Sumber: google images |
Tahniah kerana berjaya mengekalkan hubungan suami isteri selama berpuluh tahun lamanya. Bukan mudah untuk membina hubungan kekeluargaan kerana pasti ada pasang surutnya. Sesekali menggunakan ungkapan di bawah untuk menyemarakkan lagi hubungan, apa salahnya.
1. "I miss you."
Beritahu pasangan anda bahawa anda merindukannya setiap saat dengan menghantar teks ringkas di telefon bimbit. Kemudahan Whatsapp, We Chat, LINE dan banyak lagi pasti lebih menarik kerana anda boleh sertakan sekali 'emoticon' comel dan mencuit hati. Jika anda sedang berehat di rumah bersama anak-anak, hantarkan gambar keluarga dengan pesanan seperti, "Kami tidak sabar menunggu awak balik dari kerja!"
2. "Bagaimana hari anda?"
Sentiasa bertanyakan bagaimana harinya di tempat kerja atau harinya bersama anak-anak. Kerap bertanya akan membuatkan pasangan anda merasa disayangi dan tenang kerana percaya di hati anda cuma anda dirinya dan anak-anak.
3. "Awak masih ingat masa ketika...?"
Mengingatkan pasangan anda tentang kenangan-kenangan menarik ketika bersama boleh membuatkan pasangan anda tersenyum simpul. Mana tidaknya, menceritakan kembali detik bulan madu, percutian kali pertama sebagai suami isteri, pengalaman pertama kali hamil dan sebagainya bisa menghangatkan kembali hubungan yang dibina. Pasti banyak kisah yang boleh dikongsi.
4. "Boleh saya bantu?"
Perasaan panik dan kelam kabut setiap pagi gara-gara terlewat bangun untuk ke pejabat boleh menimbulkan stres apabila anda tidak pandai memainkan peranan. Menyuruh pasangan bertenang dan menghulurkan bantuan boleh membuatkan pasangan kembali tenang apabila anda bersedia membantunya mencari kunci kereta!
5. "Apa pendapat anda?"
Dalam setiap perhubungan tidak sepatutnya ada sikap diktator sebaliknya biarlah bersikap demokrasi. Sentiasa bertanyakan perasaan dan pendapat pasangan meskipun perihal besar atau kecil. Sebagai contoh, jika anda merancang untuk bercuti, minta pendapat pasangan supaya sama-sama akan berpuas hati dengan pilihan lokasi percutian.
6. "Awak sangat cantik / tampan"
Jika anda tidak memuji pasangan anda, bagaimana anda mahu mereka merasa dihargai dan diperlukan? Pujian bukan dari fizikal saja tetapi beri pujian dari segi sikap dan penampilan mereka. Sebagai contoh,"Saya menyayangi sikap awak yang berkeyakinan tinggi," dan "Saya suka lihat awak mengenakan selendang merah."
7. "Maafkan saya. Awak benar."
Setiap hubungan pasti ada pasang surutnya. Membuat kesilapan itu tidak mengapa asalkan anda sentiasa merendah diri untuk mengungkap kata maaf dan bersikap bertanggungjawab. Menolak untuk mengaku kesilapan akan membuatkan persengketaan menjadi panjang dan memberi kesan buruk kepada anak-anak.
8. "I love you."
Tidak kira berapa lama anda kenal pasangan anda, ungkapan tiga perkataan ini tidak pernah hilang dan bosan maksudnya. Sentiasalah ucapkan kata sayang kepada pasangan anda kerana ucapan yang diterima tidak akan pernah basi dan bosan untuk didengar sebaliknya sentiasa rasa terharu dan malu biarpun banyak kali diungkap. Lihat betapa magisnya ungkapan "Aku cinta padamu."
Kami pasti anda mempunyai ungkapan tersendiri atau isyarat tertentu sebagi bukti cinta bersama pasangan. Biarpun 'aneh' bagi orang lain tetapi cukup romantik buat anda. Jangan lupa bagi ciuman setiap pagi kepada 'honey boo boo' anda!
Bagi yang baru kahwin pun elokkan dan biasakan dari sekarang...sebab kalau dah berusia baru nak praktikkan mesti pasangan akan kata "buang tebiat ke hapa".. Jadi, bila dah praktikan sekarang, tak rasa kekok bila dah berusia kan... Jom cinta sampai syurga... (*_^
Amboi
BalasPadamWell.. Hihi..
Padamperkataan keramat- I love you! hehe... tp yg plg sukar disebut kdgkala- maafkan saya,awak benar...
BalasPadamYes... Sy pun perkataan keramat tu... Hihi
Padamyang tak kawin pun boleh start practice yang mana berkenaan kan kak??hehehe
BalasPadamRegards,
-Strider-
Boleh... Hafaz pun xpe... Hihi
PadamBetul kata Maria, kena amalkan dari sekarang, kalau dah tua baru nak buat,
BalasPadambukan setakat orang kata ' buat tebiat' , anak-anak tengok pun meluat. Tapi bila dah dibiasakan sejak awal, anak-anak akan rasa seronok melihat parents mereka yang sentiasa romantik dan menyintai satu sama lain.
Betul... Practice supaya jadi tabiat..
PadamHihihi..bercinta smpi ke syurga..kalo malu nk ckp dpn2 sms pn boleh..ye x..hahahha
BalasPadamHehe... Boleh aje... Skrg kn dh canggih..
Padam2 tahun tu kira lama ke baru tu maria...ha ha ha...tapi memang tak pernah miss hari2 tu...
BalasPadamHehe... Fasa pertama ni yg nk kena ungkap selalu..
Padambetul tu MF..biasakn dr awal dpraktikn...
BalasPadamYup... Practice make perfect..
Padambetul2..setuju dgn entry ni ;)
BalasPadammacam tak sesuai je dgn saya..hihihi
BalasPadamSesuai pabila tiba masanya nnt..:-)
PadamIn shaa Allah.. smpai ke tua pun.. semua tu ttp ada..
BalasPadamAmeen...
PadamIn shaa Allah dipraktikkan dlm rumahtangga
BalasPadam