GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Punca Tahap Metabolisme Terganggu

Sumber: google images

Ramai wanita mengeluh sudah bersenam dan berusaha mengambil makanan yang berkhasiat. Malangnya, berat tidak juga turun malah sudah seminggu tidak mempunyai apa-apa perubahan. Entri kali ini boleh memberitahu anda kenapa metabolisme masih rendah.

Anda tidak minum air banyak
Tubuh anda memerlukan cecair untuk melancarkan fungsi-fungsi yang diperlukan oleh sistem badan. Apabila sistem tubuh badan tidak berfungsi dengan baik, mana mungkin kalori boleh dibakar.  Lebih banyak dan lebih cepat kalori dibakar apabila anda minum banyak air.

Anda tidak mengambil Vitamin D
Apabila anda kekurangan vitamin D, tahap hormon ghrelin dan penurunan berat badan akan menjadi lebih perlahan malah rasa lapar menjadi lebih tinggi. Jika anda sukar mendapatkan vitamin D, terdedah di bawah cahaya matahari juga dikira mendapat vitamin D.

Anda mempunyai tabiat makan snek tengah malam
Ramai orang menyekat pengambilan pemakanan konon-konon mahu mengawal selera makan, kira macam berpuasalah. Sebenarnya, anda menyeksa metabolisme tubuh badan anda dengan mengambil makanan ringan pada tengah malam untuk elak rasa lapar melampau sebelum tidur.

Anda mengabaikan kafein
Kafein memang memberi 'reputasi' yang agak kurang baik. Akan tetapi, minuman yang mengandungi kafein ini membantu membakar kalori dengan mudah. Kami menyarankan anda mengambil teh hijau untuk dijadikan minuman pada waktu santai kerana ia membantu meningkatkan tahap metabolisme.

Anda tidak cukup tidur
Orang yang tidak mempunyai tidur yang berkualiti dikatakan mudah 'dilanda' berat badan berbanding orang yang mempunyai tidur mencukupi. Hal ini kerana hormon yang mengawal selera makan akan membuatkan anda kerap lapar dan kerap makan. Sekurang-kurangnya, tidurlah tujuh jam walaupun sibuk.

Anda dikelilingi stres
Stres bukan saja membuatkan jiwa anda kacau tetapi memburukkan keadaan metabolisme. Hormon stres terbesar iaitu kortisol akan menyebabkan anda gemuk saat stres.

Mungkin sudah tiba masanya anda melupakan produk-produk yang belum tentu menjamin metabolisme tubuh anda tinggi. Mengapa mahu berbelanja lebih sedangkan entri ini sudah pun merungkai punca metabolisme anda rendah? Sudah tiba masanya anda perlu melakukan perubahan!

Sumber: Majalah Seri Dewi

Sebab itu, sebelum ambil sebarang produk untuk kuruskan badan, kena pastikan tahap metabolisme kita... Jika kurang kena tambah, jika terlebih kena kurangkan. Yang penting stabilkan dulu kadar metabolisme badan sebelum cuba sesuatu produk untuk kurus. Dan produk kurus juga perlu seiring dengan pemakanan dan diet seimbang. 

8Ulasan

  1. midnight snack tu mmg culprit berat bdn akk naik...hheee

    BalasPadam
  2. sy mkn tgh mlm knpe xnaik brat bdan..sob3..sodeh..hik3

    BalasPadam
  3. infor menarik ni tq share yer !

    BalasPadam
  4. Wah kena ambil kafien extra ni coz kita tak suka kafein...

    BalasPadam
  5. kena seimbang juga antara pemakanan dan senaman.. semakin meningkat usia kita, semakin menurun kadar metabolisme badan kita.. jika dulu kita bersenam 15 minit dan boleh kuruskan badan, setelah usia meningkat perlu gandakan mungkin jadi 30 minit untuk kadar metabolisme yang sama..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ