Lagi kes melibatkan kanak-kanak... boleh diklasifikasi sebagai kes kecuaian kalau ikut laporan berita ni... tapi kisah sebenar kita tak tahu... Ikuti laporannya:-
********************************************
Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan adiknya tiga bulan yang dibawa lari bersama kereta Proton Gen 2 di Puchong Perdana, 7 pagi tadi ditemui selamat.
Kanak-kanak itu ditemui seorang pekerja kilang berusia 58 tahun selepas ternampak mangsa sedang berjalan sambil mendukung adiknya di kawasan perindustrian Puchong Jaya iaitu lima kilometer dari lokasi dia dilarikan.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli, kejadian berlaku ketika si ibu menghantar abang dan kakak mangsa ke rumah pengasuh dan meninggalkan kereta dengan enjin tidak dimatikan.
"Ketika itu suspek masuk ke dalam kereta dan membawa lari kedua-dua mangsa yang berada di dalam kereta terbabit. Suspek turut mengacukan pisau kepada mangsa," katanya.
Polis masih menjejaki suspek dipercayai seorang remaja lelaki memakai pakaian seragam sekolah yang membawa lari kereta berkenaan dengan nombor pendaftaran WLF4727 Proton Gen 2 berwarna biru.
Ini pula kisah saksi yang menjumpai dua beradik ini...
Kesian tengok wajah dua beradik ni... Sebak sungguh rasanya... tersentuh naluri ku... Kasih abg kepada adik... dia tetap dukung adik dia, walaupun nampak dia tak larat tu.. Sumber: FB |
Puchong: “Saya terkejut apabila melihat mangsa (Naqiuddin) berjalan kaki sejauh lebih 500 meter sambil mendukung bayi dalam keadaan hilang arah berhampiran kawasan kilang,” kata seorang juruteknik, Muhammad Rosdan Samat, 44, yang menemui dua beradik itu di hadapan tempat kerjanya pagi semalam.
Dalam kejadian jam 7.35 pagi itu, kedua-dua beradik terbabit ‘dibuang’ penjenayah di kawasan Taman Perindustrian Puchong di sini, kira-kira lima kilometer dari lokasi mereka dilarikan.
“Saya bersama seorang lagi rakan sekerja, ketika itu baru memulakan tugas sebelum melihat mangsa keletihan sambil mendukung adiknya.
“Dia ketika itu turut berpakaian baju sekolah dan menggalas beg.
Walaupun nampak penat, namun dia tetap mendukung dan memeluk adiknya,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.
Menurutnya, dia bersama rakan setugas, Muhammad Kassim Mian, 58, kemudian segera memanggil mangsa sebelum bertanya arah tujuan kanak-kanak itu.
“Dia menjawab ibunya berada di rumah pengasuh dan keretanya dilarikan orang.
“Mulanya saya ingin melaporkan terus kepada polis, namun rakan saya kemudian membuka beg sekolah Naquiddin sebelum melihat buku latihan sekolahnya beralamat di Puchong Perdana tidak jauh dari kawasan ini,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam.
Rosdan berkata, mereka kemudian menghantar dua beradik itu ke sekolah KAFA Integrasi Madrasatul Ikhwan Taman Puchong Perdana di sini, sebelum mendapati orang ramai dan polis berkumpul di sekolah.
“Kami menyerahkan dua beradik kepada ibunya.
Saya dapati ibu kanak-kanak itu hampir pitam selepas mendapati kedua-dua anaknya itu berjaya ditemui semua,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Menitik air mata bila baca laporan berita ni... kesian kat dua beradik... tambah-tambah yang tiga bulan tu... Allahu Akbar, tahu apa la tiga bulan... Mujur, tak diapa-apakan oleh penculik tu... dan mujur juga Allah lindung dan dijumpai dengan orang yang baik-baik...
Pedoman buat ibu bapa, dan aku sendiri. JANGAN LALAI DAN LEKA!... Penjenayah hanya mencari peluang... Jangan beri peluang utk mereka mulakan jenayah. Jangan mencemuh ibu anak-anak ini... Ini ujian dan pengajaran untuknya dan kita semua. sama-sama ambil pengajaran.
Psst: betul ke penjenayah ni remaja sekolah??? tapi tak mustahil!... makin menjadi-jadi jenayah remaja... apa yang patut kita semua lakukan???
At fisrt akak dgr berita tu terkejut sgt..x dpt bygkan perasaan ibu mereka..takutnya bila jenayah tak kira umur..kebetulan nama si abg tu sama dgn nma anak akak..Nauzubillah..
BalasPadamLagi kecuaian luar biasa yang tidak masuk akal oleh ibu bapa..
BalasPadamAduh.. menakutkan sekarang ni.. macam kawan saya .. sekejap jer tinggalkan mak dan wifenya dlm kereta , pergi beli roti distesen minyak.. keluar tengok kereta dah tiada.. pastu ditinggalkan di RnR sg buloh.. org dewasa tu.. apa lagi kanak2 yg ditinggalkan..
BalasPadammesti si abang tu fobia... banyak sangat kes culik sekarang nie.
BalasPadamAllahuakbar..tak boleh alpa sedikit pon..moga Allah melindungi kita semua..
BalasPadamyelah..nak buka pintu pagar, kena kluar kereta & tinggalkan kereta yang hidup bersama anak..
sekarang ni..leka sekejap je dah kena musibah..kena sentiasa berhati-hati...
BalasPadamDua anak dilarikan penjenayah. Manalah tak panik. Bukan setakat penjenayah katanya budak sekolah pulak tu. Apalah nak jadi dunia sekarang ni. Di mana-mana pun rasa tak selamat lagi. Hiba tengok si Abang mendukung adik dengan penuh kasih-sayang. Kasihannya mereka ditinggalkan di tepi jalan begitu. Nasib baik masih lagi ada insan yang prihatin dan berhati mulia.
BalasPadamAssalammualaikum...
BalasPadamjenayah sekarang semakin berleluasa kan.. insaallah kena lebih berhati2.. terharu mselim3 tgk gambar abg dukung adik dia tu... kasih seorang abg kat adik..
mselim3
ya allah..
BalasPadamnasib ank2 tu selamat..
dah lah berdekatan dgn rumah saya nie..
sy dl ms anta kat pengasuh lame kene ketuk rmh die..sbb msh tido..agak mustahil nak bwk 2-2 ank.kecik sambil bdiri dpn pagar rmh...nsb skrg da de pengasuh baru..mmg die tgg kami dpn pagar...xdenye nk tinggal ank nk amek sorg2 msk rmh pengasuh..
BalasPadamKecuaian kerana kita anggap (atau selalu diwar-warkan) negara kita sentiasa selamat dan aman damai. Kita patut tukar persepsi itu dan anggap negara kita tak sentiasa selamat sepenuhnya, pasti kita akan lebih berhati-hati. KDN & PDRM patut wujudkan kawasan / zon dengan kod warna berpandukan peratusan jenayah. Contoh Zon Hitam & Merah ... penduduk perlu sentiasa berwaspada dan bersama-sama bekerjasama dengan PDRM dan bergembleng untuk cegah jenayah dan tukar warna zon kawasan tersebut..
BalasPadamAllah... mengerikan situasi mcm ni. Semoga dijauhkanlah...
BalasPadamSyukur 2 beradik tu x diapa-apakan.. Ya Allah.. Ibubapa kna lebih hati2.. Sy yng duk dlm kwsn kem ni pun kdng tgk bdak2 main tnpa ibubapa awasi.. Risau kut2 kena lnggar ke apa..
BalasPadammasaAllah.... besar sungguh Rahsia Allah.... selamat budak 2 orang ni tanpa cedera kat mana-mana. Ngeri nak bawak anak keluar berjalan-jalan sebab ramai sangat yang "DENGKI"....
BalasPadammangsa ni sepupu guru jqaf tempat ana bekerja..allah uakhbr hati2 yer kawan2 semua..sekarang musim pencuri wat operasi..
BalasPadamAlhamdulillah dijumpai insan yang bertanggungjawab.
BalasPadamNasib baik anak anak mgsa tak diapa apakan...Kdg kdg kita tak boleh tunding jari kt ibu bapa bile sesuatu berlaku...kena tau btul btul prkara sbnr yg blaku...cume kita yg lain nih kena ambil iktibar...krna fikirkan sesuatu..
BalasPadam