GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Mendukung Bayi Dengan Betul!


Cara Mendukung Bayi Dengan Betul! | Pantang anak menangis, terus nak didukung kan... Risau anak menangis... ditimang-timang dan diayun-ayun untuk memujuk,... dan sememangnya sifat si anak suka di dukung. Tahukah anda, ketika mendukung anak, kita merangsang tekanan yang membuatkan badannnya lebih tenang dan rilek.

Cara mendukung anak yang betul turut membantu perkembangan badan dan fizikalnya. Ada beberapa alasan mengapa cara mendukung anak dengan betul boleh membantu perkembangan fizikal si anak. 

Antara sebab tersebut adalah:

Punggung bayi terbentuk menjadi semakin tegak pada bulan-bulan pertama selepas lahir.

Pinggul dan pinggang bayi juga secara automatik memiliki kedudukan yang betul sehingga terhindar daripada penyakit ‘hip dysplasia’ atau kesalahan tulang pinggul sehingga bayi seakan seperti mengangkang.

Mendukung bayi secara vertical boleh mengelakkan daripada masalah kepala leper (‘flat head syndrome’)
Cara Mendukung Bayi Dengan Betul!

Tip Mendukung Bayi

  • Jika ibu mendukung bayi menggunakan alat penggendong bayi, pastikan tali dan pendukungnya cukup ketat.
  • Pastikan ibu boleh memeluk dan mencium bayi.
  • Jangan ikat alat penggendong bayi terlalu ketat kerana bimbang bayi sukar bernafas.
  • Pastikan anda boleh melihat bayi dengan sekali lirikan. Jika sukar melihat bayi bermakna alat penggendong diikat terlalu ketat.
  • Pastikan wajah bayi juga melihat ke atas bukan ke bawah.
  • Pastikan kepala bayi hampir dengan dagu ibu. JIka terlalu bawah ia bermakna salah posisi.
  • Pastikan juga jarak di antara dada ibu dengan dagu bayi lebih kurang satu jari.
  • Beri sedikit ruang untuk bayi boleh bergerak sedikit.
  • Pastikan bayi dalam posisi stabil semasa didukung tidak kira menggunakan alat penggendong atau tidak. Ini untuk mengelakkan daripada masalah ‘hip dysplasia’.
Diolah dari oleh penulis dari: Majalah PaMa

Ilmu untuk ibu bapa baru atau lama,..sebab kadang, cara kita dukung buatkan anak jadi kengkang, berjalan lambat dan sebagainya.. 

9Ulasan

  1. terima kasih di atas perkongsian ini maria...

    BalasPadam
  2. tips untuk ibu2. saya bapak2. oh belom lg. kawen pon belum :P Jom lawat mall terbaru di Putrajaya!

    BalasPadam
  3. good sharing,,
    saya selalu salah dukung sampai rasa sengal2 badan, minta diurut

    BalasPadam
  4. Dukung baby pun ade caranya kan Maria.. :)

    BalasPadam
  5. Hehe...kadang ikut dan je mendukung nya huhuh

    BalasPadam
  6. tu sebab kot anak Cik iman tak belajar meniarap lagi ades

    BalasPadam
  7. Ramai yang tahu tentang ni ..Bagus la ada info berguna dari maria ..dapat jugak ilmu kat sini..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ