Sumber: google images |
Nak tegur salah orang bukan senang, tambahan jika itu kawan atau saudara kita... Kena bijak dan kena pandai amik hati supaya teguran tu buatkan dia terasa sebab manusia ada ego masing-masing.
1) TEGUR SECARA LEMBUT
Tak perlu berkasar, tegur sahaja dengan cara yang lembut. Jika tidak apalah maknanya teguran kamu itu. Mana tidaknya, jika hinaan lebih banyak dari teguran itu bukan nasihat tetapi itu lebih ke arah memalukan.
2) DI TEMPAT YANG TERSOROK
Tempat awam, hadapan khayalak ramai, dan tempat-tempat yang boleh di lihat oleh orang lain selain dari kamu berdua adalah tempat yang paling tidak sesuai untuk kamu menegur. Sebaiknya pilihlah tempat yang lebih privasi dan tersorok. Ini kerana, mungkin niat kamu untuk menegur tetapi bila di lokasi yang salah ia bertukar seperti cuba menjatuhkan dan memalukan.
3) DOUBLE MEANING
Jika kamu ingin menegur individu yang agak sensitif, gunalah perkataan atau ayat yang mempunyai maksud tersirat. Contoh jika si dia pakai pakaian yang terlalu terdedah, jangan terus kata “kau pakai seksi ni kau tak takut mati ke ?”. sebaliknya cuba guna ayat seperti “Kan lebih bagus jika kamu pakai pakaian yang labuh sedikit... yelah tau jelah mata-mata orang zaman sekarang. Takut mengundang bahaya pula kan.” Walaupun tidak terlalu direct sekurang-kurang si dia tahu pakaiannya itu tidak patut di pakai. Bukankah begitu?
4) JANGAN GUNA PERKATAAN YANG KASAR
Jangan jatuhkan standart kamu dengan melemparkan kata-kata yang kesat dan kasar. Ingat, jika kamu sebut sahaja perkataan-perkataan yang memalukan itu bukannya si dia yang malu tetapi kamu sendiri yang memalukan diri kerana berperilaku seperti orang tidak berpelajaran dan tidak di ajar untuk bersopan.
5) JANGAN TERLALU JUJUR
Ya, jujur itu perlu dan sangat di sarankan. Tetapi bagaimana jika kejujuran kamu itu mampu membuatkan individu yang di tegur itu terluka dan berkecil hati ? Jadi, sebaiknya fikir sebelum bercakap. Jika ia boleh mengundang air mata baik kamu tukar perkataan kamu dengan sesuatu yang lebih sedap untuk di dengari tetapi mempunyai maksud yang sama.
6) SERTAKAN CONTOH
Setiap yang ingin kamu sampaikan pastikan bercontoh. Contohnya kamu sedang menasihati adik beradik yang sedang bergaduh, pilihlah beberapa kisah tauladan seperti “kisah si adik yang derhaka”atau apa sahaja yang boleh di jadikan contoh agar si dia lebih memahami apa yang ingin kamu sampaikan dan secara tidak langsung menyedarkan si dia. Jika cerita itu hanya rekaan pon tidak menjadi masalah asalkan mempunyai mesej yang tepat, jelas, mudah di fahami dan logik.
7) DENGAR DUA PIHAK DAHULU & JANGAN BUAT KONKLUSI
Jika kamu sedang menasihati orang yang sedang bergaduh, elakkan daripada membuat konklusi sendiri. Malah jangan hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Pekara ini akan menunjukan kamu seorang individu yang berat sebelah dan bukanlah pendengar yang baik.
Tq... sharing is caring....
BalasPadamanda ditag ..
BalasPadamThanks...
Padamberkias tu lebih sopan tapi ada juga yg tak faham ...
BalasPadamBetul tu... Kias bukan perli...
PadamTeguran biarlah bersesuaian dgn caranya kan.. thanks sharing..
BalasPadamBetul tu...
PadamSama-sama...
kadang kala saya jujur sebab cakap berkias buat tak reti pulak..
BalasPadamBetul..kdg2 perlu juga berterus trg..
PadamMakasih berkongsi tips ni ya.. :)
BalasPadamBukan senang nak menegur orang apatah lagi yang berkait rapat dengan kita. Tersilap menegur, kita pulak yang jadi mangsa dibencinya.
BalasPadamBetul tu...
Padamsetuju dengan entry ini Maria...semua orang boleh menegur tapi bukan semua mampu menegur dengan cara yang betul..
BalasPadamRegards,
-Strider-
Ya..betul tu..
PadamNak tegur orang biarla kena caranya ..
BalasPadamjangan tegur apa yang dia buat hingga membuatkan dia kecik hati ..
Betul tu
Padamsaya setuju bila nak bertegur perlu bertempat
BalasPadamkena betul caranya kan
:-)
PadamNak tgur org lain memg kne ada cara die...bkn main hntam aje kan
BalasPadamSaya akui, memang sukar nak tegur kesalahan orang lain.
BalasPadamMase nak tegur adik lelaki sebelum ni pun saya sms je..Secara Islamic.
Tak guna bahasa kasar walaupun geram.