GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Memasak Ekspress untuk Berbuka Puasa


Memasak atau singgah bazar saja... Itu pilihan yang ada bagi sesiapa yang bekerja sampai ke petang macam aku ni... Jika tahun-tahun sebelum ni, ada juga aku singgah dibazar, tu pun kalau balik dengan suami... Kalau aku sorang memang tak lah kan... 

Tapi tahun memang azam tak nak beli kat bazar. Dengan kes kebersihan, kes keracunan dan juga memilih untuk memasak dan besederhana dalam berbuka puasa untuk kali ini... Tambah pula, anak dua.... Tak kan pula sanggup aku nak gendong dua anak ku di tengah lautan orang ramai di bazar tu... Ohhh... Tidak... Jadi aku memilih untuk memasak je kali ni... Suamiku setuju saja.

Tahun ni memang aku nak sederhana je berbuka... Bukan lauk yang meriah-meriah dan sedap... Tapi hanyalah sebagai penerus hidup. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Lagipun puasa tu kan nak rasa apa orang susah rasa, kalau kita masih dok makan sedap-sedap dan banyak-banyak sampai kekenyangan, tak rasa lah nikmat sebenar puasa ea tak... 

Ohh... Melalut sudah... Itu muqaddimah je ea... Ok... Beberapa tips aku buat untuk memasak ekspress... Aku balik kerja jam 5.30petang. Ada masa lebih kurang 2 jam untuk memasak sebelum berbuka... Tetapi aku sampai ke rumah paling lambat 6.30 petang jika jem... Jadi hanya sejam yang tinggal... Jadi, sempat ke nak memasak tu??? 

Ok... Sempat sebenarnya... Macam semalam aku siap masak nasi, satu lauk satu masak sayur dan siap dengan air bandung cincau lagi... Ok... Tips mudah je.. 

Malam selepas aje solat maghrib, sediakan siap-siap bahan-bahan untuk menu esoknya.  Contoh, jika ayam dah siap nyahbeku bubuh garam kunyit atau perencah, simpan dalam bekas tertutup dan masukkan dalam peti sejuk bahagian sejuk bukan beku. 

Bahan untuk menumis, kisarkan siap-siap dan simpan dalam bekas kedap udara, masukkan dalam peti sejuk. Begitu juga dengan sayur dan segala bagai... 

Sebelum tidur, kemaskan dapur dan jangan biarkan pinggan atau periuk tak berbasuh, supaya kita balik untuk masak tu, tak terganggu masanya masa nak memasak. 

Alhamdulillah... Sempat sebenarnya kalau nak memasak yang simple dan sedap untuk berbuka... Lagipun, biar makan sederhana dan ala kadar sebab hayati betul-betul kenapa Allah suruh kita puasa kan. 

Ini aku kongsikan petua untuk pastikan bawang kisar tahan lama:

BAHAN-BAHAN:
  • Bawang
  • Minyak masak | kuantiti bergantung kepada jumlah bawang anda
  • Mesin pengisar

CARA-CARA:
  1. Kupas bawang dan bersihkan. Pastikan bawang anda dikeringkan menggunkaan kertas tisu.
  2. Potong bawang dan masukkan ke dalam mesin pengisar.
  3. Masukkan minyak. Selaraskan kuantiti minyak mengikut jumlah bawang yang anda gunakan.
  4. Kisar mengikut tahap kehalusan yang anda mahukan.
  5. Masukkan bawang kisar tadi ke dalam bekas bertutup yang bersih dan  simpan di dalam peti sejuk. Insya-Allah bawang kisar anda akan tahan lama.
Sumber: Karangkraf.

Mudah je sebenarnya... Sesekali nak beli di bazar tu tak salah, tapi memasak sendiri tak susah seperti yang disangka... Insha Allah, sambil memasak berzikir tak kan rasa penat bahkan seronok dan berpahala, nak pula si anak dan suami enak saja menjamu selera. 

12Ulasan

  1. sama la tak sanggup nak bw 2 org anak ke bazar letihh masak simple sudah xpyh membaziir2..jimat

    BalasPadam
  2. masak sendiri memang lagi elok kan kak...

    BalasPadam
  3. sy pn mmg x g bazar lagi stkt ni..susah nk bwk ank...berbuka pn minum air nes cicah roti je.hahaha....dh lwt ckit bru start masak

    BalasPadam
  4. wahh cepat .pantas dan sudah tentu sedap ^_^

    BalasPadam
  5. betul tu..in sha Allah, sempat..bahan dah sedia..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum kak, sheila pun suka pastikan dapur takda barang2 tak berbasuh. sheila pun suka siap2 kan bahan untuk esoknya. cuma sejak dah ada anak, susah sikit la. kecah sikit kerja kita. hihii mana sempat kita buat lepas tidurkan anak...

    BalasPadam
  7. Mood sblum berbuka ni nafsu je lebih... mcm2 nak makan. Tapi bila berbuka, minum air dan makan sikit dah kenyang dah... berbuka yg simple2 je...

    BalasPadam
  8. betul tu.
    alhamdulillah, dh 6 ramadhan masak sndiri je.
    tahun lepas x masak pon sempat niaga.huhu

    BalasPadam
  9. kalu cili kering mmg sy prepare awl2...yg lain2 ms nk msk baru buat lg pn lauk cuma 2 jenis je skali msk ;-)

    BalasPadam
  10. akak tahun nih memg masak dkt rumah aje...so far nak masak kat runah memg sempat

    BalasPadam
  11. Bagus2. Kalau kurang kes food poisoning, maka kurang kerja doktor. Hehe.

    BalasPadam
  12. tak pernah lagi buat camni sbb lebih suka masak pakai bawang fresh..kdg² main potong je xblend :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ