GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Alasan Anda Tak Mungkin Akan Kaya

sumber: google images

Alasan #1
Anda Menunggu Terlalu Lama Untuk Bermula

Kebanyakan orang cuba menunggu masa yang ‘tepat’ untuk memulakan langkah pertama. Umpamanya untuk seorang pelabur, mereka menantikan tibanya hartanah yang betul, suasana ekonomi yang stabil atau kadar faedah yang terendah. Itu bermaksud, mereka tidak akan bermula sama sekali.

Lebih lama anda menunggu, lebih lamalah tempoh penantian anda untuk menikmati wang, kejayaan atau kebebasan yang diimpikan. Percayalah hanya masa yang menjadi ukuran nilai kekayaan sebenar. Usah percaya dengan istilah masa yang tepat. Anda sendiri perlu mempunyai keyakinan untuk memutuskan bila perlu melabur berasaskan pengetahuan semasa. Juga, lengkapi diri dengan ilmu kegagalan sebagai pelajaran hidup paling bernilai.

Alasan #2
Terlalu takut

Takut ibarat sebatang sungai dan keberanian ialah jambatan yang perlu dibina untuk menyeberanginya. Rasa takut boleh menahan diri anda daripada apa yang dimahukan, terutamanya wang. Berlaku jujur dengan diri sendiri, cuba kira berapa kalikah ketakutan itu menghalang anda daripada peluang-peluang
kekayaan.

Dalam hartanah, ramai pelabur yang takut untuk bertindak. Sampaikan ada yang takut berhutang, takut gagal dan takut terlebih sukses. Sebenarnya, banyak pelabur yang berjaya belajar mengatasi ketakutan daripada fokus kepada sikap negatif, malah menukarnya kepada sesuatu yang positif. Contohnya, gunakan rasa takut pada ketidakstabilan ekonomi diri anda sebagai motivasi untuk menceburi dunia pelaburan hartanah. Siapa tahu, tuah anda lebih bersinar suatu hari nanti?

Alasan #3
Menunggu Sehingga Cukup Pengetahuan

Takut kerana kurang pengetahuan juga boleh menghalang seseorang daripada bermula. Pun begitu, ironinya lebih banyak anda belajar, lebih banyaklah ilmu baru yang anda pelajari! Malah sekali anda menguasai konsep pelaburan asas, pasti anda sedar ada lebih banyak perkara tentang pelaburan atau hartanah yang tidak difahami. Paradoks pengetahuan ini boleh diatasi dengan membaca lebih banyak buku, menghadiri seminar, melayari Internet atau berguru dengan pakar-pakar.

Alasan #4
Hanya Fokus Pada Pendapatan Linear Bukan Pendapatan Pasif

Penting untuk anda sedari bahawa tidak semua pendapatan dicipta sama. Ada yang linear dan ada juga yang pasif. Pendapatan linear ialah upah yang anda dapati daripada pekerjaan. Anda bekerja mengikut masa dan dibayar mengikut tempoh jam yang dijanjikan. Jika anda tidak hadir bekerja, anda tidak akan dibayar. Pendapatan pasif pula ialah apabila anda cuma bekerja sekali, tapi ganjarannya tetap mengalir walaupun ia sudah tidak dikerjakan. Inilah yang dilakukan oleh orang-orang kaya yang berjaya.

Alasan #5
Tidak Sabar

Untuk menjadi seorang yang berwang, menuntut kesabaran dan usaha berterusan. Tidak cuma bermula, tapi mesti diteruskan tanpa rasa putus asa. Jika anda terjun ke alam pelaburan hartanah, sematkan di fikiran bahawa ia bukanlah skim cepat kaya. Jangan cepat terpengaruh dengan analisis kawasan yang dikatakan bakal melonjak naik tapi tumpukan pada satu hartanah dan suntikkan nilai padanya. Mungkin dengan cara membaik pulih, melakukan pengubahsuaian atau menaiktarafkan hartanah terbabit menjadi capital growth anda sendiri.

Jika dalam diri ada salah satu atau lebih dari lima alasan ni, mungkin kaya itu hanya angan-angan dan sukar menjadi realiti dalam diri... 

8Ulasan

  1. bukan nak kata kaya,nak dapat duit pun susah... dah usaha memacam kaedah dah ni... sobs

    BalasPadam
  2. Wow...meletop gila artikel ni. Rasa termotivasi untuk berjaya dalam perniagaan Shaklee yang saya ceburi ni.

    BalasPadam
  3. insyaAllah perkongsian ni sangat bermakna bagi saya.. doakan saya terus usaha utk berniaga. :D

    p/s : jemput join segmen pertama kami :D

    http://afifahaddnan.blogspot.com/2014/11/segmen-blogwalking-bersama-afifahaddnan.html#

    BalasPadam
  4. bab tak sabar semua orang ada.. usaha tak nak gak! tu yang payah-.

    BalasPadam
  5. awak kena TAG ! :)
    http://flawlesssakura.blogspot.com/2014/11/liebster-award.html

    BalasPadam
  6. Nice sharing kak Maria...Nad setuju sangat apa yang ada dlm artikel tu...
    Kadang bila hendak mulakan sesuatu bukan pesaing luar yang jatuhkan kita...kita sendiri yang jatuhkan diri sendiri...last-last tak pergi mana..

    Peringatan untuk Nad juga ni... :)

    BalasPadam
  7. Nice sharing.. semuanya bermula dari dalam..

    BalasPadam
  8. nice sharing maria..betul semua diatas tu..setuju :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ