Entry Autopublish
Sejak dua menjak ni, si adik sukar tidur siang, jika tidur pun sekejap dan mudah terjaga dan menangis tetiba dalam tidur.. memang rasa pelik la, sebab sebelum ni boleh je tidur dua tiga jam walaupun siang hari. Setakat ni, tidur malam memang takde masalah la.. Tapi aku buat juga rawatan ringan, kot-kot la mimpi yang menakutkan.. selain tu pasang ayat rukyah juga.. biasa la, budak kecik, ada je yang suka 'menyakat'. Tapi andai ada anak sesiapa yang ada masalah tidur malam baik berubat.
Sumber: google images |
Sebab-sebab bayi menangis:
- Tidak selesa seperti lampin basah, panas, rimas dan sebagainya
- Sakit seperti jatuh atau demam
- Dahaga atau lapar
- Terkena gangguan makhluk halus.
- Sawan tangis
Kes yang kena gangguan tu kita boleh kenal melalui cara anak kita menangis.. sebenarnya nada, atau rima bayi menangis tu ada petanda nak disampaikan. sebagai ibu, kena tahu lah nada dan rentak rima tangis tu petanda apa... Jika menangis sakit lain, nangis lapar pun lain... nangis manja dan nak perhatian pun lain. Tapi jika nangis yang kuat, berpanjangan dan secara tiba-tiba setelah semua sebab di atas takde, memang kena berubat la.. Langkah awal, jangan panik tapi sebaiknya ibu atau bapa bacakan ayat kursi sentiasa... baca 3 Qul dan hembus di kiri dan kanan telinga anak... biasanya itu yang aku dan suami buat. Jika tiada kesan, aku suruh suami ku cepat-cepat amik wuduk dan azan kuat-kuat...
Dalam masa yang sama, pastikan dalam smartphone simpan MP3 Ayat Rukyah.. download dan simpan... pasangkan ayat rukyah ni menjelang senja atau maghrib... tapi kat rumah aku sentiasa je pasang...
Rasulullah s.a.w. juga ada mengajarkan kita cara atasi masalah gangguan tidur anak ni, di antaranya ialah dengan membacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.
Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.
Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat. Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.
Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.
Sumber rujukan dan Artikel Penuh: Utusan Malaysia
Jadi, sentiasalah amalkan tiga Qul serta ayat kursi walau ke mana pun kita pergi dan juga ketika menguruskan anak.. biasalah budak kecik, selalu je yang nak jadi pendamping dia.. jadi, kitalah kena mohon perlindungan dari Allah untuk anak kita.
p/s: Alhamdulillah, dah adik dah nyenyak tidur lepas tiga kali dibacakan ayat kursi tadi... risau betul tengok dia tak nyenyak tidur macam tu...
waahh nice sharing..
BalasPadamPernah juga menghadapi situasi begini. Sedang enak tidur tetiba anak menangis meraung tapi mata tak terbuka. Puas dipujuk pun tak jalan. Akhirnya, baca ayat Kursi dan 3 Qul, barulah dia tertidur semula.
BalasPadamterima kasih share info penting ni kak
BalasPadamdekat phone saya memang ada simpan surah2 tu
BalasPadammemang tiap malam pasang