GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hidangan Pembuka Selera dikala Selesema Melanda

Pabila selsema melanda, segala yang sedap jadi tak sedap sebab tekak tak merasa, hidung tak berbau... harap indah di mata saja... Jom lihat cadangan hidangan ketika selesema untuk membantu menambah selera dan meredakan selesema... 

Sumber: google images
LOLI AIS
Kudapan popsicles dingin atau loli ais boleh membantu menyejukkan tekak yang bengkak, kering dan kesakitan. Ia juga membuatkan tubuh anda lebih lembap bagi menentang derita selesema. Mendapatkan cecair yang secukupnya juga boleh menipiskan mukus serta mengurangkan kesesakan dada. Dapatkan loli ais yang diperbuat daripada 100% jus buah agar anda mendapat manfaat nutrien dan bukannya gula.

JUS SAYURAN
Sewaktu selesema, membuat dan makan salad mungkin perkara terakhir yang anda fikirkan. Oleh itu, kisar sayuran seperti lobak, seleri, timun, tomato atau sebagainya untuk dijadikan jus. Ini dapat membekalkan khasiat antioksidan dan membuat tubuh lebih terhidrat. Anda juga boleh membuat jus buah-buahan jika mahukan rasa yang lebih manis.

SUP AYAM
Terdapat beberapa bukti saintifik yang menunjukkan bahawa sup ayam boleh membantu memulihkan ketidakselesaan dan memberi kesan anti-inflamasi. Kajian juga menunjukkan bahawa sup ayam panas boleh meningkatkan fungsi cilia, iaitu bahagian bulu-bulu halus di dalam salur hidung yang melindungi tubuh daripada bakteria serta virus.

BAWANG PUTIH
Menikmati bawang putih di dalam sup anda dapat membekalkan khasiat antimicrobial dan merangsang imun tubuh badan. Ia juga boleh melegakan rasa sesak dada akibat selesema.

HALIA
Rasa sakit perut? Loya? Halia merupakan sejenis remedi di rumah yang sering diguna untuk melegakan simptom-simptom di atas. Kajian turut mendapati bahawa ia juga membantu untuk menentang inflamasi. Oleh itu, cuba taburkan halia parut atau serbuk halia ke dalam makanan anda, serta nikmati minuman air halia untuk rawatan segera.

ROTI BAKAR
Sekeping roti bakar dapat menjadi kudapan penenang sewaktu anda bertarung dengan penyakit. Ia juga sesuai dinikmati bersama sup ayam dan boleh menghilangkan rasa lapar sewaktu selesema.

Sedikit petua:
Pabila selesema banyakkan amik makanan yang mengandungi Vitamin C... Selesema juga petanda badan kita kekurangan vitamin C, jadi banyakan ambil sumber vitamin C seperti buah oren dan buah jambu batu... Vitamin C membantu meredakan selesema dengan cepat.. Insha Allah... 

7Ulasan

  1. itulah akak dh lama gk tak amik oren2 nih tuk tambah vitamin c...

    BalasPadam
  2. rasanya dalam banyak banyak menu yang ada, Roti bakar jer yang kena dengan tekak saya..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  3. oic..mcm tu kalau mkn buah2an ok kot Maria..

    BalasPadam
  4. Sup ayam mmg best.. terasa sihat sikit kalau selsema..

    BalasPadam
  5. sup ayam tu mmg kegemaran kalau demam ! hehe

    BalasPadam
  6. loli ais tu apa kebendanyer
    tak penah dengar lah pula

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ