GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Review Drama: Fitrah Rezeki

Semalam, lepas layan Halaqah TV9 tukar ke tv al-Hijrah pula... Biasa memang aku suka layan drama memalam lepas adik tidur... Kakak memang susah nak tidur kalau tak masuk bilik tidur.

Drama semalam kat al-Hijrah sangat menarik. Banyak ilmu banyak pengajaran yang aku dan suami dapat. Drama ni ringkas, tak ramai pelakonnya, tapi pengajaran dan manfaat yang sangat berkesan terutama bagi orang Islam yang ingin berjaya dalam perniagaan.

Kisah seorang lelaki tapi aku lupa pula nama wataknya... Hehe... Watak utama ni dilakonkan oleh Norman Hakim dan heroinnya ialah isterinya sendiri Memey ( kedua-duanya duta Ephyra tu... Tu yang bertambah semangat nak tengok tu... Haipp tapi bukan sebab utama ea...) ok... Back to our topik...

Owh... Ingat dah.. Namanya Hadrami... Hadrami ni bercita-cita tinggi nak jadi usahawan berjaya... Asalnya dia kerja sebagai agen insurans, kemudian dia berhenti bila dah kurang client. Pertama sekali dia buka bisnes kedai runcit. Tapi tak kekal lama, bila dia lihat ada orang buka kedai runcit sebelah kedainya. 

Lepas tu, dia berniaga pula kedai perabot, tapi tak lama selepas dia berjumpa kawan lamanya dan terikut dengan kata-kata kawan dia yang nampak berjaya dalam usahawan kereta terpakai. Tapi perniagaan itu pun tak nampak untung, apabila kawannya yang janji nak bantu dia melarikan diri...menyebabkan dia terpaksa keluarkan wang simpanan Tabung Haji bagi melabur dan buat pusingan modal. 

Dia gelisah bila lihat perniagaannya tak maju dah... Sehinggalah dia jumpa pak cik yang menjual pisang goreng di tepi jalan dalam kawasan perumahannya tu... Dari pak cik tu lah dia belajar dan mendapat nasihat untuk berubah jadi peniaga yang berjaya. 
Sumber: google images

Antara pengajaran penting dalam kisah ni... 

  • Tanyakan kepada diri sendiri kenapa kita hendak berniaga. Adakah kerana minat, nak kaya? Terikut-ikut trend terkini? 
  • Letakkan matlamat utama dalam berniaga ialah untuk membangunkan umat Islam serta mencari keredhaan Allah.
  • Jujur dalam berniaga. Hadrami pernah menipu masa berniaga kedai runcit dan kedai perabot dulu. Kerana itu perniagaannya gagal.
  • Carilah ilmu dalam perniagaan. Macam selepas dapat nasihat dari pak cik tu. Dia mula mendalami ilmu dengan menyertai kursus keusahawanan.
  • Solat! Perkara asas yang paling utama untuk berjaya. Renungan lafaz dan makna Azan (حي على الصلاة: Marilah tunaikan solat), (حي على الفلح: Marilah menuju kejayaan). Maknanya, orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa menunaikan solat. Mantapkan solat fardhu dan lazimi solat sunat.
  • Sokongan. Hadrami ni selalu dapat sokongan dan motivasi dari isterinya. Jika dia tidak mampu nak tegur, isterinya selalu berdoa untuk suaminya. Doa seorang isteri yang solehah ...insha Allah Allah akan makbulkan.
  • Jangan kedekut dengan anak-anak. Rezeki ibu bapa itu datangnya dari anak. Jangan berkira dan kedekut dengan anak. Hadrami ni dulu sangat berkira dan selalu kata takde duit bila anaknya minta kasut baru, minta nak jenjalan bercuti bahkan anaknya nak makan ayam goreng pun dia berkira. Kerana itu, sempit rezekinya.
  • Mentor. Dalam berniaga perlu ada mentor. Mentor hadrami ialah pak cik goreng pisang tu. Banyak yang dia belajar dari pak cik tu. Walaupun tak mewah mana pak cik tu, tapi cita-cita pak cik tu tinggi.
  • Budi bahasa. Dalam berniaga wajib ada budi bahasa. Salam dan senyum jadikan amalan. Jalinkan ukhwah dan silaturrahim dengan pelanggan. Anggaplah pelanggan macam kawan, bukan sekadar pelanggan. 
  • Tips dari pak cik goreng pisang: setiap kali rezeki berniaga dia bahagikan kepada tiga sampul. Satu sampul untuk berniaga, untuk rolling modal dan simpan keuntungan. Satu sampul untuk agama, iaitu simpanan haji, dan satu lagi untuk infak iaitu sedekah sama ada ke masjid, surau atau golongan asnaf yang lain. 
Banyak pengajaran dalam drama ni. Memang terbaiklah drama terbitan Rosyam Nor iaitu terbitan Suhan Movies ni... Memang lima bingang aku bagi untuk drama ni. Ending drama ni, Hadrami pergi kursus lepas tu dia berbincang dan minta pandangan isterinya dalam berniaga, atas persetujuan bersama, mereka buka sebuah restoran. Dan walaupun begitu dia tetap belajar dan terus belajar dari pak cik jual pisang goreng tu... 

Jadi, semua orang boleh berjaya, asalkan tahu caranya, matlamat yang jelas dan letakkan matlamat utama dalam mencari redha Allah... Insha Allah kita pasti berjaya! 

Pssst: Panjang pula entry ni... Hehe... Moga beroleh manfaatnya... Sama-sama kita kongsi ilmu yang berguna ni ya... 

14Ulasan

  1. Betul tu Maria..Rezeki kita telah direncanakan Allah...sikit atau banyak kena bersyukur..

    BalasPadam
  2. tak dapat tengok la. frust betul. huhu.

    BalasPadam
  3. Perkongsian yang baik akak ^^ Nampak sangat Hadrami mcm terikut-ikut.

    BalasPadam
  4. menarik gak drama ni...kalau ada ulangan nanti nak tengok.

    BalasPadam
  5. pngajaran yg bgus..zamn skng kan byk yg brmsalh cmni..nnti nk cari la cita ni..nk dunlod..

    BalasPadam
  6. rezeki kita juga rahsia ALLAH.. terima kasih kak kongsikan cerita ini

    BalasPadam
  7. Saya dari dulu mmg minat bidang perniagaan. Tapi xde mase nak join kursus keusahawanan.

    BalasPadam
  8. Sebuah drama yang penuh dengan pengajaran ..Terima kasih maria atas perkongsian ..Singgah jln2 Klik2 U mobile

    BalasPadam
  9. Semalam ada tgk cite tu.. Mmng bnyk pngajarannya.. Bgus drama tu..

    BalasPadam
  10. maria..shida sejak keje balik mlm ni kurg tgk tv maria..dh dpt katil sudah la..

    BalasPadam
  11. Rezeki di tangan Allah.. apa yg penting kenalah usaha & mengenal erti redha...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ