Original Resepi dari Seberang di Restoran Sunan Darajat!


Jalan-jalan cari makan... itulah rutin, kalau dah jemu memasak.. kengkadang nak juga tukar selera... Kali ni, restoran masakan original dari seberang jadi pilihan MF dan keluarga... tapi ini bukan kali pertama MF makan di sini... cuma ini kali MF nak review... mungkin ada yang nak mencuba... 

MF pernah rasa masakan seberang dari satu restoran yang terkenal, bahkan pernah direview oleh beberapa orang blogger... tapi tak sesedap mana... itu pada rasa dan lidah MF la ye... Tapi MF betul-betul suka dengan masakan di restoran ini... 

Restoran Sunan Darajat.. 
Restoran betul terletak di luar pagar Masjid As-syakirin, Batu 5 1/2 Jalan Gombak... Bersebelahan dengan Seven Eleven dan bertentangan dengan Petronas Batu 6... dan restoran ni ada juga cawangan lain.. tapi yang MF biasa pergi kat situ je la... 

Entah berapa kali MF makan, tak terkira... jika tekak terasa nak makan makanan jawa ala Indonesia, restoran ini jadi pilihan.. menunya semua sedap-sedap dan harga berpatutan... 

Biasa MF dan suami order Nasi Panggang, Ayam Panggang, Gado-gado, Mee Bakso dan Nasi Ayam Penyet... dan pelbagai menu lain... dan nyata semuanya sedap dan berselera makan.... 

Fasiliti di restoran ini juga lengkap dengan kawasan tertutup dan berhawa dingin di tingkat atas... lengkap dengan tandas dan surau... Memang MF berpuas hati dengan restoran ni... kualiti makanan tetap sama.... dan paling utama bersih... 

Mungkin hanya situ satu-satu restoran di situ, tak nampak ramai orang di situ... Tapi restoran tu memang pilihan warga seberang la untuk makan... Sebab tengok ramai juga orang-orang jawa makan kat situ.. 

Bagi yang belum pernah rasa... boleh la ke situ... sesekali makan masakan jawa sedap juga... 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. lama dah tak pi jenjalan gombak..
    dlu rajin p rumah membe kat masjid zakaria tu adalah jugak melepak makan makan heeh

    BalasPadam
  2. macam menarik review MF, boleh mencuba ni :)

    BalasPadam
  3. wahhh. rasa nak try pulak nasi ayam penyet dekat situu :D

    BalasPadam
  4. Nanti boleh buat review letak harga satu-satu. Senang orang nak tengok. :D

    BalasPadam
  5. HURM...nampak cam sedap dan meyelerakan

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^