GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Perlukah Boikot Facebook???


Bertahun-tahun saya menjalankan perniagaan melalui Internet, dan membantu beratus ribu usahawan Internet, memang diakui menggunakan Facebook dapat membina jenama perniagaan dengan mudah dan murah terutamannya untuk usahawan-usahwan baru. 

Soalan yang kini mula timbul adalah, adakah kita perlu boikot Facebook?

Dalam kemelut peperangan Zionis laknatullah dan Gaza, pelbagai isu berbangkit di Media Sosial. Pelbagai juga kemarahan yang melanda dikalangan pengguna Media Sosial terutamanya melibat kan isu boikot syarikat-syarikat yang membantu Zionis. 

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu tahu dan bezakan terlebih dahulu beberapa persoalan yang mungkin ramai terkeliru.

Apakah maksud Yahudi? Adakah sama dengan Zionis? Apakah itu Israel? Adakah Mark Zuckerberg Yahudi Zionis Israel?

1. Israel adalah negara di mana ramai Yahudi menetap di situ. Yang ni paling mudah untuk faham.

2. Yahudi adalah agama. Sama seperti Kristian, Hindu, Budha dan lain-lain. Tetapi Yahudi juga boleh dikatakan bangsa. Yang ini perlu study untuk fahamkan kerana artikel singkat sebegini tak dapat jelaskan dengan terperinci *edited*

3. Zionis adalah pergerakan dan ideologi yang dimulakan oleh Theodor Herzl- seorang Yahudi. Israel dibina oleh kerajaan Zionis, yang antara matlamatnya adalah mengambil alih Palestine seperti yang apa terjadi kini.

Tidak semua Yahudi menyokong Zionis. Tetapi tidak kurang juga yang menyokong Zionis.

Adakah semua Yahudi jahat dan tidak berperikemanusiaan? Jawapannya TIDAK. Tak kira lah agama, pastinya ada pengganut yang baik dan ada yang tidak baik. Ada yang mengikut hukum agama, ada yang melanggar. 

Adakah semua Zionis jahat dan tidak berperikemanusiaan? Jawapannya adalah YA. Kerana Zionis adalah pergerakan/ idiologi dan kerajaan yang diciptakan oleh manusia yang kini terlibat secara langsung membunuh kanak-kanak dan rakyat Palestine.

Jadi, perlukah kita boikot semua produk Yahudi? 

Teringat ustaz saya pesan, Rasulullah SAW pernah berurusan berniaga dengan kaum Yahudi, di mana baginda menggadaikan baju besinya dengan seorang Yahudi untuk mendapatkan gandum untuk dirinya dan keluarga. Hadis riwayat Imam Bukhari.

Berurusan dan berdagang dengan Yahudi tidak salah. 

TETAPI, berurusan dengan kerajaan Zionis, atau yang menyokong pergerakan Zionis, itu yang salah.

Berbalik kepada Facebook. Yang diciptakan oleh seorang Yahudi- Mark Zuckerberg. Beberapa pemegang saham Facebook juga adalah orang Yahudi.

Adakah Facebook milik Zionis atau membantu Zionis? Buat masa ini tiada bukti ke arah itu. Wallahualam.

Tetapi, terlajak sebut tentang Facebook, apa kata kita sebut tentang Google pula. Juga antara pemilik dan penciptanya adalah Sergey Brin dan Larry Page yang merupakan individu Yahudi. Pemegang saham Google juga ada yang beragama Yahudi.

Adakah Google milik Zionis atau membantu Zionis? Buat masa ini tiada bukti ke arah itu. Wallahualam.

Jadi, perlukah kita boikot Facebook dan Google? Bagi saya tidak.

Tak salah menggunakan Facebook, berurusan di Facebook, dan berniaga di Facebook.

Terdapat banyak produk dan perkhidmatan yang dihasilkan dan dimiliki oleh orang Yahudi. Senarainya mungkin terlalu panjang.

Manakala, produk dan perkhidmatan yang dimiliki Zionis atau menyokong Zionis, boleh disenaraikan. Dan inilah yang digunakan oleh mereka yang ingin boikot.

Kini, sememangnya ramai yang melaungkan boikot untuk sesetengah perniagaan yang membantu/menyokong Zionis. Artikel saya kali ini sekadar menjelaskan perbezaan Yahudi dan Zionis, supaya yang ingin boikot, boleh boikot dengan lebih tepat. Yang tak boikot, tiada siapa boleh paksa.

Suka saya sebut kembali, bagi yang 100% boikot produk-produk menyokong Zionis, sebaiknya bila nak sampaikan mesej boikot tu biarlah berlapis, nasihat secara baik dan tidak menyakitkan hati. Sebab takut nanti mesej tidak sampai, dan mengundangkan kemarahan.

Bagi yang tidak boikot 100% pula, boleh cuba apa yang termampu untuk kurangkan penggunaan. Kalau taknak boikot pun, tiada siapa boleh paksa. Mungkin membantu Palestine dengan cara lain seperti menderma kan? Tak siapa tahu bila menderma. 

So, nobody should judge others. Mana tahu, orang tu tak laung-laungkan boikot, tetapi dia derma berpuluh, beratus atau beribu ringgit kepada Gaza kan? Entah-entah lebih banyak daripada kita derma. 

Kalau tak mampu boikot, tak mampu derma, InsyaAllah mampu berdoa untuk saudara seIslam kita di Gaza sana. Mudahan penderitaan dan penindasan keatas mereka akan terhenti.

Jangan sebab niat nak hentikan perang kat Gaza sana, kita kat Facebook sini lak "perang" sesama Islam. Wallahualam.

-Irfan Khairi, Kuala Lumpur

Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah..." 

Nota:
Artikel ini tulisan Jutawan Internet, Irfan Khairi melalui laman Facebooknya.. ku kongsikan bersama, untuk huraikan persoalan dan isu boikot...sebab dok tengok, bab boikot kita sesama Islam pula yang dok bergaduh... Nak boikot biarlah dengan ilmu dan iman... bukan dengan emosi dan juga sebaran fakta yang tak tahu asal usul dan punca nya.... Baca, faham dan hayati... tepuk dada, tanya iman di hati... 

9Ulasan

  1. bezanya yahudi ni agama keturunan. tak macam agama lain yang ada penganut dari berbilang bangsa : boikot-peluang menilai diri sendiri

    BalasPadam
  2. setuju sgt akak, kdang2 diorg ni main hentam jer..kdang2 bukn tau sgt pun..main redah jer..gud sharing kak..

    BalasPadam
  3. wow agak terperinci explanation dia
    tulah yang tak paham dengan manusia yang konon baik
    nok boikot, boikot aje
    tak payah menyuarakannya yang boleh menjejaskan
    keharmonian

    BalasPadam
  4. bagi saya tak perlu sebab disebalik keburukan yang FB terdapat juga kebaikkan yang boleh dilakukan..cuma ade sesetengah orang suka memandang keburukkan daripada kebaikkan..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  5. Thanx atas info yang bagus ni.
    Alhamdulillah setakat ni saya boikot yang termampu.
    ** Saya pun sependapat.dengan Maria.
    Bagi saya, kalau nak boikot tu jangan sampai menjatuhkan maruah Islam & maruah orang lain.
    Boikotlah dengan.saluran yang betul.

    BalasPadam
  6. akak de baca artikel nih..memg betul.pun tp org kite terlalu ekstrem sgt bile boikot..

    BalasPadam
  7. Nak BOIKOT ..Boikot lah dgn cara berhemah ...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ