Recents in Beach

Hukum Meminta-minta

Sumber: google images

Kebiasaan pergi kedai makan, tak sampai lima minit duduk, ada la orang datang buat muka simpati minta derma itu dan ini... sekali dua mungkin kita bermurah hati, tetapi kalau dah selalu mula rasa tak senang hati. Pernah juga aku dan suami terkesan semacam satu sindeket minta derma, kerana guna budak yang serupa cuma hari yang berlainan... Hari pertama, kami tak tahu maka bagilah derma, keesokannya pergi makan tempat yang sama, aik budak tu juga, dan kami tak bagi derma tu, terus dia berdengus kasar tanda protes... begitulah reaksinya bila orang tak bagi derma yang di minta. 

Kenapa jadi begini??? Yang memalukan, ramai yang datang tu adalah orang Islam. dan ada sesetngah tu tegah tubuh badan... rasanya mampu lagi cari makan, tetapi kenapa harus meminta derma??? Apa hukumnya meminta-minta ni???

Dalam satu hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Tidak halal sedekah itu buat orang kaya, dan buat orang yang mempunyai kekuatan yang sempurna."
(Riwayat al-Tirmizi)

Berdasarkan hadis ni, Islam mengHARAMkan meminta sedekah kepada orang lain selagi mempunyai kudrat dan kekuatan untuk mencari rezeki. 

Dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
"Orang yang suka meminta-minta tanpa keperluan samalah seperti orang yang memungut bara api."
(Riwayat Baihaqi dan Ibn Khuzaimah)

Baginda s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:
"Barangsiapa yang meminta-minta manusia untuk menambah kekayaan hartanya samalah seperti dia mencakar mukanya hingga ke hari kiamat, dan harta itu akan menjadi bara api yang dimakannya dari neraka Jahannam. Oleh kerana itu, sesiapa yang mahu sedikit, sedikitkanlah dan sesiapa yang mahu banyak perbanyakkanlah."
(Riwayat al-Tirmizi)

Dan dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud:
"Meminta-minta itu akan menjadi tabiat seseorang sehingga dia menemui Allah SWT, tidak ada di mukanya sepotong daging pun."

Bila harus meminta sedekah kepada orang lain???
Islam tetap menghadkan dalam meminta sedekah ni.. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Bahawasanya meminta-minta itu umpama perbuatan luka, (dengan meminta-minta itu) seseorang itu melukakan mukanya sendiri. Maka barangsiapa yang mahu, bolehlah mengekalkan luka-luka itu pada wajahnya, dan barangsiapa yang mahu, bolehlah ditinggalkannya (meminta-minta itu kecuali jika dia terpaksa meminta-minta kepada seorang penguasa (pemerintah) ataupun pada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan lagi daripadanya."
(Riwayat Abu Daud dan al-Nasaie)

Dalam satu riwayat yang lain, Baginda ada bersabda yang bermaksud:
"Saya pernah menanggung suatu bebanan yang berat, lalu saya berjumpa Rasulullah s.a.w untuk meminta bantuan. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau duduklah di sini dahulu sehingga datang kepada kami sedekah (dari luar negeri) untuk kami berikan kepadamu daripadanya. Kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: Hai Qabishah! Sesungguhnya meminta-minta itu tidak dibolehkan kepada sesiapapun, kecuali tiga orang sahaja, iaitu: Seorang yang menanggung bebanan yang menyulitkan, maka bolehlah baginya meminta-minta sehingga menutupi bebanannya itu lalu hendaklah dia berhenti (dari meminta-minta lagi). Seorang lagi yang ditimpa malapetaka dalam hartanya sehingga tidak mempunyai apa-apa lagi, maka bolehlah dia meminta sampai dia memperolehi sesuatu untuk dia mendirikan semula kehidupannya. Dan seorang lagi yang ditimpa kemiskinan, sehingga dikatakan tiga orang yang waras fikiran dari kaumnya: Si fulan itu telah ditimpa kemiskinan! Maka bolehlah dia meminta sampai dia dapat mendirikan semula kehidupannya. Selain dari cara meminta tersebut, hai Qabishah semuanya adalah haram, orang yang meminta-minta memakan yang haram!"
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Nasaie)

Kesimpulannya:
  1. Islam mengharamkan meminta-minta bagi orang yang mampu dan terdaya serta mempunyai kekuatan mencari rezeki. 
  2. Islam mengharamkan pengangguran.
  3. Islam Mengharamkan orang meminta-minta selagi dia mampu mencari rezeki walaupun dia berpeluang meminta-minta. (terfikir pula pasal orang yang mohon BR1M tu.. huhu)
  4. Orang yang meminta-minta tanpa sebab musabah yang diharuskan memakan harta yang haram.
  5. Harus meminta sedekah dalam 3 keadaan:

    • Seseorang yang menanggung bebanan yang sulit seperti, perbelanjaan puluhan ribu untuk pembedahan si anak.
    • Seseorang yang ditimpa malapetaka yang melenyapkan seluruh hartanya seperti banjir atau kebakaran.
    • Seseorang yang ditimpa kemiskinan sehingga orang mengata tentangnya.
  • Keharusan meminta sedekah sekadar keperluan, pabila sudah cukup baginya memulakan kehidupan, haram hukumnya meminta-minta lagi dan haram dia memakan hasil lebihan dari kecukupan itu. 


Sumber Rujukan: Buku Halal dan Haram dalam Islam

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. macam sindiket pula yang selalu gunakan kanak-kanak untuk meminta sedekah.. sekali dua tidak mengapa.. kalau betul la budak tu fakir miskin, kenapa dia tak minta kepada pusat pungutan zakat terus?

    BalasPadam
  2. sekarang diorang ni x fikir pasal hukum ke apa ke..diorang tau boleh dapat duit je...jalan senang x yah usaha mintak je kan..SA selalunya x bagi...bukan x nak bagi..tp SA tgok diorang berupaya...ada kudrat lagi kan..boleh bekerja..so..x bagi la..

    BalasPadam
  3. Memberi lebih baik dari yg meminta.. semoga kita semua sentiasa menjadi tangan yg memberi... aamiin..

    BalasPadam
  4. betul tu..yang paling malu, orang yang bawa dia tu, sihat wal'afiat jer..ibarat menangguk di air keruh...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  5. Tangan yg memberi lebih baik dari yg meminta,semoga kita tergolong dlm org yg memberi.

    BalasPadam
  6. tulah kdg2 kita jadi serba salah juga samada nk beri ke tidak !

    BalasPadam
  7. kalau kat sini area kg baru. ada dua org seornag nyanyi sorng main gitar. apstu jalan jalan ke meja mkn sambil hulurkan topi dorng.
    majoriti area kedai makan sini mmg mcm tu skrg ni. sbb dh slalu pergi rasa macam ralat dan lali sudah

    BalasPadam
  8. tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima, betul tak ? hehe

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^