GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Aktiviti Hari Terakhir Persekolahan 2014

Kisah semalam... 
Alhamdulillah...semalam hari akhir persekolahan... Hari yang agak kelam kelibut... Ramai juga pelajar datang... Sekolah kami dijadikan sekolah satu sesi je semalam... Pelajar sesi petang datang sesi pagi... 

Seperti yang memang dirancang... Ada pelbagai program di hari akhir persekolahan untuk pelajar-pelajar menengah rendah dan menengah atas... 

Sebelum tu, pelajar semua berkumpul untuk bacaan yassin beramai-ramai... Kemudian barulah acara untuk majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada pelajar yang mendapat kehadiran penuh 100%, serta tokoh-tokoh pelajar yang mempunyai sahsiah dan akhlak terpuji... Pelajar-pelajar ini diberi penghargaan semalam... Pelajar kelas aku sendiri ada tiga orang yang menerima hadiah ni... Alhamdulillah... Sebagai mak angkat diorang disekolah...terasa sebak juga semalam... Nak menitik air mata..tapi cover je la... Hehe... Alhamdulillah... 

Selepas selesai semuanya... Pelajar dibahagikan kepada menengah atas dan menengah bawah... Pelajar menengah atas ada ceramah bab Cinta... Bagi pelajar menengah bawah pula ceramah Jauhi Zina yang disampaikan oleh pihak Raudhatul Sakinah... 

Alhamdulillah... Menarik program-program ni... Berjaya dijalankan dengan sempurna hingga ke akhirnya... Cikgu-cikgu juga bertungkus lumus siapkan kerja-kerja akhir dalam masa yang sama... 

Pada petang semalam juga, kelas aku sendiri dah rancang nak adakan jamuan akhir tahun... Alhamdulillah... Perancangan dibuat last minute dah... Tapi berjaya juga dilaksanakan... Aku tolong tempah makanan utama iaitu nasi kerabu... Lain-lain menu seperti pizza, buah dan cenderahati diuruskan sendiri oleh pelajar... Alhamdulillah... Mereka mampu berdikari tanpa bantuan cikgu... 
Cenderahati dari pelajar untuk adik...
Tak sangka diorang bagi...

Selesai segala perancangan hampir jam empat petang juga balik semalam... Terasa penat tapi moment indah untuk dikenang tahun ni... Alhamdulillah... 

Berakhirlah sesi persekolahan 2014 semalam... Selamat bercuti buat anak-anak didik ku serta guru-guru dan rakan seperjuangan... 

Insha Allah, jumpa lagi tahun hadapan... Semoga tahun 2015, membawa sinaran yang lebih gemilang...insha Allah.... 

3Ulasan

  1. insya Allah..semoga tahun 2015 memberikan pengalaman yang lebih indah...^_^

    BalasPadam
  2. tak sabar nak alami pengalaman jadi guru tahun dpn, huhuu

    BalasPadam
  3. alhamdulillah.rezeki adik..
    sronok kan.
    teringat zaman skolah time hujung tahun.sebok buat jamuan makan
    rindunya..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ