GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Amalan Mudah untuk Elak Sihir!


Pengalaman keluarga pernah dikena sihir dan buatan orang... Baru-baru ni pun, aku dan suami pergi buat rawatan Islam...dan Ustaz yang rawat kata, rumah kami tu ada "something"... Mungkin boleh dipercayai juga la... sebab suamiku selalu juga nampak kelibat... Alhamdulillah...lepas buat rawatan...segalanya selesai... biasalah kan... hidup kita memang berkongsi alam... tak pe la yang tu.. tapi, style orang Melayu ni, sikit-sikit buat orang...dengki sikit...mula lah kan... Namun, ada beberapa amalan mudah untuk kita mengelak sihir dan terkena sihir... 

Amalan 1
Membaca ayat kursi pada setiap kali selesai mengerjakan solat fardu dan selepas membaca zikir-zikir yang disyariatkan.
Amalan 2
Membaca ayat al-Kursi menjelang tidur. Ia merupakan ayat yang mulia di dalam al-Quran.
Amalan 3
Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan surah an-Nas setiap kali usai menunaikan solat fardhu. Membaca ketiga-tiga surah tersebut sebanyak tiga kali pada awal pagi selepas mengerjakan solat subuh dan pada awal malam, selepas mengerjakan solat maghrib.
Amalan 4
Membaca dua ayat akhir surah al- Baqarah pada awal malam (waktu maghrib), iaitu firman Allah pada ayat 205 dan 206. 
Kata Nabi s.a.w, “Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi pada waktu malam, Allah mengutus kepadanya malaikat sebagai penjaga dan syaitan pun tidak menghampirinya sehingga waktu subuh.” (Riwayat Bukhari)
Kata Nabi s.a.w lagi, “Sesiapa yang membaca dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah pada suatu malam, kedua-duanya akan menjadi penjaga dirinya (dari kejahatan).” (Riwayat Abu Daud: Sahih)
Amalan 5
Memperbanyakkan membaca doa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w pada waktu malam dan siang. Di mana sahaja kita berada.
 
Kata Nabi s.a.w, “Sesiapa yang mendiami suatu tempat penginapan, lalu dia berdoa (tidak mengapa ingin lafaz dalam bahasa melayu) “Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah yang sempurna daripada segala kejahatannya daripada apa sahaja yang diciptakan olehnya.” (Riwayat Muslim)

Amalan 6
Membaca zikir (Tirmizi: Sahih) yang bermaksud: “Dengan nama Allah yang bila nama-Nya disebut, tidak akan memudaratkan segala sesuatu yang ada di bumi dan di langit, Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (doa ni ada dalam himpunan doa-doa yang mathrut..ataupun al-Mathurat)

Baca sebanyak tiga kali pada sebelah pagi dan petang. Kata Nabi s.a.w, “Sesiapa yang membaca zikir ini tiga kali, ia boleh menyelamatkan seseorang daripada kejahatan.”

Amalan 7
Zikir dan doa ini merupakan salah satu faktor yang boleh menyelamatkan diri daripada sihir dan kejahatan-kejahatan yang lain. Bagi sesiapa yang sentiasa mengamalkannya dengan penuh keyakinan dan keimanan, disertai tawakal kepada Allah dan merenungi maknanya dengan baik. Ia merupakan senjata yang kuat bagi menangkis sihir, di samping memperbanyakkan doa dan harapan kepada Allah SWT agar penyakit dan penderitaan yang dialami segera sembuh. Antara doa yang dibaca oleh Nabi s.a.w ketika mengubati penyakit sihir.
 
Maksudnya, “Ya Allah. Tuhan bagi sekalian manusia, hapuskanlah penyakit hamba-mu ini, sembuhkanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sahaja yang dapat menyembuhkan. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan yang Engkau berikan satu kesembuhan daripada segala penyakit.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di antara doa ruqiyah lain yang pernah dibacakan oleh Jibril kepada Nabi s.a.w ialah, Maksudnya, “Dengan nama Allah, aku menjampimu daripada segala yang menyakitimu dan daripada kejahatan manusia mata yang dengki. Allah sahajalah yang menyembuhkan penyakitmu. Dengan nama Allah, aku menjampimu.” (Riwayat Muslim)

Hendaklah bacaan-bacaan tersebut diulangi sebanyak tiga kali. Hal ini boleh diamalkan sendiri atau pun meminta tunjuk ajar daripada orang yang mengetahui selokbelok agama. [Sumber]

Mohonlah pertolongan dari Allah... Sihir adalah dari kerja syaitan...namun, jika Allah tak izinkan tak kan menjadi sihir tersebut... sekuatmana pun sihir tu, yakin bahwa Allah Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak ke atas sesuatu.. Moga kita dilindungi dari perbuatan-perbuatan tak sepatutnya ini... Dan orang yang melakukan sihir adalah syirik dan sesungguhnya dosa syirik tidak diampunkan Allah selamanya... 

3Ulasan

  1. Yup betul tu, inilah kelebihan orang kita. Tak dapat cara elok, cara kasar mereka beri. Tapi tak apalah, kita ada Allah. Maha berkuasa dari segalanya.

    BalasPadam
  2. errrr, tiba-tiba akak teringat kaitan dengan katak masuk dalam rumah tu maria... hu hu hu...apakah benar?

    BalasPadam
  3. mcm2 lani kan akak..mak selalu pesan kat timm, sbelum tdoq, bca surah 3 qul..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ