Salam Jumaat, bila tiba hari Jumaat, aku selalu ingatkan anak-anak didikku pasal kematian... Pertama sekali, aku selalu minta mereka ucapkan syukur, kerana masih diberi nafas dan bumi belum kiamat...itu tanda iman kita lemah, dan dosa kita masih banyak, Allah bagi peluang kat kita untuk bertaubat banyak-banyak.. terutama hari Jumaat ni, insha Allah keberkatan Jumaat tu banyakkan.. Insya Allah.. Jadi ada satu hadis berkaitan kepentingan kita untuk sentiasa mengingati kematian dan bersedia dengan kematian..
Sumber: google images |
Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".
Huraian Hadis:
- Rasulullah s.a.w berpesan, berpada-pada dalam menikmati keseronokan, kerana jika kita selalu berseronok dan kurang bertafakur/muhasabah pasti kita akan melupakan yang hilang iaitu kematian.
- Rasulullah s.a.w berpesan supaya ingat bahawa, setiap hari kubur sentiasa memanggil-manggil kita.
- Kubur bagi orang mukmin ialah seluas-luas mata memandang, dan ibarat taman-taman syurga yang sungguh indah.
- Kubur bagi orang yang berdosa dan orang kafir, seperti neraka yang penuh azab dan seksa. Kubur pun tak nak terima orang yang berdosa dan kufur dengan Allah.
- Kubur boleh jadi dua keadaan mengikuti amalan seseorang.
- Jadi, sentiasalah ingati mati dan bersedia dengan kematian bila-bila masa sahaja. Berpada-pada dalam keseronokan dunia, jangan sampai lalai dari mengingati Allah Taala..
Profesor Hamka dengan penuh hikmah menulis dalam bukunya “Tasauf Moden” seperti berikut, “Ada pun manusia hidup di dunia ini adalah ibarat orang yang belayar di lautan luas. Mereka menumpang sebuah kapal menuju daratan yang jauh di sana. Setelah berhari-hari di laut, sedangkan daratan yang dituju itu belum juga nampak, maka pada suatu hari kapal itu singgah di suatu pulau. Ada pun orang yang turun ke pulau ini terbahagi kepada tiga golongan:
Pertama, mereka yang tahu dan ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Setelah melihat-lihat sebentar, lantas mereka kembali ke kapal. Mereka ingat bahawa bukan pulau ini yang menjadi tujuan.
Kedua, mereka yang terpengaruh dengan keindahan pulau. Pohon kelapa di pulau itu melambai-lambai ditiup angin, airnya jernih, ikannya jinak. Mereka tertegun dan terlena, tetapi kemudian mereka ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Maka mereka kembali ke kapal, tetapi kerana terlambat, tempat duduk sudah habis ditempati orang.
Dan ketiga, orang yang paling malang, kerana setelah dibunyikan semboyan kapal yang pertama tidak mereka pedulikan, dibunyikan sekali lagi, tidak juga dipedulikan, dan setelah berbunyi yang ketiga kali, kapal itu pun berangkat. Setelah kapal itu jauh, dipanggil tidak kembali lagi. Mereka inilah orang yang benar-benar malang...”
Orang yang bijak adalah orang yang banyak mengingati mati. Mereka ini adalah orang yang berpandangan jauh ke hadapan, kerana awal-awal lagi mereka sudah memikirkan kesudahan yang bakal menimpa diri mereka nanti. Mereka berpegang kepada sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud:
“Banyakkanlah mengingat perkara yang akan melenyapkan kenikmatan, iaitu kematian.”
(Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Cara mengingati mati:
- Melihat musibah dan kematian yang menimpa orang lain. Fikirkan, hari ni mungkin dia, esok lusa mungkin kita pula.
- Melihat kubur atau ziarah kubur... membayangkan keadaan kubur yang gelap gelita dan berseorangan... Bagaimana nasib kita menerima azab atau nikmat kubur..
- Menziarah orang sakit dan ziarah kematian... Pabila dengar orang meninggal, pergilah ziarah.. kerana itu, akan lebih mengingatkan kita dengan kematian...
Dalam keseronokan, memang kita akan lalai.. Jadi, berpada-padalah pabila berseronok..kerana ianya tak kan kekal.. Jadikan mengingati mati itu penguat semangat untuk kita berusaha mempertingkatkan amalan kita.. Insha Allah.. Moga Allah terima taubat dan amalan kita.. ameen..
Sumber rujukan: sini, sini
Sumber rujukan: sini, sini
IMAN SELAlu ingatkan diri ' ingat!nak jadi org buijak kena ingat mati.kena buat byk amal!
BalasPadamin sha Allah..setiap kali melihat drama yang ada kematian, mesti saya ketakutan..
BalasPadambaca entri ni, rasa bergenang air mata, banyaknya dosa.. dan bersyukur kerana diberi kesempatan hari demi hari untuk mengubah diri.. :'(
BalasPadamIngat mati itu adalah amalan utama..
BalasPadamAllahukhbar.. semakin ari semakin kita dekat ngan kematian .. kan ? =')
BalasPadamkita semakin dekat dengan kematian.. amalan kita jangan dikurangkan.. sentiasa ditingkatkan.. terima kasih atas perkongsian nie.. :)
BalasPadamrenungan. (:
BalasPadamInsyaallah..terima kasih
BalasPadamIn shaa Allah.. t kasih atas peringatan ini...
BalasPadamT.kasih atas peringatan dan perkongsian
BalasPadamBila ingat akan mati,mesti takut sgt..
BalasPadam