About Me

LightBlog

Hot Post

Oktober 27, 2014

Cara Mudah Mengenal Madu Asli!

Sumber: google images

Sekarang ni banyak madu tiruan kan... sekali pandang, rasa dan bau memang macam madu asli, tapi sebenarnya tiruan... setakat letak atau campur dengan air gula takpe lah, tapi terbaru, ada cara dengan mencampurkan bahan kimia tertentu untuk hasilkan sama seperti yang asli. Namun, sebijak-bijak manusia, Allah telah ciptakan madu itu istimewa... Ada cara tertentu yang boleh kita buat untuk pastikan itu madu asli. 

1 – Bentuk Sarang Lebah dalam air – Hexagon.

  • Cara ini yang paling mudah dan cepat untuk diketahui.
  • Ambil sesudu madu dan masukkan ke dalam bekas yang tapaknya rata.
  • Masukkan air kosong/jarang (jangan air panas) ke tengah-tengah bekas/pinggan.
  • pusingkan bekas mengikut arah jam atau lawan.
  • Pusing sehingga keluar bentuk sarang lebah hexagon. (sekitar 1 minit )
  • Ada kala, bentuk hexagonnya memang persis seperti hexagon sarang lebah.
  • Dan ada kala , bentuk hexagonnya tidak seperti sarang lebah, tetapi masih hexagon.
  • Jika tiada bentuk hexagon, kemungkinan besar sama ada ianya madu yang dicampur gula atau gula yang diubah suai yang dijual atas nama madu asli.

Madu di tengah piring
bentuk sarang @ hexagon terhasil selepas beberapa ketika

** untuk madu yang kristalized (menghablur) , kami juga telah mencubanya, setakat ini juga jadi bentuk hexagon, cuma lebih kecil dan lebih rapat.

2 – Kertas Putih

  • Ambil pencungkil gigi atau sudu, celupkan pada madu dan titiskan di atas tengah kertas putih.
  • Lihat kesan pada kertas putih di keliling madu.
  • Madu asli kebiasaannya tidak akan meresap masuk ke dalam kertas.
  • Madu asli juga akan mengekalkan bentuk titisannya dan tidak merebak.
  • Madu asli dengan mudah kita dapat mengambil semula dengan tangan.
  • Madu tiruan akan nampak kesan seperti air meresap di keliling madu.
  • Madu tiruan akan merebak dan meresap tanpa kekal bentuknya.
  • Madu tiruan apabila kita cuba ambil dengan tangan , kebiasaanya tidak boleh dan biasanya lekitan sedikit yang melekat di tangan kita.

Bentuk madu selepas dititiskan pada kertas
kesan selepas dicolek/cuit/ambil guna jari – boleh lihat perbezaan
3 – Air Kosong / Jarang

  • Ambil segelas kaca yang tembus dalam , dan masukkan air kosong/air jarang ke dalamnya.
  • Ambil sesudu penuh madu dan kemudian titiskan  ke dalam air.
  • Madu asli akan terus turun ke dasar cawan, dan madu tiruan biasanya akan pecah-pecah sebelum sempat sampai dasar cawan.
  • Bagi memastikan bahawa madu yang kalian ada adalah asli , ketiga-tiga test ini, jika dibuat , in sya allah , memberikan hampir 100% kepastian yang ianya adalah asli.
  • Untuk test bentuk sarang lebah itu sebenarnya sudah memadai jika dibuat. Kerana tiruan tidak akan dapat membuat bentuk yang sama , bahkan tidak akan terbentuk sama sekali.
  • 3 test yang pertama ini, mudah, cepat dan tidak memerlukan kos tinggi , hanya kerajinan sahaja diperlukan.

Artikel penuh dan rujukan Di Sini

Mudah kan... bab semut hurung ke tak tu tak boleh digunapakai sebab tiada kajian saintifik... berikut penjelasan dari pakar madu:

Madu dan Semut
Ada sebahagian dari pengunjung kedai kami sangat kuat berpegang bahawa semut tidak akan menghurung madu asli. Sebenarnya kepercayaan ini sudah berakar umbi sedangkan kita masih memikirkan atau sukar untuk memahami kerana apa semut lebih suka gula (madu tiruan) berbanding madu asli?

Sedangkan ada tempat yang memang tiada semut , dan ada kawasan memang banyak semut.
Fakta asas yang kita ketahui adalah, semut suka pada manisan.

Beberapa kajian atau teori berkaitan madu dan semut ini.

Ada yang menyebutkan bahawa di dalam madu itu ada enzim yang mana dengan kehadiran enzim ini semut tidak akan datang, dan apabila enzim ini terhapus (disebabkan suhu tinggi/persekitaran yang panas), maka semut akan mula menghurung.

Pendapat lain pula mengatakan, bahawa di dalam madu adanya kuprum dan sulfer, jika madu mempunyai dua kandungan ini dengan aras yang tinggi, ianya menghasilkan haba yang tidak disukai semut. Jika kandungan madu tersebut rendah kandungan kuprum dan sulfurnya, semut akan hurung.

Secara jujurnya dalam pengetahuan kami, kualiti atau tiruan atau aslinya sesuatu madu itu tidak bergantung pada semut menghurungnya atau tidak.

Jadi, bab semut ni tak berapa nak sahih juga la sebab bergantung kepada jenis dan kandungan madu, sebab setiap madu tak sama kandungan kimia di dalamnya... Jadi, tiga ujian di atas kita boleh cuba buat... salah satu yang aku sendiri pernah buat ialah, titiskan madu di atas polistrin, madu asli sifatnya panas, jadi boleh menyebabkan polistrin tu melecur seperti terbakar... memang aku pernah buat... masa tu memang ambil madu yang baru diambil dari sarang lebah...dan terus uji macam tu... jika madu yang dah diproses atau madu tak asli, memang tak kan beri kesan sebegitu pada polistrin. Ada juga mengatakan, madu asli mampu membuatkan telur mentah jadi separuh masak, bila dicampurkan dengan madu... wallhu'alam...sebab aku tak pernah buat... jadi, nak tahu kena cuba sendiri... 

12 ulasan:

  1. oooo...baru tahu ni..
    lagi pun memang tak makan madu, tu yang tak pernah ambil tahu pun
    hehehe

    BalasPadam
  2. salam blogwalking..
    wah menariknya entry ni..haritu ade beli madu katenya madu tualang asli.nak try la tgk asli ke tak hihi..

    BalasPadam
  3. Nice sharing :)
    Sue suka madu khaula.

    BalasPadam
  4. info saya baru tahu ni
    tak pernah tahu ada cara mudah nak uji
    keaslian madu, nice sharing cikgu!

    BalasPadam
  5. terima kasih sebab berkongsi tips ni.. :)

    BalasPadam
  6. Ohh macam-macam cara nak identify ye?

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah,
    Entri dan blog yang baik dan penuh dengan kemanfaatan,begitu juga secara tidak langsung persoalan saya terjawab apabila dengan kuasa Allah swt sambil blog walking terjumpa blog ini dan juga hadis ini.

    Ibnu Al-hasan pernah meriwayatkan dari Ibnu Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :

    Nikmat yang pertama diangkat dari bumi adalah madu. ( Rujuk kitab taarikh Asbahaan)

    Interesting satu ketika dahulu saya pernah terbaca tentang kajian yang dilakukan di barat mengatakan madu akan berkurangan dan akan pupus satu masa nanti.Yang menarik menurut kajian tersebut,puncanya adalah disebabkan lebah-lebah sekarang banyak yang tersesat mencari jalan pulang ke sarang.Reason,simply disebabkan ruang udara kita telah dipenuhi dengan terlalu banyak gangguan radio frequency..Dan sekarang hadis ini pula confirmkan apa yang saya cari selama ini.Rupanya Rasulullah saw telah memberitahu kita awal-awal lagi tentang nikmat yang pertama bakal diangkat naik adalah madu.Kaitan yang sangat rapat antara kajian tadi dan disahihkan oleh sabda Rasulullah saw.Rasanya kita tidak berada jauh dari peristiwa ini dan selanjutnya kiamat.

    Jazakillahu khairan

    http://www.klinikkeputihan.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Selama ni dok ingat madu asli semut takkan hurung...dah salah konsep rupanya :)

    BalasPadam
  9. owh, kira xbetul la eh yg semut xhurung madu asli tu..cara no 2 tu je yg tau..yg len xtau..hihi..

    BalasPadam
  10. Kalau semut tak hurung madu memg tau madu asli..yg lain akak xtau..thanks share info nih

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^