GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Perbaiki Rezeki!

Memuliakan ibu adalah dengan beri perhatian dan sedekah kepada ibu bapa kita...



Dalil kelebihan Bersedekah kepada keluarga dan kaum kerabat:

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud :

"Apabila seseorang daripada kamu berkeadaan miskin (dan dia hendak bersedekah), maka hendaklah dia lebih dulu mengutamakan keperluan dirinya sendiri. Kalau ada yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada anak isteri dan orang yang ditanggung nafkahnya. Kalau ada juga yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada kerabatnya (atau kepada orang yang ada pertalian kerabat dengannya). Kalau ada juga yang berlebih, maka hendaklah disedekahkan kepada orang lain yang memerlukan bantuan, yang ada di sana sini." (Hadith sahih riwayat Imam Ahmad)

Dalam hal sama, daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW bersabda :
"Bersedekahlah kamu!Seorang lelaki (yang hadir) berkata : Saya ada satu dinar.Baginda menjawab : Sedekahkanlah wang itu kepada dirimu sendiri.Orang itu berkata : Saya ada satu dinar lagi.Baginda menjawab : Sedekahkanlah wang itu kepada isteri mu.Orang itu berkata : Saya ada satu dinar lagi.Baginda menjawab : Sedekahkanlah wang itu kepada anakmu.Orang itu berkata : Saya ada satu dinar lagi.Baginda menjawab : Sedekahkanlah wang itu kepada orang gajimu.Orang itu berkata : Saya ada satu dinar lagi.Baginda menjawab : Engkau lebih mengetahui (akan orang yang patut engkau berikan)." (Hadith sahih riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadis di atas, jelas ada keutamaan kepada siapa sedekah itu perlu diberikan. Nabi Muhammad SAW ketika ditanya mengenai bersedekah kepada kaum kerabat menerangkan :

"Orang (yang bersedekah kepada kerabatnya) itu mendapat dua pahala : pahala hubungan silaturahim dengan kerabatnya dan pahala sedekah itu sendiri." (Hadis riwayatkan Bukhari dan Muslim serta al-Nasa'i dan at-Tirmizi)

Dalam hadis lain daripada Abu Mas'ud al-Ansari daripada Nabi Muhammad SAW sabda Baginda :

"Sesungguhnya orang Islam itu apabila dia memberi nafkah dengan sesuatu kepada keluarganya, sedangkan dia memberikannya dengan tujuan mematuhi perintah Allah dan mengharapkan pahalanya nescaya pemberiannya itu menjadi sedekah (yang berpahala) baginya." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Perkara itu diterangkan lebih lanjut dalam hadis daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW bersabda:

"Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar lagi yang engkau belanjakan pada memerdekakan seorang hamba abdi, satu dinar lagi yang engkau sedekahkan kepada seorang miskin dan satu dinar lagi engkau belanjakan kepada keluargamu, (maka) yang lebih besar pahalanya adalah yang engkau belanjakan kepada keluargamu." (Hadis sahih riwayat Muslim)

Sumber: http://info-muslim.blogspot.com/

Jelas... utamakan sedekah kepada keluarga dan kaum kerabat dahulu... ada lebih baru beri sedekah kepada orang lain pula... sebab ada orang, lebih utamakan kengkawan... dan orang luar... tapi pada ibu bapa, adik-beradik tak bagi pun... jadi balance lah ea... dahulukan yang perlu didahulukan.. 

Sedekah kepada ibu bapa itu ada berkatnya... Sedekah bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja, tapi kasih sayang, perhatian dan banyak lagi yang boleh disumbangkan.. 

6Ulasan

  1. Betul tu dear,utamakan keluarga dulu br org lain..

    BalasPadam
  2. tq for sharing maria. sedekah kerana allah

    BalasPadam
  3. Ini lagi tajuk yang selalu jadi topik hangat kami suami isteri. Suami saya pegang kata bersedekah tak kira pada sesiapa aje yang memerlukan dan tak kira apa sebab dia memerlukannya walaupun harus membelakangkan keperluan isteri dan anak-anak. Alasannya kerana beliau bersedekah kerana Allah. Masalahnya, orang-orang yang terpilih untuk suami 'bersedekah' itu adalah kawan-kawannya yang cukup sifat, tegap, lelaki cuma malas sahaja berusaha. Penat dah nak bertikam lidah tentang ni.

    BalasPadam
  4. Sayang mak saya sangat-sangat.
    Sekarang pun saya tinggal dgn parents walaupun ada rumah sendiri.
    Suami duk KL sebab kerja sana.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ