# Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuri, cukup dengan hanya mencelup dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.
# Rendam tudung seketika di dalam air bercampur pelembut ataupun sabun mandi selama 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih dan jemur di kawasan yang redup (di tempat cahaya matahati yang tidak terlalu terik.)
# Setiap kali membasuh tudung, asingkan daripada kain yang lain. Amalkan membasuh tudung bersama tudung lain sahaja.
# Jika bahagian awning terlipat, basahkan sedikit dengan percikan air ataupun pelembut, kemudian gosok bahagian dalam awning berkenaan. Ia akan terbentuk semula.
# Bagi tudung lycra pula, ia tidak perlu digosok kerana kain jenis ini tahan kedutan terutama jika bercorak tetapi jika ingin menggosoknya boleh menggunakan suhu yang rendah sebaiknya guna steam iron.
Sumber: google images |
Ini antara panduan penjagaan tudung. Aku kongsi je sebagai ilmu bersama, tapi aku tak ikut sangat pun, tak rajin plak nak basuh tangan. Sebab aku lebih suka pakai shawl atau tudung bawal sebab boleh basuh guna mesin basuh... Kalau tudung awaning memang kumpul banyak-banyak baru basuh, rendam dalam pelembut pastu bilas dan sidai. Tapi dah jarang pakai tudung awning dah.. sekarangkan zaman orang ber'shawl'... Maka, aku pun suka ber'shawl' bahkan tudung bawal yang lama-lama pun jadi shawl habis... hehe... Gaya itu penting, tapi AURAT itu yang utama kan... Islam tak melarang untuk bergaya, tapi wajib patuh Syariat.. Moga bermanfaat.
Autopublish entry
blogwalking sini dari GA tengkubutang...jom join GA saya
BalasPadamjom join GA saya :
http://dia-honey.blogspot.com/2014/05/giveaway-3rd-anniversary-syahoney-kitty.html
wahhh...bagus tips ni sis.. boleh diamalkan nti...:)
BalasPadamvery gd one very gd tips ni
BalasPadambetul tu, tak salah bergaya asalkan menutup aurat ;)
BalasPadamsy semua jns tudung basuh dgn tangan :)
BalasPadamAkak pun pakai shawl aje...basuh pakai mesin basuh aje...dh lme xpakai tudung berawning...
BalasPadamAkak pun pakai shawl aje...basuh pakai mesin basuh aje...dh lme xpakai tudung berawning...
BalasPadam