Hukum Ambil Ubat Penahan Haid untuk Puasa Penuh!

Maria Firdz
12

Bulan puasa, bulan yang dinanti-nati oleh semua umat Islam... bulan ibadah untuk gandakan pahala... tetapi bagi wanita satu kekhuatiran bila tiba bulan Ramadhan... harapan tinggi untuk puasa penuh. Tetapi, agak mustahil kerana wanita yang normal akan alami pusingan haid setiap bulan dan ini menyebabkan ada yang kecewa kerana tak dapat puasa penuh. Mungkin ada yang terfikir untuk ambil ubat penahan haid untuk dapatkan puasa penuh dan melakukan ibadah berterusan sepanjang Ramadhan. 

Ulama berbeza pendapat tentang hukum memakan ubat untuk menahan haid dari keluar sama ada ubat itu berbentuk pil atau cecair.

Sebenarnya hukum berkaitan menahan haid ini bukanlah perkara baru yang dibincangkan oleh Ulama-ulama semasa bahkan ia telah lama dibincangkan oleh Ulama-Ulama silam lagi.

Diantara Ulama silam yang berpandangan harus mengambil ubat penahan haid adalah Imam Ahmad Bin Hanbal. Imam Ibnu Qudamah meriwayat di dalam almughni:-

Imam Ahmad berkata:

“Tidak mengapa seorang wanita minum ubat untuk memberhentikan haidnya sekiranya ubat tersebut dikenali (tidak membawa kesan negatif).”

Antara Ulama semasa yang berfatwa harus mengambil ubat penahan haid adalah imam Yusuf al Qaradhawi dan Syeikh Wahbah az zuhaili.

Imam al Qaradhawi menyebutkan fatwanya berkaitan keharusan mengambil ubat penahan haid di dalam bukunya Feqhu siyam.. Imam Qaradhawi juga menyebutkan bahawa ulama-ulama semasa yang lain juga membenarkan pengambilan ubat penahan haid..

Kata Dr Syeikh Wahbah az zuhaili:

هذه المرأة وأمثالها أن تفعل ذلك في رمضان أو في رحلة الحج‏،‏ لكنها لا تكلف ولا تلزم بذلك

“Perempuan ini dan seumpamanya boleh melakukan perkara (ambil pil penahan haid) ini pada Ramadan dan pada haji tetapi tidak dipaksa dan tidak mesti”

Sebahagian Ulama berpandangan harus mengambil ubat penahan haid jika dalam masyaqah(kepayahan)atau darurah sahaja seperti wanita dalam haji tapi jika sebaliknya seperti untuk berpuasa ia tidak harus.
Ulama bersepakat wanita yang berhaid tidak wajib berpuasa dan wajib menggantikannya berdasarkan hadis Nabi s.a.w:

كنا نحيض على عهد رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فنؤمر بقضاء الصوم، ولا نؤمر بقضاء الصلاة

“ Dulu kami berhaid dizaman Rasulullah saw,kami disuruh untuk ganti puasa dan tidak disuruh ganti solat”.
(Sahih Bukhari dan Muslim)

Ulama juga bersepakat haram menggunakan ubat penahan haid sekiranya ia memberi kemudaratan pada tubuh.Ini berdasarkan Firman Allah yang bermaksud:

“ Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam kebinasaan.”

Segelintir Ulama seperti Syeikh soleh Usaimin pula melarang pengambilan ubat penahan haid..Hendaklah dibiarkan sahaja ketetapan Allah tersebut tanpa perlu menahannya..


Itu adalah pendapat ulama, rata-rata mengharuskan bagi ibadah haji dan umrah tapi tidak digalakkan bagi ibadah puasa. Menurut artikel dari penulisan Dr. Zubaidi Ahmad, pil tersebut ialah pil hormon atau dikenal juga dengan pil perancang. Bagi yang ingin ambil pil eloklah rujuk pakar dulu, kerana keberkesanannya bergantung kepada individu dan mungkin juga boleh bagi kesan sampingan pada masa akan datang. Artikel penuh boleh baca DI SINI.

Redhalah dengan ketentuan Allah... Allah jadikan wanita dengan sebaik-baik kejadian dan penuh keistimewaan. Allah tahu hikmah disebalik penciptaan tersebut. Walaupun tidak dapat berpuasa dan solat seperti biasa, banyak lagi amalan lain yang wanita uzur syari'e boleh lakukan. Antaranya:

1-      Sediakan juadah berbuka puasa

“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya, dan ianya tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun”(Riwayat Tarmizi).

Walaupun kita tak berpuasa, kita boleh rebut pahala dengan menyediakan juadah berbuka untuk anak, suami, ibubapa dan kaum keluarga. Setiap rezeki yang masuk ke perut saudara dan kaum kerabat kita, insha Allah adalah ganjaran pahala yang beelipat kali ganda. Mudah bukan?

2.  Bangun Sahur bersama-sama
Bangunlah sahur bersama-sama... menyediakan juadah sahur untuk suami dan anak yang berpuasa... kita pasti rasa kegembiraan. Walaupun tak puasa, kita ambil juga juadah unuk sahur kerana di dalam sahur ada keberkatannya.

3.  Tadabbur Al-quran atau mendengar bacaan Al-quran

Zaman dan canggih, smartphone yang dicipta gunakan sebaiknya.... downloadlah al'Quran MP3 atau bacalah terjemahan al-Quran serta hayati al-Quran... pasti ada ganjarannya.... dan sebenarnya, da ulama yang mengharuskan membaca al-Quran bagi wanita yang uzur syari'e. Penjelasannya DI SINI.

4.  Istighfar, zikir, Maathurat dan Selawat ke atas Nabi

Kali ini mari kita tukar jadual ibadah kita. Jika selama ini kita mengambil 10 minit untuk mengerjakan solat Zohor. Ketika haid, kita gunakan juga 10 minit itu untuk istighfar, zikir, membaca maathurat, berdoa, dan selawat keatas Nabi SAW. Berzikir boleh dilakukan wanita haid. Hal ini lebih baik daripada sekadar membiarkan lisan dan hati kita lalai dari mengingat Allah. Jangan biarkan diri kita kosong tanpa diisi... 

5.  Menyibukan diri dengan ketaatan dan menjauhkan diri dari kemaksiatan.

Sibukkan diri mendalami dan mencari ilmu.. hadirlah kuliah-kuliah agama atau dengarlah rancangan yang berilmiah. Jauhkan diri dari perkara yang sia-sia dan melalaikan.

6.  Infaq/ sedekah

Infaqlah dan bersedekahlah sekadar kemampuan kita... ganjaran sedekah berlipat kali ganda apatah lagi bulan Ramadhan ini..,,

7. Istiqamah (Terus) membuat perkara-perkara sunat yang sudah biasa dilakukan

Sebagai wanita, ibu dan isteri banyak pahala dan perkara lazim yang beroleh ganjaran pahala,... memberi senyuman, melayan anak dan suami, menjaga silaturrahim dengan jiran tetangga itu juga ada ganjaran pahalanya.

Jangan sempit fikiran kita wahai wanita... pahala yang Allah sediakan itu Maha Luas... Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang... mana mungkin Dia tak memberi pahala lain selain ibadah khusus kepadaNya...

Terimalah fitrah wanita ini dengan ikhlas, tidak menyesalinya dan tidak berburuk sangka. Berkumpul dengan orang yang soleh dan ambillah semangat mereka. Juga, hormat mereka yang berpuasa dan jangan sewenang-wenangnya makan di khalayak ramai.  Maka, raikanlah Ramadhan penuh kesyukuran kerana kita, seorang WANITA.

Catat Ulasan

12Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Yelah kan, bila mkn pil/ubat tahan haid dh mcm menolak fitrah semulajadi seorang wanita pulak...

    BalasPadam
  2. tak pernah ambil pun, anyway great piece of sharing maria...salam ramadhan...

    BalasPadam
  3. info yang menarik....menabuang VW disini...

    Regards.
    -Strider-

    BalasPadam
  4. tak payah la nak ambil..kan ke wanita diberi keistimewaan...Allah swt jadikan wanita tu bertujuan kan...So kan boleh diganti puasanya..

    BalasPadam
  5. Nice sharing
    Bw :)
    Salam singgah dari irra
    http://www.irrayyan.com
    Selamat berpuasa ^^

    BalasPadam
  6. haid itu Allah beri kaum wanita bercuti . bukankah itu istimewa ... nikmatilah cuti itu sebaik mungkin .

    BalasPadam
  7. Terbaik info ini ..perkongsian menarik utk kita semua ..
    Thanks sharing ..Singgah sambil menabung Hypp TV

    BalasPadam
  8. baru tahu pasal ubat ni..tq share kak.

    BalasPadam
  9. CN tak penah amik pun, terima jer seadanya kedatangan haid tu ;)

    BalasPadam
  10. Tak pernah amik jugak.
    Tapi, tulah..saya kalau boleh pun nak puasa penuh.

    BalasPadam
  11. tak pernah amik pun...kalo nk puasa penuh plan pregnant hehehe

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !