. Membasuh kedua-dua belah tangan
Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya membasuh kedua-dua belah tangan di waktu pagi kerana semasa tidur, kita tidak tahu ke mana tangan kita bergerak. Perkara ini dinyatakan dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu tiga kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur.”(Mutaffaq ‘alaih) –
5. Beristinthar
Perkataan Beristinthar bermaksud perbuatan memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskan kembali .
Rasulullah SAW menyuruh kita beristinthar di waktu pagi kerana syaitan suka bermalam di batang hidung. Boleh rujuk maksud hadith di bawah ini.
Rasulullah S A W bersabda yang bermaksud : “apabila seorang antara kalian bangun tidur, maka berwuduklah dan kemudian beristintharlah sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya.” (Riwayat al-Bukhari)
Selain 5 amalan yang dinyatakan di atas, kita digalakkan memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT dan berzikir.
Tunaikan solat berjemaah sama ada di rumah ataupun di masjid. Sebaik-baiknya berjemaah di masjid.
Selepas solat Subuh, kita juga digalakkan membaca Al-Mathurat. Al-Mathurat adalah himpunan doa-doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW yang di susun oleh Hassan Al-Banna.
Kemudian, cari sedikit masa untuk melakukan solat Dhuha.
Marilah kita beramal dengan Amalan Baik Di Waktu Pagi. Amalan yang ringkas tetapi ikhlas dan istiqamah diiktiraf oleh Allah SWT.
Amalan yang paling disukai di sisi Allah Taala ialah sesiapa yang melakukan amalan itu secara berterusan sekalipun sedikit.” (Riwayat Muslim).
JOM KITA AMALKAN BERSAMA...
insyaAllah sama-sama kita amalkan akak ye..
BalasPadamnice sharing . boleh cuba amalkan lepas ni :)
BalasPadamsunnah2 yang sangat senang nak diamalkan. insyallah pelan2 jadikan habit.. CT penah dengar yang sapu muka tu.. yg lain baru tahu =)
BalasPadamalhamdullilah ilmu yg bermanafaat:)
BalasPadaminfo menarik :))
BalasPadamziaaeuos.blogspot.com
info menarik
BalasPadamzianaeunos.blogspot .com
Good sharing dear
BalasPadamChah kongsi ya, seronok tengok blog puan.
BalasPadam