GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Hilangkan Penat

Sumber: google images
Kerja apa tak penat??? 
Duduk saja pun penat... Tambah bagi yang bekerjaya. 
Suri rumah tak perlu lah cakap, memang penat tak hingat..
Beberapa Tips untuk hilangkan penat...setelah seharian bekerja.. untuk kembalikan tenaga dalaman secara sihat dan semula jadi.

1. Minum Air Limau
Apa kata untuk mencergaskan kembali tubuh sebelum terus tidur, anda amalkan dengan minum air limau. Dapatkan beberapa biji limau dan perahkan bersama secawan air putih. Sebaiknya air suam kerana ia akan lebih memberi keselesaan kepada tubuh apabila anda menikmatinya.

Jangan campurkan gula, hanya perahan air limau saja. Jika tidak suka dengan limau nipis atau limau kasturi, gunakan lemon sebagai alternatif. Amalkan setiap hari, ia bukan saja untuk menghilangkan penat badan bahkan untuk mengempiskan perut juga buat anda yang terasa di bahagian perut agak buncit.

2. Mandi dengan air panas
Keduanya, apa kata kali ini anda mengamalkan mandi dengan air panas. Sediakan air panas suam untuk anda siramkan ke bahagian badan, tidak perlu kuantiti yang banyak. Tapi pastikan air itu tidak terlampau panas dan sesuai untuk kulit anda. 

Jika tidak mempunyai alat pemanas air hanya masak air dan campurkan bersama air siraman anda nanti. Selain itu, air panas juga sesuai untuk anda rendamkan ke kaki kerana rasa panasnya akan melegakan sakit kaki anda selepas seharian mengenakan kasut bertumit tinggi atau berdiri. 

Sedikit sebanyak ia akan melancarkan aliran darah anda ke kepala dan mengurangkan keletihan badan serta sakit kepala.

3. Senaman Ringan
Ketiganya, kita lakukan senaman ringkas sebaik tiba di rumah. Luangkan sedikit masa untuk bersenam, jika tidak berkesempatan hanya lakukan aktiviti di rumah seperti mengemas dan juga menanam. Ini kerana pengeluaran peluh ketika melakukan aktiviti seperti ini membantu badan anda untuk berfungsi dengan lebih baik. 

Dalam masa yang sama memberi otak anda oksigen yang lebih banyak kerana aktiviti kerja di pejabat yang berhawa dingin, contohnya boleh mengurangkan penggunaan fungsi otak dengan baik. Jadi dengan cara ini, adalah satu latihan yang baik.h

4. Minum Teh Hijau
Keempat pula, minum air teh hijau. Minuman yang diamalkan oleh masyarakat Cina ini sebenarnya amat baik, air teh yang berwarna hijau dan tidak mempunyai gula. Terdapat banyak antioksida yang membantu untuk menyegarkan tubuh dan minda dalam masa yang sama. Ia juga dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah.

5. Mengurut
Terakhir untuk memastikan tubuh berada dalam keadaan baik sebelum digunakan semula keesokan harinya, mengurut adalah sangat penting untuk tubuh anda. Tapi jangan amalkan urutan seluruh badan dengan kerap kerana akan terdapat kesan negatif terhadap aktiviti itu. 

Sebaiknya sebulan dua kali saja anda amalkan urutan untuk badan daripada bahagian kepala sehinggalah kepada urutan kaki. Selain melancarkan darah, ia juga menyegarkan tubuh anda.

Diolah dari penulisan asal: Artikel Harian Metro

6. Amalkan Doa Ini
Sumber: google images

7. Cara hilangkan penat menurut sunnah Rasulullah s.a.w:

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a..w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.

Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantunya itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. (Sumber)

Ni lah antara tips2 yg boleh diamalkan... tapi apa yg Rasulullah s.a.w ajar tu sgt berkesan.. mudah dan berpahala... amalkan selalu...

9Ulasan

  1. musim sekarang kalau boleh nak elakan mandi ngan air panas.. nak mandi ngan air telaga jer..kasi sejuk ehehee

    BalasPadam
  2. bagus ni..thanks sharing..bab mengurut tu sedapp juga..hehe..ap2 pun doa tu boleh la dijadikan amalan ^^

    BalasPadam
  3. bertasbih tu insyaAllah akan rasa hilang penat :)

    BalasPadam
  4. bagus sekali.. kalau minum air limau tu memang betul dapat menenangkan jiwa.. lega

    BalasPadam
  5. netullah kak jadi surirumah lagi penat kot..walaupun nmpk mcm duduk saja di rumah..hehe

    BalasPadam
  6. bagus perkongsian tips menghilangkan penat ini.. seeloknya ikut sunnah rasulullah saw..

    BalasPadam
  7. Dalam sunnah pasti ada kejayaan.. subhanallah..

    BalasPadam
  8. saya semua benda boleh buat kecuali bab urut tu...kalau sy pegi urut rasa macam geli jer..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ