Sumber: google images |
1. TV Strim
Anda boleh menonton rancangan kegemaran anda di mana sahaja. Muat turun TV striming secara langsung dan filem ke telefon anda untuk tontonan pada bila-bila masa dan di mana pun jua. Walaupun skrin telefon pintar anda sedikit kecil, ia ialah cara yang mudah bagi memastikan anda tidak terlepas rancangan kegemaran walaupun sibuk dengan tugasan seharian.
2. Kamera web
Untuk desktop yang tidak memiliki kamera web, usah gusar kerana telefon pintar anda boleh melakukannya. Dengan aplikasi menakjubkan yang digelar Mobiola (tersedia untuk platform iOS, BlackBerry, Windows Mobile dan Symbian), telefon pintar anda boleh menjadi kamera web dengan memiliki rangkaian yang sama dengan PC. Anda hanya perlu memasang perisian Mobiola WebCamera Desktop percuma pada PC, dan aplikasi akan menyambung ke PC serta-merta. Tugasnya sama dengan panggilan video untuk perisian seperti Skype, Yahoo, Windows Live Messenger, AIM, ICQ dan lain-lain.
3. Alat Kawalan jauh
Jadikan telefon pintar sebagai alat kawalan jauh yang mampu mengawal pelbagai peranti termasuklah kamera, TV, PC dan sebagainya. Anda hanya perlu muat turun aplikasi terpilih sama ada di Google Play atau App Store untuk melakukan kerja ini. Selain itu, anda boleh menarik perhatian rakan sepejabat anda dengan menggunakan iPhone sebagai alat kawalan jauh pada Power Point atau Keynote ketika bermesyuarat.
4. Modem
Anda bole menggunakan telefon pintar anda sebagai modem untuk menyambung komputer riba anda ke internet. Jika anda memerlukan skrin yang lebih besar daripada telefon pintar sedia ada, anda perlu konfigurasi tetapan terlebih dahulu untuk penyambungan ini.
5. Kadar Denyutan Jantung
Pantau kadar denyutan jantung anda dengan aplikasi Heart Rate Monitor Pro yang boleh dimuat turun di App Store. Ia akan menggunakan lensa kamera untuk mengukur aliran darah dan mengira kadar denyutan jantung anda. Anda juga boleh mengukur keupayaan pembakaran lemak dan seberapa cepat kadar denyutan jantung anda pulih selepas melakukan senaman.
6. Panggilan percuma
Perkara paling penting untuk telefon pintar adalah memiliki sambungan internet. Kini, anda turut boleh membuat panggilan percuma kepada semua rakan anda dengan menggunakan aplikasi seperti Viber. Selain itu, Skype juga telah boleh digunakan di telefon pintar dan itu sudah tentu menambahkan lagi kelebihan telefon pintar dengan melakukan panggilan video percuma pada bila-bila masa sahaja.
7. Cetakan awan
Sesetengah pengeluar pencetak memberikan kepada anda kelebihan untuk terus mencetak dokumen terus melalui telefon pintar anda. Selain itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi Cloud Print untuk platform iOS dan Android. Secara tanpa wayar, anda boleh mencetak dokumen tanpa perlu memindahkan ke PC secara manual terlebih dahulu.
8. Awasi keluarga anda
Aplikasi seperti Find My iPhone dan Verizon Family Locator membolehkan anda untuk memeriksa isyarat telefon pintar lain menggunakan penjejakan melalui GPS. Sesetengah aplikasi penjejakan akan menghantar isyarat apabila sesuatu telefon pintar itu tiba atau meninggalkan kawasan yang ditetapkan. Ia sudah tentu sesuai untuk mengawasi anak-anak anda.
9. Kecemasan
Jika anda berada dalam situasi kecemasan dan ingin menghubungi rakan untuk meminta bantuan, anda sudah tentu memerlukan lokasi tepat di mana anda berada ketika itu. Tidak cukup sekadar menghubungi melalui panggilan sahaja. Jadi telefon pintar anda sebenarnya boleh melakukan lebih daripada itu. Aplikasi seperti Help My Friend yang boleh digunakan pada platform Android dan iOS ini akan segera menghantar pemberitahuan dengan lokasi sebenar kepada rakan anda. Selain itu, anda turut boleh merakam mesej SOS terlebih dahulu untuk menyedarkan rakan atau keluarga anda jika anda benar-benar dalam keadaan kecemasan.
10. Tanpa wayar
Kebanyakan telefon pintar sekarang dilengkapi dengan cip NFC terbina. Secara asasnya, ia adalah untuk digunakan sebagai pengganti kepada dompet dengan dapat melakukan pelbagai urusan pembayaran. Tetapi ia masih belum digunakan secara meluas. Cip NFC ini juga melaksanakan pelbagai tugasan lain seperi penghantaran data dengan hanya melakukan sentuhan dan pemindahan tanpa wayar semudah sentuh dan hantar.
Sumber: Karangkraf
Aku sendiri tak tahu, rupanya banyak kegunaaan lain smartpone ni.. patut la nama pun telefon pintar kan... cuma kadang-kadang kita tak tahu guna, jadi semak phone... hehe... tu yang jahanam telefon tuh.. hehe
Wah. Nice sharing
BalasPadamhahaha.betul tu.. tima kasih berkongsi
BalasPadamThanks Sharing Maria..
BalasPadamsamalah. Kita pun baru tahu. Thanks for the info
BalasPadamSeriously sy tak reti Nak explore... Selalu mintak tlg Hanis...Dia lebih bijak bab smartphone..
BalasPadam10 in 1...Hebat ni...
BalasPadamDok dengar 'strimming bola' kat radio.
BalasPadamStrimming tu ape?
#sorry saya ni outdated sikit;)
Owh banyak betul usage smartphone ni.
BalasPadamAlready acknowledge some of them..but still x reti sgt nk apply. Nak wassap pun dulu xreti..adik yg ajar.
jadik remote tu mmg cool
BalasPadamrasa cool je bole handle astro dr fon ..tayah rebut remote ..haha
Betul tu... sebab tak tahu itu yan jadi semakphone jek. Kalau tahu banyak faedah sebenarnya. Smartphone saya setakat WA, telefon dan layar internet jek.
BalasPadamOohh.. Bnyk bnda kita blh buat dgn smrtphne ni eh.. Xthu pun..hehe
BalasPadamlg canggih dunia gadget lg la..org semakin lalai
BalasPadamakak yg guna smartphone nih pun xtau ada kegunaan yg lain...adehhh
BalasPadam