Cara Mudah Nak Tahu Kedai Makan Guna Pelaris Jin

Maria Firdz
35
Sumber: google images

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "khadam" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih
Sumber: http://ijoks2009.blogspot.com/

Kalau santau pula, kita makan dan tak lama kita sakit tekak...dan perit sangat tekak... cepat-cepat cari air yassin atau air zam-zam dan bacakan 3 Qul ni serta minum... tapi yang kuat amalan je boleh sembuh cara ni. Kalau tak kuat semangat, memang boleh kena juga dan kena berubat dengan perubatan Islam.

Cara lain untuk elak santau ialah, baca doa ni sebelum makan... 


Tags

Catat Ulasan

35Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Assalamualaikum kak, thanks sharing. memang kena amalkan ni. singgah menabung libresse sini~~~

    BalasPadam
  2. tapi tak dinafikan banyak kedai2 yang guna pelaris kan maria? thanks for sharing maria...

    BalasPadam
  3. betul la ..nak mkn skrg mmg kna pandai pilih tempat...byk yg guna khadam2 nie..

    BalasPadam
  4. insya allah iman akan amalkan bila singgah ke kedai mkn.

    BalasPadam
  5. kalau jin tu mrh hembus angin kat muka je takpe .kalau die marah p ikot kita balik..nauzubillah. mcm2 la diorg ni .
    percyalah rezki itu dtg dr Allah . percaya hanya kpdNYA .insyaAllah.

    BalasPadam
  6. moga kita semua dijauhkan dari segala sihir ini..aminn

    BalasPadam
  7. salam. thanks share ya..bolah amalkan ni :)

    BalasPadam
  8. Info yang bermanfaat..tq sbb sharing

    BalasPadam
  9. wahh..terima kasih atas perkongsian nie kak..nanti boleh cuba kat kedai yang orang ramai melampau walaupun makanan dia biasa2 jer...hehehe

    Regards.
    -Strider-

    BalasPadam
  10. takut sangat kena santau2 ni, arwah mak saudara meninggal dunia sebab kena santau..

    BalasPadam
  11. ban santau menyantau ni mmg takut.smga dijauhkan

    BalasPadam
  12. Mmg kena lakukan mcm ni... kena berhati2...

    BalasPadam
  13. Bagus ni..kadang² benda camni orang jarang amek peduli kan.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !