GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Isu Semasa: Perkahwinan Kanak-kanak

sumber: utusan Malaysia

Baru-baru kecoh lagi di laman sosial, tentang perkahwinan kanak-kanak... melibatkan seorang pelajar lelaki yang masih bersekolah berusia 15 tahun, berkahwin dengan remaja berusia 17 tahun... Memang jadi isu, dan macam-macam orang perkatakan... Dan isu juga dibincangkan hingga ke peringkat negara dan Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah berbincang mengenai isu perkahwinan kanak-kanak dan kesannya. 

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Isu Perkahwinan Kanak-kanak: Kajian Dari Aspek Agama, Kesihatan dan Psikologi. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.

2. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:

i. Isu berkaitan perkahwinan kanak-kanak bukan satu isu baru di Malaysia dan ia tidak lagi dilihat sebagai satu amalan yang ‘sihat’ pada masa ini. Perkahwinan Baginda Rasulullah s.a.w. dengan Saidatina `Aisyah r.a tidak wajar dijadikan alasan untuk memudahkan perkahwinan kanak-kanak. Syeikh Abdullah al-Manie, seorang daripada anggota Majlis Ulama Kanan Saudi juga berpandangan bahawa perkahwinan antara Rasulullah s.a.w. dengan Sayidatina Aisyah r.a tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mewajarkan perkahwinan gadis bawah umur.

ii. Walaupun terdapat peruntukan undang-undang yang membenarkan perkahwinan kanak-kanak di negara ini, tetapi ia tidak bermakna perkahwinan ini boleh dilakukan dengan mudah tanpa melihat kepada kemaslahatan kanak-kanak yang ingin dikahwinkan.

iii. Kajian mendapati statistik permohonan dan perkahwinan kanak-kanak di negara ini semakin meningkat dan kesan akibat daripada perkahwinan ini lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan terutama dari aspek kesihatan dan psikologi kanak-kanak terbabit.

iv. Kebanyakan perkahwinan kanak-kanak ini berlaku akibat didorong oleh rasa cinta kepada pasangan yang tidak mampu dikawal sehingga mendorong berlakunya penzinaan serta kehamilan luar nikah.

v. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor perkahwinan kanak-kanak di Malaysia berlaku bukan kerana maslahah tetapi disebabkan keterlanjuran dan keinginan menutup aib atau maruah keluarga yang tercemar.

vi. Keterangan pakar-pakar kesihatan dan psikologi  menegaskan wujudnya masalah kesihatan fizikal dan mental yang dialami pada pasangan perempuan akibat perkahwinan kanak-kanak.

3. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, Muzakarah menegaskan bahawa para ulama bersetuju bahawa secara syar’i, perkahwinan kanak-kanak bukan merupakan perkara yang wajib atau sunat. Tiada hadis yang menyatakan bahawa perkahwinan kanak-kanak itu dianjurkan. Perkahwinan pada zaman Rasulullah s.a.w. yang dilakukan oleh para sahabat lebih kepada menjaga kemaslahatan kanak-kanak. Ia termasuk dalam perkara harus tetapi hukumnya tertakluk kepada ketentuan Maqasid Syariah dan Qaedah Fiqhiyyah iaitu “Menjauhi Kerosakan” (Dar’ al-Mafasid) serta “Mengambil Maslahat” (Jalb al-Masalih).


4. Sehubungan itu, berasaskan nas-nas Syarak dan Qaedah-Qaedah Fiqhiyyah serta keterangan pakar-pakar kesihatan dan psikologi, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perkahwinan kanak-kanak hanya boleh dibenarkan dengan syarat ia dilakukan semata-mata untuk memenuhi kemaslahatan kanak-kanak tersebut secara syar’ie.

5. Muzakarah juga bersetuju memutuskan supaya pihak-pihak berkuasa berkaitan memperketatkan syarat-syarat perkahwinan kanak-kanak dan memastikan pelaksanaannya dijalankan mengikut prosedur.
Sumber: e-Fatwa

Walau apa pun, kita doakan buat pasangan yang berkahwin muda dan masih dalam lingkungan alam persekolahan ni, berbahagia, makin matang dan menjalankan kehidupan suami isteri sebaiknya... Hentikan buruk sangka dan menghentam mereka...sekurang-kurang mereka buat perkara yang disyariatkan bukan larangan dalam agama.... 

6Ulasan

  1. Alangkah sedihnya andai pernikahan dilakukan ketika siperempuan sedang hamil. Bagaimana andai tidak menikah semula selepas bersalin dan bersih. Bagaimana keturunan mereka. Takutnya kakak kerana akan berpanjangan akhirnya keturunannya.

    Moga kalaupun mereka menikah biarlah mengikut seperti yg dikatakan atas dasar kemaslahatan dan mengikut hukum syar'e yg dibenarkan.

    BalasPadam
  2. mmg bnda tu tak slh kawin muda slh satu alsan nk mengelak melakukan maksiat tp biarlah pasangan tu dh betul2 matang utk jd suami isteri, sbb kalu sbb cinta n nafsu je... tak kemana
    besar tanggungjawab hidup berumahtangga, banyak yg perlu di fikir bkn bile dh akad nikah semua jd mudah... itu pendapat akak lah, sbb org dulu2 pun kawin muda2... tp mereka lbh matang rasanyer

    BalasPadam
  3. Takut jugak dengar muda-muda dah kawen. Saya masa umur macam tu, still tunggu depan tv tengok power rangers. hahahahah.

    apa pun, doakan yang terbaik untuk pasangan-pasangan muda ni.

    BalasPadam
  4. Yg baiknya blh elakkan maksiat. Tp yg buruknya susah nk ckp sbb bdk2 ni lbh ikt nafsu tk nmpk lg apa yg bkl menanti kt dpn. Mampu doakan dorg bahagia je la.

    BalasPadam
  5. setuju dengan discussion peringkat kebangsaan tu.
    Huhu..makin hari makin byk mslh yg timbul.
    Benda mcm ni bakal bg impak negative pada pihak kesihatan jugak, especially bila pregnant nnti.

    BalasPadam
  6. Kita doakn smoga pasangan ni cepat matang dan mampu harungi cabaran dlm rumah tgga

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ