Resepi: Jemput-jemput Potato Cheese yang Lembut dan Sedap!!!

Maria Firdz
12

Rutin bangun pagi... Otak ligat memikir nak masak apa sarapan pagi ni... Biasa yang ringan-ringan je...

Sekali tengok kat dapur ada kentang... Hmmm... Jemput-jemput kentang... Lepas tu teringat jemput-jemput cheese Kak Mimi baru-baru ni... Jadi, combine dua resepi dan upgrade sikit... Sebab kebetulan cheese ada...

Mudah sangat nak buat... Tapi memang lembut dan sedap...

Bahan-bahan:
# 2 cawan tepung
# satu biji kentang yang direbus dan dilenyek
# dua keping cheese
# satu sudu kecil soda bikarbonat
# satu sudu besar susu tepung
# satu sudu teh gula
# satu sudu kecil garam
# satu sudu kecil serbuk penaik
# air suam

Cara-cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas... Gaul sebati... Bancuh dengan air suam dengan bancuhan yang sederhana ... Tak pekat sangat dan tak cair sangat... Dah sebati semua... Buatlah jemput-jemput sama ada guna tangan atau sudu... Goreng di dalam minyak yang betul-betul panas... Tujuannya supaya jemput-jemput tadi tak serap minyak dan tak muak bila makan.... Juga untuk elakkan dari melekat kat kuali sebab letak cheese kan...

Memang sedap makan panas-panas... Menjadi juga... Alhamdulillah... Lepas dah sarapan hari ni... Esok pikir sarapan lain pula.... Itulah suri rumah kan... Setiap hari pikirkan perut keluarga untuk diisi... Tambah letih dgn anak yg makin membesar sering merungut lapar walaupun makan tak pernah berhenti kan... Hmmm.... Layan kan aje...

Siapa yang nak cuba dipersilakan ya...


Posted via Blogaway: Entry Autopublish

Catat Ulasan

12Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. emm, dap2..ritu pernah try fritter kentang..sedap2..

    BalasPadam
  2. yummmy yummyyy!boleh try ni..hihi
    btw..iqha singgah sini sambil main klik2 nuffnang :))

    BalasPadam
  3. Boleh cuba ni...x pnh buat lg...thanks maria for the recipe...

    BalasPadam
  4. hari tu kann. nani buat jugak tapi keras. sedih betul :(

    BalasPadam
  5. Macam best je...kita memang suka mashed potato...so boleh cuba ni...

    BalasPadam
  6. ooo taruk cheese ekk.. boleh try buat ni.. :))

    BalasPadam
  7. Sedap nih...nanti nak try jugak..hehehe

    BalasPadam
  8. waah...ade cheese dlm jemput2..nak kena cuba resepi ni..tq ye bg menu ptg saye..

    zuerieybeautysecret.blogspot.com

    BalasPadam
  9. Cn klu buat cekodok guna air panas je,mng rangup di luar n gebu didalam ;)

    BalasPadam
  10. Klu buat untuk niaga..jual pada org..adaka boleh laku mcm cekodok pisang ha??

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !