GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Petua Hilangkan Bengkak Mata Akibat Menangis!

Sapa pernah menangis sampai bengkak mata??? Bohong lah jika dalam seumur hidup tak pernah menangis sampai bengkak mata... Aku sebelum kahwin, selepas kahwin pun pernah... Tapi tak rahsia lah kenapa aku nangis... Yang pasti kerana sedih la kan... Ingat zaman sekolah dulu, malu ooo... nak g sekolah kalau malamnya nangis sampai bengkak-bengkak mata ni... Jadi, ada penyelesaiannya untuk hilangkan bengkak tu... Jom baca... 


♒ AIS BATU
Ambil beberapa ais batu dan balutkan ia dengan kapas atau kain lembut yang mampu menyerap air. Kemudian tekapkan di bahagian mata selama beberapa minit. Lakukan sehingga bengkak semakin surut.

♒ TEH UNCANG
Pilih teh jenis hitam atau hijau, kemudian rendamkan ia dengan air panas selama beberapa minit. Tunggu sehingga uncang tersebut kembang sepenuhnya kemudian letakkan ia di kawasan mata yang bengkak. Sebagai langkah penjagaan, tutup uncang teh tersebut yang terletak di kawasan mata itu dengan sehelai kain supaya ia tidak terdedah dengan kotoran.

♒ NASI PANAS
Percaya atau tidak, nasi yang panas boleh mengurangkan masalah mata bengkak secara efektif dan cepat. Caranya mudah sahaja. Kepalkan nasi yang tidak terlalu panas supaya tidak keradangan kemudian letakkan di kawasan bengkak selama beberapa minit.

♒ TIMUN
Potong beberapa keping timun yang segar dan sejuk kemudian letakkan di kawasan lingkaran mata. Ia bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah lingkaran gelap bawah mata, malah ia juga boleh membantu mengurangkan masalah mata bengkak kerana mengandungi astringent. Biarkan selama 10 minit.

♒ KENTANG
Selama beberapa ratusan tahun, masyarakat europah mempercayai khasiat kentang sebagai penawar kepada sakit kepala dan pelbagai masalah kesehitan yang lain. Malah, mereka juga bersetuju kentang mampu membantu mengurangkan masalah mata bengkak. Caranya kupas dahulu kulit kentang, bersihkan dan biarkan sehingga ia kering. Parut atau potong halus kemudian bungkuskan ia pada kain lali tuamkan di kawasan mata.

♒ AIR GARAM
Ambil ¼ cawan air yang telah di larutkan dengan beberapa sudu garam. Kemudian celupkan cotton bud ke dalam air dan oleskan di kawasan bawah mata beberapa kali. Ini kerana, secara logiknya garam mempunyai kelebihan menyerap air, jadi teknik ini sesuai untuk di praktikkan.

Moga Bermanfaat

15Ulasan

  1. bagus maklumat ni . blh saya amalkan nanti .

    BalasPadam
  2. wahh ade jugak petua ye..janganlah menangis sampai bengkak mata tu.

    BalasPadam
  3. bagus petua ni...lama rasanya tak nangis sampai bengkak mata ni.mintak jauh.hehe

    BalasPadam
  4. oooo macam tu rupanya..boleh cuba nie,,,

    BalasPadam
  5. Baru tahu nasi panas pun ada gunanya utk hilangkan bengkak mata..thanks sharing ye..

    BalasPadam
  6. Kita pernah melalui situasi ni..teruk jugak ..memang memalukan..he..he

    BalasPadam
  7. wahh...boleh dibuat rujukan ni.. TQ berkongsi sis.. sllu juga menangis ni tapi paling byk nangis dalam hati...hehe

    BalasPadam
  8. Boleh try nih...akak kalo nangis memg mata bgkak dh la bgkak sepet lak tuh

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ