GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Perokok Termasuk Golongan Fasik???

sumber: google images

Tidak dinafikan bahawa ada segelintir golongan perokok tertanya-tanya sama ada mereka tergolong golongan fasik yang tidak boleh menjadi wali dan saksi untuk pernikahan. Entri kali ini akan membantu memberitahu bahawa perokok seperti anda sah jadi wali dan saksi atau sebaliknya.

Menurut Syeikh Uthaimin, fasik adalah orang yang keluar daripada ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Golongan fasik yang tidak boleh menjadi wali dan saksi untuk pernikahan adalah adalah orang yang melakukan dosa-dosa yang disepakati oleh ulama. Contohnya, mencuri, berzina, meninggalkan solat dan sebagainya. Firman Allah, “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (al- Maidah: 47)

Adapun merokok merupakan perkara yang tidak disepakati dan terdapat perselisihan dalam kalangan ulama. Ada yang mengatakan haram seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi dan ada yang mengatakan harus seperti Syeikh Abd Ghani an-Nablusi. Semua fatwa ini adalah mengikut keadaaan perokok dan perincian yang lebih mendalam. Oleh itu, pernikahan yang melibatkan wali dan saksi yang merupakan perokok adalah sah.

Memang teruk lah jika betul perokok termasuk dalam golongan fasik... Namun, merokok memudharatkan kesihatan...dan dalam Islam sendiri melarang umatnya melakukan perkara yang memudharatkan diri sendiri... Jadi, berusahalah untuk berhenti merokok itu adalah yang terbaik!.

2Ulasan

  1. kang perokok marah lak kita label diorang gitu hahaaha

    BalasPadam
  2. silalah beritahu benda yang sama pada suami saya
    penat memberi nasihat

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ