Hukum Siram Air di atas Kubur

ِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Jenjalan online tadi, terjumpa satu persoalan dan jawapan... salah satu amalan yang biasa kita buat dalam kalangan masyarakat Melayu ketika kematian ataupun ketika menziarahi kuburan. 

Hukum menyirami kubur.. Ada yang tahu hukum sebenar, dan ada yang hanya mengikut adat sahaja.
Jadi, ini huraian dan penjelasannya.


Amalan menyiram air di atas kubur selepas mengebumikan mayat terdapat riwayat yang menyatakan ia diamalkan pada zaman Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam dan para sahabat Radiyallahu 'anhum:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم رش على قبر ابنه إبراهيم ووضع عليه حصباء. رواه الشافعي
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam menyiram(merenjis) air di atas kubur anaknya Ibrahim dan meletakan batu di atasnya.” Hadith riwayat Imam al-Syafi’ie(rujuk: Nail al-Awtar, al-Syaukani)

Imam Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Jabir bin Abdullah RA berkata:

رُشَّ عَلَى قَبْرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْمَاءِ رَشًّا ; فَكَانَ الَّذِي رَشَّ عَلَى قَبْرِهِ بِلَالُ بْنُ رَبَاحٍ بَدَأَ مِنْ قِبَلِ رَأْسِهِ مِنْ شِقِّهِ الْأَيْمَنِ حَتَّى انْتَهَى إلَى رِجْلَيْهِ
Maksudnya: “Kubur Nabi SAW telah disiram air ke atasnya,orang yang menyiram air di atas kubur Baginda adalah Bilal bin Rabah RA iaitu Beliau memulakan(siraman) dari kepalanya dari sudut kanan sehingga di bahagian kaki.” (Rujuk: Nail al-Autar, al-Syaukani)

Apakah tujuan siraman ini?

Imam Nawawi al-Syafi'ie menyebut di dalam karangannya ‘al-Majmuk’, bab janaiz(jenazah):

ولأنه إذا لم يرش عليه الماء زال أثره فلا يعرف ، ويستحب أن يجعل عند رأسه علامة من حجر أو غيره

Maksudnya: …dan jika tidak disiramkan air ke atasnya(kubur), maka kesan kubur(pengkebumian) akan hilang dan tidak dikenali. Disunatkan juga meletakkan tanda yang berbentuk batu dan selainnya di bahagian kepala.

Menurut Imam al-Buhuti al-Hanbali di dalam kitab ‘Kasyaf al-Qina’ ‘an Matn al-Iqna’, kitab janaiz:

ولأن ذلك أثبت له ، وأبعد لدروسه ، وأمنع لترابه من أن تذهبه الرياح
Maksudnya: …dan kerana untuk menguatkan struktur tanah kubur, menjauhan ia dari hilang kesannya dan menghalang tanah kubur itu diterbangkan oleh angin.

KESIMPULAN
Amalan menyiram air di atas kubur bukan satu perkara yang diWAJIBkan. Namun ia boleh ditinggalkan jika tiada keperluan yang mendesak seperti dikuatiri kesan kuburan itu akan hilang.

Sumber: Cinta Ilmu

Jelaskan.... kenapa amalan ini dibuat pada zaman dahulu? Sebab zaman nabi s.a.w kawasan yang nabi tinggal ialah padang pasir... jadi, bila siram air dan letakkan batu, itulah sebagai tanda itu adalah kubur.. tapi bagi kita di Malaysia, struktur tanah ialah tanah merah.. jadi tanda itu sesuatu yang disunatkan, tapi menyiram air, bukan lagi satu keperluan yang mesti kita buat... Apatah lagi siram dengan air bunga dan tabur bunga... itu akan cuba kita perjelaskan pada entry yang lain. Insha Allah. 

Bab-bab amalan seharian kita melibatkan hukum. Wajib kita tahu hukum sebelum amal... Ada ulama berpendapat, amalan yang dilakukan tanpa berdasarkan hukum dan hanya sebagai ikutan, contohnya ikut mak bapa, atau ikut ustaz..segala amalannya akan tertolak. Jadi, wajib kita perlajari hukum fiqh!

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Perkongsian yang amat menarik....

    BalasPadam
  2. Thanks for sharing...betul tu benda2 macam ni kita kena tau jugak kan apa tujuannya...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kak, nice sharing..

    BalasPadam
  4. ouh.. baru tahu sebab kenapa kat pdg pasir tu siram air, rupanya sebab nak bagi tanda.. fhm fhm ^^

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^