Berpuasa dalam cuaca yang panas memang satu cabaran buat kita rakyat Malaysia. Memang tidak dinafikan kulit kering, penat dan dehidrasi sering menjadi masalah utama di bulan Ramadhan. Jadi, banyak pekara yang harus kamu lakukan sebagai persediaan. Baik dari segi mental hinggalah ke fizikal.
Jom ketahui 5 barangan yang mesti ada saat berpuasa.
1) LIP BALM
Berpuasa mampu membuatkan bibir kamu kekeringan. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga bersahabat baiklah dengan lip balm. Agar bibir kamu terus lembap dan kulit bibir tidak terkoyak. (Aku suka dengan Lipstik D'Herbs, memang mengekalkan kelembapan hanya dengan secalit sapuan.)
2) BEKALAN MAKANAN & MINUMAN
Ini tidak bermaksud kamu harus bawa nasi lemak atau sebagainya. Cukuplah sekadar gula-gula dan air mineral sebagai bekal untuk berbuka nanti. Maklumlah, selalunya di bulan puasa kesesakan lalu lintas luar biasa. Tidak mustahil semasa azan maghrib berkumandang kamu masih di atas jalan raya. (Standby ketika jem teruk, tak lah panik kalau tak sempat sampai rumah atau tak sempat singgah bazar)
3) KRIM BADAN
Berpuasa dan tambah pula dengan cuaca yang panas, ia akan membuatkan segala cecair dalam tubuh badan hilang dan menyebabkan kulit kamu kekeringan. Jadi sebelum ia melarat dan menjadi lebih teruk, rajinkan diri menyapu krim badan di kawasan yang kekeringan. (Aku gantikan krim dengan minyak zaitun, tapi standby juga losyen dalam handbag)
4) MAKE UP
Berpuasa bukanlah alasan untuk kamu kelihatan polos dan kelihatan seperti zombi. Tiada salahnya jika kamu calitkan sedikit solekan di wajah agar nampak lebih segar dan bermaya. (Solekan tipis bukan make up tebal kerana solekan berlebihan selain untuk suami haram hukumnya sama ada bulan puasa ataupun tak)
5) DUIT
Sungguh pun kamu tidak memerlukan pembelanjaan yang tinggi di bulan puasa, tetapi itu tidak bermaksud kamu tidak memerlukan duit. Jangan sesekali berani yakin untuk keluar tanpa membawa sedikit wang. Harus di ingat, malang tidak berbau. Mana tahu dalam perjalanan kamu perlu menggunakan wang.
Sumber: Karangkraf
lip bam pakai suka2 ja yg penting duit kena ada...
BalasPadamBetul.. Takut perlukan duit time terdesak..
Padamnumber 5 tu sungguh kena bawak xbawak jemmm
BalasPadambetul tu
BalasPadamohhh tak tahu hahaha
BalasPadamSaya lerr tu kdg2 kluar beg duit x bawak..
BalasPadamDuit mmg kena bawa ke mana2...
BalasPadamsejak lipbalm akak abis xterbeli smp skang...memg kne beli...
BalasPadam