Sesiapa yang tengah rancang nak beli kereta baru... Pelajar lepasan universiti ke..yang baru dapat lesen ke... Jom tempah kete baru keluar dari perodua...
Pandangan depan |
Pandangan belakang |
Pandangan sisi |
Interior |
PERODUA membuka tempahan mulai esok bagi model terbaharunya, PERODUA Axia, kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Malaysia yang dijual pada harga bermula RM24,900.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata model terbaharu dengan penjimatan bahan api dipandu sehingga 21.6 kilometer (km) bagi setiap liter turut ditawarkan dengan fungsi unik dan harga yang berpatutan.
"Kami mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk hadir ke 180 bilik pameran jualan kami di seluruh negara untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran terbaharu dan paling menarik dari kami.
"Tempahan bagi model PERODUA Axia adalah RM250 dan RM300 bergantung kepada varian," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Dijadualkan untuk pelancaran tidak lama lagi, PERODUA Axia adalah model generasi akan datang yang dihasilkan menerusi pemodenan PERODUA dan dari kilang pengeluaran mesra alam terbaharu syarikat berkenaan.
PERODUA Axia ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance.
Semua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun, konsep pertama yang ditawarkan PERODUA.
Penggunaan nama "Axia" (disebut a-zee-a) dipilih hasil gabungan perkataan Asia, sementara abjad "X" menunjukkan nombor 10 dalam angka Roman yang mewakili model ke-10 yang dikeluarkan PERODUA.
Dihasilkan menerusi kilang mesra alam baharu milik PERODUA, kemudahan itu antara lain berfungsi menghasilkan formula semburan cat berasas air yang kurang kasar berbanding cat berasaskan pelarut yang digunakan ketika ini.
Penggunaan sistem automasi pada paras tinggi itu juga meningkatkan kualiti dan pada masa sama mengurangkan kos operasi.
"Kami percaya bahawa PERODUA Axia adalah model berdaya saing di rantau ini, itulah sebabnya perkataan "Asia" digunakan selain ia menjadi satu standard baharu kepada kami.
"Standard ini boleh dikategorikan kepada empat garis utama iaitu mesra alam, ruang luas untuk kereta kompak, pemanduan mudah dan ekonomik dari segi kos pemilikan," kata Aminar Rashid.
Dengan slogan "Your Smart Move", model itu mewakili usaha PERODUA menjadi lebih berdaya saing di peringkat global dari segi gaya, fungsi dan harga.
PERODUA Axia boleh memuatkan empat beg dengan keupayaan ruang isi barang 260 liter.
Sumber: Berita Harian
Perodua Axia... Kereta kompak yang menggantikan viva... Sekali pandang macam Myvi sikit... Tapi diupgrade itu dan ini la kan.. Perodua terkenal dgn kereta yang menjimatkan minyak... Jadi tak rugi beli... Tambah dok kat bandar macam kl.. Beli kete kecik je ...kalau tak nak beli motor... Mudah nak parking... Jom tempah kereta baru... Comei juga sekali pandang...
memang nampak macam Myvi..comel je..
BalasPadamMenarik juga rupanya..bbaloi klu nak beli..
BalasPadamHati dah berbelah bagi...mula2 igt nak ambik kawasaki z250..kuar plak keta Axia ni..harga plak lebih kurang.. :)
BalasPadamcantik nya pandangan depan. nampak sporty.
BalasPadamComel jer Axia nie..
BalasPadamsaya suka sangat perodua baru ni
BalasPadamsemalam dah p tanya, insya ALLAH ada rezeki
adalah kan =)
memg nmpk mcm myvi...smart
BalasPadamAmboii nampak sporty.
BalasPadamTapi, banyak hutang dah ni.
Takmo tambah lagi.
cantik design perodua axia ni kan..nampak sporty
BalasPadam